~27~Danish - Sesal Separuh Nyawa

2.2K 51 27
                                        

Danish mundar-mandir di bilik menunggu. Rita yang masih menangis dan sesekali meraung tidak dipedulikannya. Harith pula keluar masuk bilik menunggu itu, membawa kopi atau makanan untuk mereka. Sudah satu jam mereka di situ tetapi masih tiada sebarang berita.

Danish menoleh ke arah Diana. Gadis itu yang tadinya histeria, kini telah tenang. James turut ada di sisi Diana sekiranya dia tersedar dari tidur. Danish meraup mukanya. Dia sudah tidak tahu untuk berbuat apa-apa lagi. Perasan bersalah kerana tidak mempercayai maksunya muncul di hati. Dia tidak menyangka yang Seri akan bertindak sedemikian.

"Bos, doktor nak jumpa," kata Harith.

Danish bergegas mengikut Harith. Mereka sampai ke satu bilik dan Danish masuk lalu duduk di hadapan seorang lelaki India. Doktor itu mengeluarkan sehelai kertas dari sebuah sampul. Dia menghulurkan kertas itu kepada Danish. Danish mengerut dahi.

"What's the meaning of this?" tanya Danish.

"Sir, the report has proven that the pills given to your sister, contain high dosage of illegal drug," kata doktor itu.

Danish melihat ke arah Harith yang berdiri di sisinya. "Apa semua ni?"

"Bos, masa bos arahkan saya untuk cari pakar untuk Diana, saya ada ambil sampel ubat yang diberikan kepada Diana selama ni untuk dibuat ujian. Itulah keputusannya." Harith menunjukkan ke arah kertas di tangan Danish.

Danish mengerut dahi. Matanya mengimbas sekilas lalu isi kandungan kertas itu. Jantungnya berdegup kencang. Laporan itu membuktikan yang ubat dimakan oleh Diana selama ini mengandungi sejenis dadah yang berbahaya. Kandungan dadah itu juga agak tinggi. Itu yang menyebabkan Diana sering tidak sedarkan diri dan kelihatan lemah.

"I don't understand." Danish melihat ke arah doktor itu. "The pills were given by an expert. My aunt has known him all her life."

"I'm sorry sir. That is not under my jurisdiction. You can file a report against the expert. But you should stop giving those pills to your sister because it's killing her slowly," balas doktor itu.

Danish menggelengkan kepalanya. Walaupun bukti telah ada di depan mata, dia masih sukar untuk mempercayainya.

"No, my aunt won't do that. No to her own daughter," kata Danish.

"Percayalah nak, maksu kau bukanlah perempuan yang kita sangkakan selama ni."

Danish menoleh ke belakang. Matanya terbuka luas melihat papanya di atas kerusi roda sementara mamanya berdiri di sisi papanya.

"Sudah sampai masanya untuk Danish tahu apa yang telah mama syaki selama ni. Tapi tanpa papa sebagai saksi, mama terpaksa berdiam diri. Kerana mama tahu, bukan mudah untuk Danish mempercayai orang lain walaupun ibu kandung Danish sendiri," kata mamanya.

***

Danish mencengkam kepalanya dengan kedua-dua tangannya. Kepalanya makin sakit. Dia sepatutnya bergembira kerana papanya telah sedar dari koma selepas terlantar berbelas tahun di atas katil. Tetapi perkara yang disampaikan oleh mamanya, membuatkan dirinya makin tidak keruan.

Selama ini dia telah melakukan banyak dosa kepada orang yang tidak bersalah. Semuanya kerana dia terlalu sayangkan maksunya. Semuanya kerana andaiannya yang itulah kehendak papanya, supaya dia melindungi satu-satunya adik kandung papanya itu.

"Saya tak faham," bisik Danish.

Hanya mereka bertiga di dalam bilik menunggu itu. Harith telah mengheret Rita ke tempat lain dan James telah membawa Diana untuk mendapatkan rawatan berkenaan dadah di dalam tubuhnya.

ONGOING Kau Yang SatuCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang