~22~ Danish - Dipeluk Sesal

2.1K 43 4
                                    

Danish mengusap kepala Seri. Dia bersyukur kerana berpatah balik ke bilik Diana. Kalau tidak... Danish memejam mata. Dia tidak mahu memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya dia lewat. Tangan Seri dicapai, dibawa dekat ke bibirnya. Tangan itu dikucup sebelum diletakkan ke pipinya.

"Sayang, buka mata sayang," bisik Danish.

Dahi Seri yang dilekatkan plaster, sudah mulai membenjol. Tangannya juga masih lagi kemerahan. Danish tidak menyangka maksunya akan mengambil tindakan begitu. Dia tahu yang maksunya marah dengan apa yang menimpa dirinya. Dia sendiri pernah berjanji akan membalas perbuatan ayah Seri, tetapi sekarang, melihat keadaan isterinya yang kaku di atas katilnya, Danish sudah tidak peduli lagi dengan janji itu.

"Sayang, abang minta maaf. Abang janji abang akan betulkan semuanya. Tolong buka mata sayang," bisik Danish lagi.

Rayuan Danish tidak memberi kesan. Seri masih tidak menunjukkan sebarang riaksi. Sesekali mata Danish menoleh ke arah pintu biliknya yang terbuka luas. Annette sedang berdiri di situ, wajahnya cemas. Danish kagum dengan isterinya. Walaupun perkenalannya dengan Annette singkat, tetapi dia telah berjaya menambat hati gadis itu. Kalau tidak, masakan gadis itu sanggup berdiri di situ walaupun telah dilarang oleh Danish.

"Sir, the doctor is here," kata James yang melangkah masuk ke dalam bilik diikuti seorang lelaki kulit putih.

Di belakang lelaki itu, seorang jururawat masuk sambil membawa beg hitam. "Sir, please wait outside."

Danish tidak mempedulikan kata-kata jururawat itu. Dia telah lama mengabaikan isterinya. "No, I want to be here. My place is here."

Doktor itu menggelengkan kepala ketika jururawat itu membuka mulut, mungkin untuk membantah keputusan Danish. Itulah kuasa duit barangkali. Danish hampir tertawa sinis. Dia masih tidak berganjak dari sisi Seri ketika doktor dan jururawat itu membuat pemeriksaan. Hanya James dan Annette yang melangkah keluar dari bilik itu.

Setiap detik yang berlalu, menambahkan keresahan di hati Danish. Seri masih tidak sedar, ibarat Puteri Salju, cerita yang selalu dibacakannya kepada Diana. Kalaulah hanya dengan satu ciuman isterinya akan sedar, Danish sanggup memberikan walau ribuan ciuman sekalipun.

"Tolong bangun sayang. Abang minta maaf," bisik Danish lagi. Tangan Seri dikucupnya perlahan.

"Sir, I'm sorry, but I need to see that hand," kata jururawat itu lembut.

Mungkin simpati dengan nasib Danish, jururawat itu tidak lagi melihatnya seolah-olah dia punca Seri berkeadaan begitu, sedangkan realitinya, dia sememangnya antara punca semua ini berlaku. Danish akhirnya bangun, membolehkan jururawat itu menyapu ubat di tangan Seri sebelum membalutnya.

"Do we need to to that?" tanya Danish sambil menunjuk ke arah kedua-dua tangan Seri yang telah berbalut.

"It's to avoid infection sir. Maybe for a day or two. The burn, it's mild but she still needed further treatment," jawab jururawat itu.

"Hmmm." Danish menoleh ke arah doktor yang wajahnya tiba-tiba beriak risau. "She have a high fever. With medication and care, she will be okay."

"But?" kata Danish. Dari wajah doktor itu, dia tahu ada perkara lain selain itu.

Doktor itu melihat ke arah Danish. "We still need to do a thorough check-up. But if the preliminary check-up is correct, your wife is pregnant."

"Pregnant?" Danish terduduk di atas kerusi. "Are you sure doctor?"

"Like I said, a thorough check-up need to be done. And it's still too early to tell. But," Doktor itu meletakkan semula jarinya ke nadi pergelangan tangan Seri. "I can sense two pulse. One is a bit weaker."

ONGOING Kau Yang SatuWhere stories live. Discover now