~11~ Seri - Deritaku Bermula

1.3K 33 0
                                    

Seri membelek inai yang merah di jari. Akhirnya majlis resepsinya selesai juga. Setahun sudah berlalu sejak perkenalannya dengan suaminya kali pertama dulu di Genting. Sepanjang tempoh pertunangan, dia dilayan ibarat seorang puteri. Semua kehendaknya dituruti oleh suaminya. Lebih-lebih lagi suaminya memang ternyata berkemampuan.

Pada mulanya Seri rasa tertipu. Disangkakan dia jatuh cinta pada seorang mat desptach tetapi rupanya suaminya seorang usahawan terkenal dengan jumlah kekayaan mencecah bilion dollar. Majlis resepsi dengan tema dalam taman, permintaannya, turut ditunaikan. Seri yakin yang keseluruhan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Danish, mencecah jutaan ringgit, ditambah dengan hantaran sebuah rumah banglo tiga tingkat, sebuah kereta mewah dan satu set barang kemas.

Pintu bilik terbuka dan debaran hati Seri makin mengganas. Tetapi selepas tidak kedengaran sebarang bunyi, Seri menoleh. Suaminya sedang berdiri di muka pintu, memerhatikannya. Seri menghadiahkan senyuman manis kepada suaminya. Tetapi senyuman itu tidak lama. Wajah serius suaminya menyebabkan Seri sedikit kaget.

Apa yang tak kena?

"Mana beg baju kau?" tanya Danish dengan nada kasar. Seri pantas bangun membuka pintu almari lalu menarik keluar beg besarnya yang masih belum terusik. "Bagus, sekarang aku nak kau ikut aku."

Seri yang masih terkejut dengan sikap suaminya hanya mengikut tanpa bicara. Mereka berjalan, menaiki tangga ke tingkat tiga banglo mewah itu, menuju ke bilik yang paling akhir. Danish membuka pintu, menolak Seri masuk ke dalam bilik itu. Hampir terjatuh Seri tetapi berjaya dibetulkan posisinya.

"Abang?"

Danish sedikit pun tidak memperdulikan Seri yang keliru. "Mulai hari ini, ini bilik kau. Kau turun naik dari tingkat bawah ke sini, jangan sesekali guna lif. Banglo besar ni tak ada pembantu rumah. Jadi semua tugas, kau yang buat. Letak beg kau dan ikut aku."

Sekali lagi Seri hanya mengikut langkah suaminya. Pada mulanya dia gembira kerana hanya mereka berdua sahaja yang tinggal di banglo itu. Tetapi sekarang kesunyian itu menghimpit dirinya. Sebaik majlis selesai, suaminya terus membawanya ke sini, meninggalkan tetamu lain yang mungkin masih bergembira di hotel.

Langkah mereka terhenti di tingkat bawah, di hadapan sebuah pintu yang tidak kurang gahnya. Danish membuka pintu itu, menolak Seri kasar masuk ke dalam. Meliar mata Seri melihat dekorasi di dalam bilik itu. Bilik itu layaknya untuk seorang puteri. Terdapat katil kanopi saiz king di tengah bilik. Perabot dan hiasannya hanya berwarna putih atau merah jambu. Di satu sudut, terdapat almari tingkat sehingga ke siling yang menempatkan pelbagai saiz anak patung.

"Diana sayang, abang datang ni," panggil Danish penuh kelembutan.

Seri hampir menjerit melihat satu lembaga merangkak keluar dari bawah katil. Rambutnya panjang dan kusut-masai. Pakaian tidurnya walaupun baru dan bersih, sudah berkedut. Selepas diamati, lembaga itu ialah seorang gadis remaja. Gadis itu berusaha berdiri, walaupun keadaan fizikalnya membatasi pergerakkannya. Dia bergerak menghampiri Danish dan Danish merangkul gadis itu dalam pelukkan.

"Ini adik aku." Danish merenung tajam ke arah Seri. "Dia paling penting dalam hidup aku selepas mama dan papa. Selain jaga banglo ni, tugas kau ialah jaga adik aku dengan baik. Apa-apa terjadi pada adik aku, aku tak akan lepaskan kau."

Seri hanya mampu menganggukkan kepala. Tidak berani dia mempersoalkan arahan Danish walaupun dia ingin sekali meminta penjelasan. Tiba-tiba hidungnya menangkap bau busuk. Seri menangkat tangan untuk menutup hidup tetapi jegilan mata dari Danish mematikan pergerakkannya.

Danish menunduk melihat ke arah Diana dengan penuh kasih sayang. "Mak Jah dah balik kampung. Mulai hari ni, kakak ni yang akan jaga Diana. Diana ikut dia ya sayang, tukar lampin."

