Mereka masih berpelukan di tengah-tengah bilik. Tia memandang wajah Hans yang seakan cuba menahan air mata daripada mengalir. Apa agaknya yang dialami lelaki itu?
"Apa maksud Master Hans? Kita tak faham lah."
"No need to know bout it. Just remember, you are mine. But for now... aku terpaksa tolak cinta kau. Please faham aku."
Seakan dirasuk aura Hans, Tia pun akur mengangguk. Mungkin ada perkara yang dia tidak tahu, tapi Hans tahu. Serahkanlah semua pada Yang Maha Esa.
"And... wait for me, Ashlee." Kepala gadis itu diusapnya lembut sebelum berlalu keluar dari bilik itu.
Tia tersenyum lebar sebelum tangannya naik mengusap kepala yang disentuh Hans tadi. Inikah yang dinamakan cinta? Master Hans! Tia tunggu!
Tanpa mereka sedari ada mata-mata yang memandangnya dari bangunan yang tidak jauh dari situ.
"I got it!" Lelaki itu tersenyum sinis sebelum binokuler itu diserahkan kepada anak buahnya.
Haydar pula sudah tidak senang duduk bila mendapat mesej dari lelaki tadi.
"I know something. The precious gem, that Hans protected."
"Aku kena bagitahu Hans. Tapi pasal ni... patut ke aku bagitahu? Tapi sekarang ni aku yakin jantan ni tak kan berani buat apa-apa. Aku..."
"Kau pahal cakap sorang-sorang. Gila?" Hans yang baru tiba itu pun merebahkan badan ke kerusi pejabat adiknya.
"Hans. Aku nak gerak dulu. Maybe aku balik lambat hari ni. Cau." Bahu Hans ditepuknya sebelum berlalu pergi.
Berkerut dahi Hans. Serious pula budak ni, dan mana pula dia nak pergi? Dating ke? Eh! Bila masa dia ada kekasih ni?
Haydar memarkirkan keretanya di hadapan sebuah banglo yang terlihat gah. Ala-ala english style, nampak mewah dan classic.
JayCo.
Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah itu. Walaupun itu rumah musuhnya, tapi orang bawahan masih menghormatinya atau pun sebenarnya hanyalah sebuah lakonan?
"Mr Haydar? Oh silakan masuk. Tuan Muda tunggu di atas." Seorang lelaki itu tersenyum nipis sebelum menunduk hormat pada Haydar.
Bagus juga musuh aku ni, reti nak ajar orang bawahan rasa hormat tu. Kalau biasanya, mesti jumpa, auto bergaduh bertumbuk bertembal berhaaa semua lah.
Haydar mengangguk faham sebelum mengikut langkah lelaki tadi ke tingkat atas. Walaupun hatinya sedikit gerun, tapi cepat-cepat dia tepis perasaan itu.
Dia sedar dia sudah masuk ke dalam mulut buaya, tapi sudah dia terlajak masuk. Mengredha jelah. Tak putus dia berdoa untuk keselamatannya. Dahinya ditepuk, sepatutnya at least bawa lah Hans, ada back up. Bodoh bodoh bodoh!
Buka sahaja pintu sebuah bilik, terlihat satu susuk lelaki yang segak memandang pemandangan di luar tingkap balkoninya.
"Tuan Muda. Mr Haydar dah sampai." Lelaki tua tadi menunduk hormat pada tuannya sebelum berkata tadi.
Tuan Muda itu pun berpaling sebelum matanya bertembung dengan Haydar. Bibirnya ternaik meloretkan sebuah senyuman yang sinis.
"Well well... what we have here? Aku dah agak dah kau mesti datang punya. Aku pelik kau ke Hans yang jatuh cinta dengan that pretty girl."
Haydar hanya diam membisu sambil matanya tanpa lepas merenung tajam lelaki yang berdiri di hadapannya.
Sementara itu, Hans yang mendapat mesej, adiknya DICULIK itu pun pantas mencapai beberapa senjata dan kunci keretanya sebelum berlalu keluar dari rumah.
Yang penting sekarang ialah keselamatan satu-satu adiknya itu. Haydar adalah nyawanya sama seperti ayahanda, bonda dan... Tia Ashlee.
"Aku nak korang berpecah. Hapuskan semua yang kacau line kita. Faham?!" Tegas! Itulah diri sebenar seorang Hans terutama sebagai ketua mafia.
