BAB 11

538 39 5
                                        

Hampir penuh ruang tamu rumah Nek Wati dengan cucu-cucunya dan juga cucu perempuan Mak Idah. Disebabkan sesi berinai, semua datang menyelit untuk tengok. Ada juga yang turut memakai inai.

“Cantiknya tangan Kak Eshal,” tutur Tiara yang merupakan adik bongsu Haffeen.

“Lagi cantik tangan dia kalau dia pandai masak,” sampuk Maisara.

Naila di sebelah hanya diam. Dia bukanlah jenis setiap masa nak cari gaduh dengan Eshal.

“Kak Eshal tak pandai masak ke?” tanya Tiara.

Eshal menggeleng. Jujur sajalah. Buat apa nak malu? Lagipun bukan dia seorang sahaja yang tak pandai masak. Berlambak lagi perempuan di luar sana yang tak pandai masak.

“Tak apa kak. Tiara pun tak pandai masak. Insya-Allah, belajar perlahan-lahan nanti pandailah masak.” Ujar Tiara dengan senyuman manis. Peramah juga orangnya. Baru pertama kali bertemu, sudah banyak mulut bertanya itu ini.

“Insya-Allah.” Eshal turut melorek senyuman manis. Setakat masak mi segera, dia pandailah. Itu pun dah dikira bagus kot hahaha. Masakan lain, dia boleh belajar lagi nanti.

“Dah tua bangka pun tak pandai masak. Apa nak jadilah....” Naila gelengkan kepala seraya berdiri. Langkah diatur ke dapur. Wardah yang sedang membungkus pulut kuning dilanggar tanpa rasa bersalah.

“Auch!” Tersentak Haqif mendengar Wardah mengaduh. Dia di sebelah sahaja, memang nampaklah Naila langgar Wardah.

“Melecur tak?” tanya Haqif. Risau pula kerana jari jemari Wardah terkena periuk panas berisi gulai ayam.

Wardah menggeleng.

“Naila, minta maaf dekat Wardah sekarang!” Suruh Haqif.

“Naila tak sengajalah. Laluan dapur sempit sangat,” Naila memberi alasan.

“Dah tahu tak sengaja, tak pandai nak minta maaf.”

“Pak su ni kenapa nak marah-marah?”

“Jange gadoh. Wardah okey jah ni. Bo tepuh siket jah.” Ujar Wardah. Dia tak suka seseorang bergaduh disebabkannya.

Naila mencebik lalu beredar. Menyampah pula dia.

“Jangan ambil hati sangat dengan Naila. Perangai dia memang macam tu. Kalau tangan Wardah melecur, Haqif ada ubat sapu.” Tutur Haqif.

“Takpo, takpo. Tengok, dok lecur pun.” Wardah sengih seraya menunjukkan sisi tangannya.

“Kau sabar, sabar.... Buat-buat tak nampak.” Afiq cuba menenangkan Eshal yang sudah mula nak menyinga. Marah melihat kelakuan Naila terhadap Wardah tadi.

“Kalau tak fikir aku tengah berinai, aku dah pergi tarik rambut dia. Lepas tu humban ke tanah!” Turun naik dada Eshal menahan marah.

“Jangan marah. Tutup mulut kau, kemam benda ni.” Sebatang lolipop disua ke mulut Eshal. Dengan keterpaksaan Eshal menggigit lolipop tersebut.

“Afiq! Kau tak buang plastik!” Semakin bengang pula dirasakan Eshal.

Afiq hambur tawa.

“Aku lupa. Kau kemam laa sampai plastik tu cair sendiri macam lolipop.”

“Tak guna!” Eshal mendecit. Tak jadi dia nak marah Naila lebih-lebih sebab perangai tak semengah Afiq.

“Abang buat apa dekat sini? Nak berinai juga eh?” tanya Tiara.

“Haah. Abang nak berinai dekat kaki dengan tangan. Mana tahu nanti jadi makhluk asing.” Tutur Afiq membuatkan kaum hawa di situ hambur tawa.

“Jangan sampai aku paksa kau berinai betul-betul. Sebulan tak keluar bilik nanti,” kata Eshal dengan sisa tawanya.

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFICerita yang bikin terobses. Temukan sekarang