~24~ Seri - Memuja Dendam

1.5K 22 6
                                    


Seri dapat melihat perubahan pada diri Danish. Suaminya makin prihatin akan kebajikan dirinya. Seri tidak tahu sama ada itu kerana dia atau kerana bayi dalam kandungannya. Kadang-kadang dia cemburu dengan bayi yang sedang tubuh membesar dalam perutnya. Belum dilahirkan tetapi sudah mendapat kasih-sayang yang tidak berbelah bagi dari papanya.

Dalam tempoh sebulan dia di banglo mewah itu, dia dipaksa berehat di dalam bilik kepunyaan suaminya ini. pantang dia membuka pintu, pasti Danish, James atau Annette sudah menunggu untuk melarangnya keluar. Setiap hari juga James akan membawa Diana untuk berjumpa dengannya tetapi tidak lama. Gadis itu akan tidur sebaik selesai makan tengahari.

Seri tahu dia perlu bersuara tentang keadaan Diana. Gadis itu kelihatan makin lemah. Ubat yang sepatutnya membantu, sedikit pun tidak memberi kesan. Seri mengusap perutnya. Dia tidak menyangka dengan teknologi terkini ujian darah, kehamilan boleh diketahui dari enam hingga lapan hari ovulasi.

Perutnya masih lagi leper. Masih terlalu awal usia kehamilannya. Baru hendak masuk dua bulan. Hanya dua kali dia bersama dengan suaminya dalam tempoh perkahwinannya, dan apabila haidnya tidak datang seperti biasa, Seri tidak mengesyaki apa-apa. Rupanya keletihan dan hilang selera makan yang disangkakan akibat perubahan mendadak dalam hidupnya, merupakan tanda dia diberi rahmat oleh Allah.

Pintu bilik terbuka dan Seri bangun bersandar di kepala katil. Matanya tertumpu tepat pada pintu. Dia tidak faham kenapa wajah itu selalu saja berjaya membuatkannya hatinya tidak senang duduk. Kadang-kadang suka, kadang-kadang duka. Tetapi tiada sekelumit pun rasa marah atau benci.

"Selamat pagi sayang," Danish menolak daun pintu lebih luas lagi.

Dia menolak sebuah troli berisi makanan. Itulah rutin hariannya sejak Seri sedar sepenuhnya. Mereka akan bersarapan bersama setiap pagi. Kadang-kala Diana akan turut serta dengan mereka.

Seri tidak menjawab ucapan selamat dari suaminya. Matanya hanya mengikut setiap pergerakkan suaminya sehingga ke meja bulat di balkoni. Selesai menghidangkan makanan di atas meja, Danish berpaling ke arahnya. Sebuah senyuman terukir di wajah tampan itu. seri berpura-pura melihat lukisan di dinding. Dia malu untuk mengaku yang senyuman itu mempersonakan.

Danish mendekatinya. Telapak tangan kanananya diletakkan di atas perut Seri. "Anak papa dah bangun? Kita makan ya."

Seri membiarkan ketika dia dibantu oleh Danish ke meja makan sedangkan dia sudah bertenaga untuk bergerak sendiri. Danish meletakkan makanan di atas pinggan di hadapan Seri. Lebih banyak dari yang selalu di makan oleh Seri. Seri tidak kisah. Selepas membaca doa makan, Seri terus menjamah makanan tanpa menunggu suaminya.

Walaupun sayangnya masih ada untuk suaminya, tapi bagi Seri, mereka adalah dua individu berbeza yang berkongsi satu nyawa yang sedang membesar dalam kandungannya. Seri hanya merasa serba sedikit makanan di hadapannya. Bukannya dia tiada selera makan, tetapi dia masih tidak selesa hanya berdua dengan suaminya.

"Abang ada urusan di luar hari ni. Jadi abang tak dapat temankan sayang seperti selalu. Kalau sayang perlukan apa-apa, sayang boleh minta dari James atau Annette," kata Danish.

Seri hanya mendengar. Mengangguk tidak, menjawab pun tidak. Mulutnya terkunci rapi apabila Danish ada berhampiran dengannya. Sedang berbual dengan James atau Annette atau Diana sekalipun, dia boleh berhenti dari bercakap kalau Danish masuk ke dalam bilik. Dan Danish tidak sekalipun memberikan komen berkenaan perkara itu.

Mereka meneruskan sarapan dengan hanya bunyi burung berkicauan dan angin yang sesekali bertiup. Sesekali pandangan mereka bertembung tetapi tidak sedikitpun Seri menunjukkan sebarang riak ketika Danish menguntum senyuman ke arahnya.

ONGOING Kau Yang SatuWhere stories live. Discover now