Hampir luruh jantung Seri mendengar kata-kata Danish. Sebagai ank tunggal, Seri akui yang dia dimanjakan oleh ibu dan ayahnya. Pembantu rumah yang diupah ayah, memang membantu meringankan tugasnya. Malahan pasir najis kucing peliharaannya juga diuruskan oleh pembantu rumah. Tetapi sekarang suaminya mahukan dia menjaga remaja ini. Mampukah dia, gerutu hati Seri.

Danish menolak perlahan tubuh Diana ke arah Seri. Matanya bertembung dengan mata Seri dan kini Seri dapat melihat dengan jelas cahaya kebencian di dalam mata itu. Diana memeluk tubuhnya dan bau kurang enak itu menjadi semakin kuat. Seri cuba menahan diri dari muntah di situ. Dia tidak mahu suaminya lebih benci kepadanya. Danish meninggalkan mereka berdua. Kalau tak kerana Diana yang masih memeluknya, Seri yakin yang dia akan jatuh terjelepok di situ.

"Mari Diana, kita ke bilik mandi. Kita tukar lampin ya," pujuk Seri.

Selepas berpuas hati dengan hasil kerjanya, Seri akui yang Diana bukan seorang yang sukar untuk dijaga. Gadis manis itu mendengar setiap kata-kata Seri walaupun kadang-kala Seri perlu mengulangnya berpuluh kali sambil menggunakan isyarat tangan dan tubuh.

Agak kekok pada mulanya bagi Seri untuk menguruskan gadis remaja ini. Malahan beberapa kali dia hampir muntah. Tetapi Seri berjaya menahan diri. Seri membantu Diana masuk semula ke bilik tidur. Seperti sudah biasa, Diana terus naik ke atas katil, mencapai anak patungnya.

"Uhh uhh," kata Diana sambil menunjukkan ke arah sebuah buku di atas katil dengan jarinya yang mengerekot akibat kecacatan yang dialaminya.

"Diana nak akak baca buku ni?" tanya Seri walaupun dia sudah tahu jawapannya.

"Uhh uhh," jawab Diana.

Seri duduk di sisi Diana. Buku bertajuk Puteri Salju itu dibuka lalu dibaca. Sampai dipertengahan buku, Diana sudah terlelap. Seri meletakkan buku itu di tempat asalnya. Dia menarik selimut, menutupi tubuh Diana. Selepas menghidupkan lampu tidur dan mematikan lampu utama, Seri melangkah keluar dari bilik gadis itu.

Suaminya tidak kelihatan. Mungkin sudah tidur. Seri melihat keluar, ke arah pokok-pokok ara yang besar dan tinggi yang mengelilingi rumah itu. Daun-daun pokok bergerak-gerak ditiup angin malam. Suasana sunyi yang menyelubungi banglo itu tidak sedikit pun menenangkan jiwa Seri. Pantas kakinya mendaki anak tangga menuju ke tingkat tiga.

Sampainya di tingkat dua, mata Seri terarah kepada tubuh suaminya yang sedang leka menonton tv. Seri mahu mendekati suaminya, mendapatkan sebab dia diperlakukan begitu. Tetapi Seri sudah letih. Bukan saja tubuhnya tetapi juga hatinya. Seri melangkah longlai, meneruskan dakiannya ke tingkat tiga.

Terdapat beberapa pintu di kiri kanan sepanjang dia menuju ke biliknya yang paling hujung. Tetapi Seri tiada hati untuk menjelajah banglo itu malam ini. Dia hanya mahu tidur, dengan harapan semua ini hanya mimpi.

Seri masuk ke bilik, membersihkan diri. Selepas menunaikan solat, Seri berbaring di atas katil. Tetapi tidur masih tidak mahu datang. Mungkin kerana dia terlalu letih. Seri bangun semula menuju ke begnya yang masih belum dibuka. Dia mengangkat beg itu, membuka zip lalu mula menyusun pakaian dan barang peribadinya di dalam almari. Seri bersyukur walaupun biliknya kecil, hanya mampu menempatkan sebuah katil bujang dan almari pakaian dua pintu, tetapi sekurang-kurangnya terdapat bilik mandi di dalam biliknya.

Selepas begnya kosong, Seri mulai panik. Di mana handphone aku? Puas Seri menyelongkar beg itu, menggagau di setiap sudut tetapi smartphonenya masih tidak dijumpai. Seri terduduk di tepi katil. Airmata yang cuba ditahannya, turun membasahi pipi.

Ya Allah, dugaan apakah ini? Adakah hambaMu ini kuat untuk menghadapinya?

ONGOING Kau Yang SatuWhere stories live. Discover now