~14~ Danish - Luka Silam

1.3K 29 0
                                    

Danish menghempas beg bimbitnya ke atas meja kopi di tengah pejabatnya. Tali leher yang diikat kemas turut diurai dari leher dan dibiarkan begitu saja. Harith dan Mira yang berdiri di muka pintu memandang antara satu sama lain. Lisa yang menyedari moodnya memilih untuk mendiamkan diri dan berpura-pura melakukan sesuatu.

Harith mengerling ke arah Mira lalu memberikan isyarat mata yang dibalas oleh anggukkan. Mira melangkah pergi meninggalkan Harith yang masuk ke dalam pejabat lalu menutup pintu.

"Bos okay?" tanya Harith.

"Now now Harith," jawab Danish sedikit keras.

Danish berdiri menghadap dinding kaca panoramik yang membolehkan dia melihat sebahagian besar Kuala Lumpur. Hatinya gelisah sejak pagi tadi. Terngiang-ngiang suara mamanya di telinga yang membantah dia meneruskan rancangannya.

"Danish akan menyesal suatu hari nanti. Sama macam papa."

Apa maksud mama berkata begitu?

Kenapa dia akan menyesal sedangkan apa yang dilakukannya adalah untuk menuntut bela atas apa yang dilakukan terhadap keluarga mereka. Mama sepatutnya faham dan memberikan sokongan, bukannya membantah.

Interkom di atas meja berbunyi dan Harith segera menekan butang.

"Bos, bapa mertua bos online," kata Lisa melalui interkom.

Danish melepaskan nafas berat yang ditahannya. Dia melangkah ke arah meja lalu mengangkat gagang.

"Assalamualaikum ayah," katanya lembut.

"Wa'alaikumsalam Danish." Lelaki tua itu mendiamkan diri selepas itu. Mahu saja Danish meletakkan gagang telefon. "Uhm ayah cuma nak tanya khabar. Dah sebulan lebih ayah tak dengar suara Seri. Dia sihat?"

Danish tersenyum sinis. "Alhamdulillah sihat. Cuma dia sibuk dengan projeknya sekarang. Ayah pun tahukan bila Seri fokus dengan sesuatu, dia lupa yang lain."

"Ya ya ayah tahu. Baguslah kalau dia sihat. Boleh Danish minta dia call ibu atau ayah. Kami rindu nak dengar suaranya," pinta lelaki itu.

"InsyaAllah. Saya akan sampaikan," balas Danish.

"Uhm ya, kalau begitu ayah tak nak ganggu Danish. Danish mesti sibuk dengan kerja. Assalamualaikum," kata lelaki itu.

"Wa'alaikumsalam."

Danish pantas meletak kembali gagang telefon. "Harith, saya nak awak sewa jet peribadi. Saya, isteri dan adik saya akan ke luar negara."

"Baik bos," balas Harith.

Harith membuka mulut tetapi apa yang ingin disampaikannya tidak keluar. Danish memandangnya dengan sisi mata.

"Get on with it Harith. I don't have all day," kata Danish.

Harith terbatuk. Tidak menyangka yang Danish sedar akan niatnya. "Uhm bos, reasonable doubt bos."

"Dan seperti yang saya pernah kata, saya percayakan ibu saudara saya," balas Danish.

"Tapi bos-"

"Enough Harith. Tak ada tapi-tapi lagi. Saya hargai pandangan awak tapi saya nekad dengan keputusan saya," kata Danish, memintas kata-kata Harith.

Danish tunduk semula. Melihat dokumen di atas meja. Dia mengambil satu fail dengan niat untuk membacanya di sofa empuk, chaise longue dalam bahasa Inggeris, yang diletakkan menghadap tingkap panoramik.

"Bos, saya tahu bos ingin menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak. Tapi bagaimana kalau kata-kata Puan Sri benar? Bukankah tugas anak lelaki mematuhi kata-kata ibunya selagi mana ianya untuk kebaikkan," sambung Harith.

ONGOING Kau Yang SatuWhere stories live. Discover now