~12~ Seri - Duniaku Untukmu

1.2K 36 0
                                    

Tidur Seri terganggu dengan bunyi ketukkan kuat di pintu. Selepas terdengar suara Danish, dia bangun dengan pantas membuka pintu. Harapannya ialah Danish sudah sedar dengan sikapnya tetapi meleset sama sekali. Wajah Danish yang bengis, mengecutkan hati Seri.

"Kau ada 30 minit untuk siapkan sarapan aku," kata Danish dengan wajah penuh kebencian.

Seri mengerling ke arah jam di dinding. Terbeliak matanya melihat jam sudah 6.30 pagi. Dia terbabas tidur. Terkocoh-kocoh Seri masuk ke bilik mandi, membersihkan diri dan menunaikan solat. Selepas itu, pantas dia berlari anak ke tingkat bawah untuk menyediakan sarapan. Walaupun sudah setahun dia mengenali Danish, tetapi dengan sikap baru suaminya itu, dia tidak tahu apa yang perlu disediakannya. Dan ditambah pula dengan kesuntukkan masa, Seri hanya sempat menyediakan roti bakar dan kopi panas.

Dia menghidangkan semua itu di atas meja makan, kembali semula ke dapur untuk mengambil jem dan mentega. Seri tidak perlu memanggil suaminya kerana lelaki itu telah muncul, memerhatikan sarapan pagi di atas meja. Seri terpana melihat suaminya yang kemas dengan kemeja kolar lengan panjang warna biru lembut dan bertali leher. Beg dan kot diletakkan di atas kerusi.

"Hei perempuan, kau ingat aku boleh kenyang ke makan ni?" tanyanya keras. Seri tidak memberikan reaksi. Dia sendiri tidak tahu akan jawapannya. "Hei aku tanya kau ni. Kau bisu ke?"

Seri menggelengkan kepala. "Tak."

"Kalau tak, lain kali aku tanya, jawab," bentak Danish. "Hukuman kau sebab tak jalankan tugas dengan baik, kau kena bersihkan banglo ni atas bawah. Aku nak bila aku balik, lantai tu berkilat. Faham?"

Seri pantas menganggukkan kepala. "Ya."

"Pastikan Diana mandi dan makan. Ubat ada dalam laci. Kalau kau miss walau sekali pun bagi dia makan ubat, siap kau dengan aku," ugut Danish.

Danish mengambil semula beg dan kotnya. Dia meninggalkan Seri dan apabila kedengaran pintu hadapan ditutup, barulah Seri berani menarik nafas. Seri menyimpan semula makanan dan minuman. Selera makannya telah hilang. Dia segera ke bilik Diana. Sebaik pintu dibuka, bilik berhawa dingin itu diselubungi aroma kurang menyenangkan.

Seri mematikan penghawa dingin dan menghidupkan kipas. Dia kemudiannya menuju ke tingkap lalu membukanya seluas mungkin. Selepas berpuas hati, Seri mula mencari gadis muda itu. Satu-satunya tempat yang boleh dijadikan tempat persembunyian ialah bawah katil.

"Diana, akak datang ni," panggil Seri. "Jom kita mandi dan sarapan."

Sekali lagi hampir terhenti jantung Seri melihat Diana yang kusut-masai mengesot keluar dari bawah katil lalu merangkak ke arahnya. Rambutnya yang panjang tetapi tidak terurus, menambahkan lagi efek terutamanya di pagi hari ini.

"Uhh uhh."

"Ya ya, kita mandi dulu lepas tu baru sarapan," balas Seri.

Sebenarnya Seri sendiri tidak pasti apa yang cuba disampaikan oleh Diana kepadanya. Tidak sampai satu hari dia mengenali gadis itu. Apa yang dilakukannya hanyalah mengikut gerak hatinya sahaja. Seri meletakkan kedua-dua tangannya di bawah ketiak Diana, cuba membantu gadis itu untuk berdiri. Dia sedaya upaya menahan nafas, tidak mahu muntah dengan bau busuk najis yang meloyakan.

Akhirnya mereka sampai juga ke bilik mandi. Seri melucutkan pakaian Diana, meletakkannya ke dalam bakul di sudut bilik mandi. Dia membawa Diana ke tab mandi, membantu gadis itu untuk duduk. Lampin pakai buang dibuka, dan sekali lagi Seri menahan diri dari muntah. Isi kandungan lampin itu dibuang ke dalam tandas sebelum dilipat kemas dan dibuang ke dalam bakul sampah tertutup di bawah sinki. Seri menarik flush tandas lalu memicit butang di water heater. Dia memastikan suhu air selamat sebelum mencuci kotoran di tubuh Diana. Tubuh Diana turut disabun dan rambutnya dicuci. Seri turut membantu menggosok gigi gadis itu.

ONGOING Kau Yang SatuWhere stories live. Discover now