Tangan dilap kering sesudah membasuh pinggan. Dinda menarik lengan baju Haqif seraya merapat.
“Ada apa?” Soal Haqif.
“Pak su. Dinda rasa... ada benda tak kena dengan Cik Nur.” Bisik Dinda. Nak cakap kuat-kuat, risau ada yang mencuri dengar walaupun baru sahaja habis subuh.
“Apa dia?”
“Semalamkan Dinda jemur baju. Dinda nampak Cik Nur lompat keluar dari tingkap bilik pak su. Lompat macam tu je. Nampak mencurigakan.”
“Betul ni?”
Dinda angguk.
“Pak su tak tahu apa yang difikirkan Nur. Dinda buat-buat tak tahu dulu. Mungkin dia tak ada niat jahat. Semalam, pak su perasan barang-barang pak su terusik. Tapi, tak ada barang yang hilang bahkan barang peninggalan mak su.”
“Okey. Macam mana dengan polis? Mereka dapat temui apa-apa tentang Cik Nur?”
Haqif geleng. “Tak ada sebarang khabar lagi. Apa-apa pun, hati-hatilah waktu pak su tak ada dekat rumah. Ada apa-apa terus telefon pak su.”
Dinda angguk tanda faham.
Dia beredar sedikit menjauh tatkala Afiq datang ke dapur. Dilihat abangnya itu sekilas. Sudah kemas dengan rambut tersikat rapi, pasti mahu keluar.
“Abang nak pergi mana?” Soal Dinda.
“Kerja.”
“Awal.”
“Hari ni ada orang upah tangkap gambar pengantin. Tapi tempat jauh sikitlah. Itu yang awal.”
“Balik pukul berapa?”
“Tak tahu lagi.” Afiq toleh memandang Maisara dan Naila yang memasuki dapur. Macam tak elok sahaja angin dua gadis itu. Bertengkar agaknya.
“Feen! Perlahan sikit. Sakit!” Terpejam mata Eshal tatkala Haffeen memicit kakinya.
“Auch! Aduh-aduh! Sakit. Dah tak nak dah.” Habis berkerut wajahnya. Lantas, kaki dilarikan.
“Kenapa Eshal?” Soal Haqif.
“Sakit kaki. Kebas pak su.”
“Cuba kau berdiri. Kebas lagi?” Haffeen hulur tangan, membantu Eshal berdiri.
“Kebas lagi.”
Tanpa kata, Haffeen mencempung Eshal ke dapur. Kerusi ditarik menggunakan kaki lalu Eshal diletak duduk.
“Kuat betul,” komen Dinda. Ibu jari sudah diangkat membuat thumbs up ke arah Haffeen.
Maisara meletak kasar cawan di atas meja. Dia beredar tanpa sepatah bicara setelah itu. Menyampah dengan kehadiran Eshal. Sebolehnya dia nak duduk jauh.
“Naila. Kenapa dengan Maisara?” Tanya Afiq.
“Entah dia. Semalam Naila berbual dengan Nur. Dia tiba-tiba marah, lepas tu tak puas hati. Naila malas layan.”
Afiq hela nafas. “Ada-ada saja perangainya.”
“Kau cakap apa dengan Cik Nur?” Soal Eshal.
“Aku cakap.... Kenapa aku kena bagitahu kau?” Kening dijongket bersama senyuman sinis.
“Kau ni! Annoying betullah.”
Naila juih bibir, menayang mimik mengejek. Sebiji donut dicapai lalu dia berdiri untuk beredar.
“Kenapa Dinda rasa... Kak Naila cuba berbaik dengan Kak Eshal?” Dinda mengetuk dagu menggunakan jari telunjuk. Sementara sebelah tangan lagi mencekak pinggang.
![](https://img.wattpad.com/cover/196041021-288-k259945.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFI
Romansa[COMPLETE] [ROMANCE] Dua kisah dalam satu buku. *SEHINGGA CINTA* Tersilap calon lelaki? Macam mana boleh terjadi? Keputusan dibuat secara terburu-buru menjerat Eshal Naurah dalam keadaan yang dia tidak mampu keluar. Mahu membatalkan perkahwinan, itu...