~19~ Danish - Tak Kenal Maka Tak Cinta

2K 38 0
                                    

Jet yang dinaiki mendarat dengan selamat. Danish membuka tali pinggang sebaik terlihat lampu hijau lalu membawa Diana turun. Kerusi rodanya telah siap disediakan oleh pemandu yang menanti mereka. Danish menganggukkan kepala kepada lelaki kulit putih itu sebagai isyarat untuk membawa Diana ke kereta.

Dia pula bergerak ke sisi tangga, menunggu Seri yang muncul tidak lama kemudian. Perjalanan lebih 21 jam tanpa henti itu, memang meletihkan tetapi terlihat saja wajah Seri, Danish menjadi segar semula. Dia tidak berbohong. Hatinya hanya satu dan telah pun diserahkan kepada wanita yang bergelar isterinya. Tetapi dendamnya lebih kuat dari sayang itu.

Danish sedar yang dia boleh kehilangan isterinya sekiranya dia meneruskan rancangannya. Tetapi janjinya kepada ibu saudaranya, dan wajah papa yang terbaring kaku, menyebabkan Danish tidak dapat menamatkannya. Seri turun, berdiri di sisinya tetapi masih lagi berusaha menjarakkan diri. Dia tahu yang isterinya tidak selesa rapat dengannya.

Danish meraih tangan Seri, digenggam erat dengan tangannya. Seri melemparkan senyuman. Walaupun sedikit kelat tetapi Danish tahu itu semua hanyalah lakonan. Itulah yang membuatkan Danish makin sayang pada Seri. Dia tahu apa yang perlu dilakukan tanpa diarah. Hanya Danish saja yang sengaja memperlekehkan usahanya.

"Sayanggg." Danish mengetap gigi. Dia sudah lupa akan kewujudan perempuan itu. "Sampai hati you tinggalkan I. Dah la sepanjang flight you tak layan I. Berkurung saja dalam bilik tu." Rita menjeling ke arah Seri. Bibirnya terjuih melihat genggaman tangan mereka.

"Kenalkan, ini wife I," kata Danish.

Seri menghulur tangan untuk bersalam dan dibalas Rita dengan sentuhan di hujung jari sahaja. Sekali lagi Danish mengetap gigi. Tiada sesiapa di dalam dunia ini boleh melayan isterinya sebegitu rupa kecuali dia seorang. Bunyinya memang hipokrit tetapi Danish tidak peduli. Danish melangkah, mengheret Seri bersamanya menuju ke arah kereta mewah atau limosin yang sudah menunggu.

Satu jeritan nyaring menyebabkan Danish berhenti melangkah. Seri yang kehilangan momentum pasti tersembam ke lantai sekiranya Danish tidak bertindak pantas merangkul pinggangnya. Mata mereka bertaut tetapi tidak lama kerana Seri mengalih pandangan ke arah Rita yang sudah pun menggeselkan tubuhnya ke limo hitam itu.

"Sayang, limosin sayang. I tak pernah naik limo tau," kata Rita.

Seri tersenyum melihat gelagat Rita. Danish turut tersenyum apabila melihat senyuman Seri. Masa ibarat terhenti seketika buat Danish. Memori kenangan manis mereka menerjah fikirannya. Separuh dirinya inginkan semua itu berulang lagi tetapi separuh lagi masih menyimpan amarah dendam yang entah bila akan terpadam.

Tangan Danish masih merangkul pinggang Seri yang sedikitpun tidak menunjukkan riaksi. Danish sedikit kecewa. Adakah sentuhannya sudah tidak memberi makna buat isterinya?

Danish menolak Rita ke tepi, membantu Seri masuk ke dalam limo. "Kau, naik kereta tu." Danish menunjukkan sebuah kereta lain yang lebih kecil.

Rita menghentak kaki. "Tak nak. I nak naik limo ni juga."

"Ada aku tanya apa kau nak? Kalau kau tak nak pun bagus juga. Ambil barang-barang kau dan kau boleh cari transportation kau sendiri," balas Danish.

"I benci you," marah Rita.

"Bagus, sejak aku tahu perangai sebenar kau, inilah kali pertama aku setuju dengan kau," kata Danish.

Danish cuba masuk ke dalam limo tetapi dihalang oleh Rita. "You kena guna-guna dengan perempuan tu. I yakin."

Danish teetawa sinis. Dia merenung perempuan hilang akal di hadapannya. "Kau kalau nak gila, jangan dekat dengan aku. Nanti gila kau tu berjangkit."

ONGOING Kau Yang SatuWhere stories live. Discover now