Yes! Siang menjadi master taekwondo, malam menjadi master mafia. Siapa lagi kalau bukan Hans.
"Go!" Berpusu-pusu anak buahnya berlari masuk ke dalam sebelum menyerang pihak lawan.
Keadaan tegang itu cukup didengari oleh Haydar dan lelaki tadi. Haydar seakan sedar yang ini hanyalah perangkap untuk mengumpan abangnya datang.
Lantas pandangannya dikalihkan pada lelaki tadi yang tersenyum sinis. Tangannya digenggam erat, sedaya upaya dia cuba menahan rasa marahnya.
"Kau plan semua ni? Untuk apa?!"
"Well... mestilah sebab aku nak abang kau."
"Dasar gay! Abang aku tak nak kau lah!"
"Excuse me, sir. Kau salah tafsir ayat aku. Aku nak abang kau datang sini. Aku rindu nak gaduh dengan dia."
"Fuck! Kau ingat abang aku tu akan berdiam diri ke? Hey! Dia lagi hebat lah dari kau..." belum sempat Haydar menghabiskan katanya, lelaki tadi berdiri sebelum mendekatinya dengan wajah bengis.
Pantang betul kalau orang bandingkan aku dengan Hans! Dia dengan aku sama je, penjenayah. Cumanya dia lebih tangkas sikit dari aku. Jadi tak banyak beza pun.
"Kau..."
"Woi! Lepaskan adik aku." Hans berlari ke arah lelaki tadi sebelum satu tumbukan diberikan olehnya.
"Weh! Dia tak buat apa lah. Aku yang datang sini nak jumpa dia. Dia tak culik aku."
"What?! Kau kawan dengan dia ke apa?"
"Ish kau ni! Kita dengan dia kan musuh, aku datang sini sebab..."
"That girl. Sebab that girl apa eh nama dia... hmmm... haaa Tia Ashlee. Am I right?"
"Macam mana kau..."
"She's pretty and... innocent." Lelaki tadi tersenyum sinis mengingatkan wajah cantik si gadis. Jujur hati lelakinya turut tertarik padanya. Yelah siapa je tak suka perempuan cantik kan?
TRASH! - from author yang kacak <3
"Bodoh!" Terus satu lagi tumbukan yang lebih padu mengenai pipi kanan lelaki tadi. Jatuh terjelupuk dia ke lantas dek penangan itu.
"Kau jangan berani sentuh dia. You know me well, Jay. Once kau kacau hak aku, aku akan pastikan setiap inci tubuh kau jadi santapan baby monster aku."
Lelaki tadi atau namanya Jay, menelan air liur mendengar amaran Hans. Siapa tak tahu 'baby monster' milik Hans. Harimau putih yang mempunya parut di matanya kerana pergaduhan bersama spesisnya.
"Fine! Aku cuba nak gertak kau sikit je. Tak adil lah kau ada baby monster, aku ada..."
"Kau ada babi hutan. Tu haa kau lah. Haram!" Haydar yang sedari tadi berdiam diri pun mula bersuara.
"Kau ni sibuk lah! Aku tengah cakap dengan abang kau kan?!"
"Kau marah adik aku pahal?! Dia ada mulut, so dia ada hak nak cakap, especially nak kutuk kau. Aku sokong dia."
"Baguslah! Dua beradik support each other. Habistu aku?" Jay memuncung mulut.
Tak best betul lah jadi anak tunggal. Mama papa dia tak nak ke buatkan adik untuk dia? Bukannya susah pun kan?
Hans mengeluh sebelum tubuhnya direbahkan ke sofa milik musuhnya. Dah macam rumah sendiri pula dibuatnya. Matanya yang kuyu itu kembali merenung Jay yang masih terduduk di atas lantai sebelum berkata,
"Jay! Aku malas lah, bila nak cut ni?"
YOU ARE READING
MASTER HANS | COMPLETED
ActionLewis : Volume 1 HANS ISAAC LEWIS, kacukan britain, lelaki yang memiliki tali pinggang hitam dalam taekwondo, dan juga pemilik pusat latihan taekwondo yang terbesar di Malaysia. Tia Ashlee, gadis yang terlahir dari keluarga yang kaya, bersikap manja...