= 29 =

992 17 8
                                    


"Masuklah Seri. Buat macam rumah sendiri," pelawa Badrul.

Hanya Seri yang melangkah masuk ke pangsapuri itu sedangkan Badrul masih setia berdiri di muka pintu. Berlainan sekali pangsapuri milik Badrul yang ini berbanding dengan yang dulu. Sudah tiada lagi kemewahan tetapi tidak mencacatkan langsung kerana ringkas itu paling menawan pada pendapat Seri.

"Seri, saya tunggu kat kafe bawah ya. Tak manis pula rasanya saya kat sini," kata Badrul mematikan pengamatan Seri.

"Eh kejap awak. Saya letak beg. Kita turun sama-sama."

Pantas Seri berjalan ke arah pintu masuk. Tangannya lincah mengunci pintu pangsapuri itu sebelum berkejar menyaingi Badrul yang semakin hampir ke pintu lif. Mengerti dengan ketidakselesaan lelaki itu, Seri memilih menjarakkan diri ketika mereka sama-sama berada dalam lif.

Badrul memilih tempat duduk menghala ke arah taman mini, agak terlindung dari pandangan kolam renang. Selepas membuat pesanan minuman, mata Seri terarah kembali pada wajah bersih lelaki itu.

"Awak dah banyak berubah," luah Seri.

Senyuman nipis menghiasi bibir merah itu. Satu sikap terpuji Badrul, dia bukannya kaki rokok atau alkohol atau judi. Mungkin nafsunya dahulu lebih ke arah perempuan seksi. Tetapi sepanjang perkenalan Seri dengan Badrul, hanya Yati sahaja selain dirinya yang berjaya menarik perhatian lelaki itu. Itu pun sebab tertangkap. Mungkin ada lagi yang tidak diketahui. Pantas Seri mengusir anasir jahat yang mula berputik di hati.

"Alhamdulillah. Itu semua berkat doa dan kesabaran ahli keluarga saya terutamanya mummy dan daddy." Lamunan Seri mati dengan kata-kata Badrul.

Mereka mendiamkan diri, memberi laluan kepada pelayan yang membawa minuman mereka. Seri meneguk teh 'o' panas di hadapannya. Sesekali bibirnya meniup teh yang masih berasap itu. Tetapi cepat Seri berhenti tatkala melihat Badrul yang memilih untuk mengipas kopi 'o' panasnya dengan tapak tangan. Seri senyum malu. Ah, beza sekali Badrul yang sedang duduk di hadapannya ini dengan yang dikenalinya dulu.

"Awak betul ke nak bagi saya menumpang di pangsapuri awak ni?" tanya Seri sebaik meletakkan kembali cawan di atas meja.

"Ish apa pula menumpang. Macam sedih sangat bunyinya. Kita kan kawan. Dari dibiarkan pangsapuri tu kosong tak berpenghuni, kira Seri ni macam housekeeper tak bergaji la," seloroh Badrul.

"Terima kasih Badrul. Saya pun tak sangka dalam ramai-ramai insan, awak yang dihantar oleh Allah untuk menjadi penyelamat saya," balas Seri perlahan.

Kisahnya hidupnya sejak perkenalan dengan Danish sudah tidak menjadi rahsia lagi. Semuanya diceritakan kepada Badrul semasa penerbangan mereka kembali ke tanahair. Dan Badrul, memilih untuk tidak memberikan sebarang riaksi atau komen. Untuk itu, Seri amat bersyukur.

"Allah itu Maha Mengetahui. Mungkin ada rahsianya yang kita tak tahu." Badrul menghirup perlahan kopinya yang Seri yakin sudah suam kuku. "Seri nampak butik di hujung tu?"

Mata Seri turut mengikut pandangan Badrul ke arah sebuah butik tidak jauh dari kafe. "Ya. Kenapa?"

"Haa memang rezeki Seri. Tak payah pergi jauh. Turun dari pangsapuri, dah sampai tempat kerja," jawab Badrul.

"Maaf, tapi saya tak faham."

"Butik tu pun milik saya juga. Dah seminggu tutup sebab akak yang jaga butik tu selama ni dah pindah ikut suami. Sebab saya pun di luar negara masa tu, maka tak jumpa lagi pengganti. Tapi dah ada Seri ni, kira rezeki saya jugalah. Tak payah penat saya tampal iklan bagai," terang Badrul masih dengan nada selorohnya.

"Awak tak rasa rugi ke buka butik? Sebab pelanggan macam terhad." Bukan niat Seri untuk memperlekehkan tindakan Badrul, usahawan berjaya itu. Tetapi di kediaman mewah ini, berapa ramai sangatlah pelanggan yang ada.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 21, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ONGOING Kau Yang SatuWhere stories live. Discover now