BAB 14

303 23 3
                                    

Deruan angin serta bunyi ombak memukul menyapa pendengaran mereka berdua. Mata masing-masing memandang ke arah laut yang berombak kecil.

“Dah macam tengah keluar dating,” komen Eshal.

Sejak pagi tadi Haffeen membawanya keluar jalan-jalan. Makan sudah, beli cederamata pun dah. Sekarang berjalan-jalan di tepi pantai pula. Sedikit penat, tapi seronok. Dah lama dia tak pergi jalan-jalan macam tu.

“Kau anggap jelah kita tengah berjanji temu sebagai pasangan bercinta. Bercinta selepas nikah tu bagus. Aku boleh cubit-cubit, cuit-cuit kau.” Haffeen ketawa apabila dia berjaya mencuit pinggang Eshal.

“Eh kau ni! Aku nak tendang tak boleh, pakai kain.” Eshal mencebik. Geram pula dia.

“Selamatlah aku.” Haffeen ketawa lagi.

“Apa yang kau suka sangat dekat aku?” Eshal berhenti melangkah. Tubuhnya dipusing ke arah Haffeen sambil tangan bersilang di dada.

“Nak kata kita kenal lama, rasanya pernah jumpa dua kali je masa aku umur 17 tahun tu.” Ujar Eshal lagi.

Tiba-tiba pula setelah 11 tahun mendapat lamaran daripada Haffeen. Lagipun, macam mana lelaki itu tahu dia belum berkahwin dengan sesiapa sedangkan mereka tak pernah berhubung?

Takkanlah Haqif yang bagitahu? Pak su dia tu pun tak pernah cakap apa-apa malah awal-awal dapat tahu pasal lamaran tu, Haqif terkejut.

“Em.... Sebenarnya....” Haffeen helakan nafas.

Eshal sudah memincingkan matanya. Lama sungguh nak boleh ke cakap.

“Aku tak nak cakap.” Sengihan diberi.

Tidak semena-mena bahunya ditampar kuat oleh Eshal. Haa rasakan!

“Baik kau cakap sebelum aku angkat kain kurung aku. Aku sepak kau nanti!” Daripada berpeluk tubuh, Eshal bercekak pinggang. Gigi diketap geram. Main-main pula mamat ni!

“Kau peluk aku, baru aku bagitahu.”

“Tak naklah! Gatal!” Eshal berjalan pergi. Apa pula main peluk-peluk? Nanti adik-beradik tomato sesat dekat pipi dia.

“Betul ni tak nak?” tanya Haffeen. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

“Tak nak!” Laung Eshal yang sudah sedikit jauh.

Haffeen berlari anak ke arah Eshal. Aih! Seronok lagi usik Eshal lepas kahwin. Angin isterinya itu pun tak adalah memberontak macam perempuan dalam novel yang kena kahwin paksa. Elok sahaja terlihat seperti perlahan-lahan sedang menerima dirinya.

“Woi!” Terkejut beruk Eshal apabila Haffeen tiba-tiba mencempungnya. Lagi terkejut apabila Haffeen berlari ke arah air.

“Kau nak campak aku ke?” tanya Eshal. Kedua belah tangan sudah berpaut erat di leher Haffeen. Bimbang lelaki itu betul-betul campak dia ke dalam air. Kalau lelaki itu nak buat betul-betul, biar sama-sama jatuh. Haa!

“Memang pun. Nak bagi kau merasa macam mana jadi dugong.”

“Kau cakap aku dugong eh? Habis kau apa?”

“Aku daddy shark,” selamba Haffeen berkata membuatkan tawa Eshal terhambur. Otak tak betulnya tak ada ubat!

“Kau patut jadi obor-obor. Gatal! Dah, turunkan aku.”

“Turunkan dalam air?” Haffeen jongket kening.

“Atas daratlah. Aku pakai kasut ni. Nanti basah, tak naklah.”

Haffeen ketawa kecil. Langkahnya diatur ke daratan lalu Eshal diturunkan ke bawah.

“Kenapa kau pakai kasut macam budak sekolah?” Hairan Haffeen. Selalunya dia tengok Eshal pakai kasut tumit tinggi atau selipar sahaja. Hari ini buang tabiat ke pakai kasut.

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang