“Acik Wardah!” Akim berlari ke arah Wardah dengan tangan yang didepa. Tiba sahaja, bahagian lutut Wardah dipeluk kemas. Rindu dia. Dah beberapa hari balik, tapi tak jumpa lagi acik kesayangan dia tu.
Sengihan dilorek. Wardah mencangkung, menyamakan kedudukannya dengan Akim. Tangan mengusap lembut kepala si kecil itu.
“Budok bucuk acik!”
“Acik bucuk Akim!”
Kata-kata Akim membuatkan Wardah terketawa. Adoi! Meniru sungguh! Tubuh si kecil itu didukung lalu dia bergerak ke ruang tamu.
“Acik cantik. Macam bidadari,” tutur Akim. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Jari jemari menyentuh tudung putih Wardah pada bahagian pipi.
“Betul?”
“Em!” Akim angguk.
“Siapa ajar pasal bidadari?”
“Babah. Babah cakap, bidadari tu cantik. Baik. Macam aciklah, kan? Acik cantik. Sayang Akim.”
“Pandai!”
Terus terketawa si kecil itu apabila Wardah mencuit bahagian pinggangnya. Geli!
Haqif yang sedari tadi mendengar perbualan mereka hanya senyum. Tidak dia nafikan kata-kata Akim. Wardah... bidadari dia.
“Wan!” Akim melambai sebaik sahaja susuk tubuh Puan Maimun menyapa pandangan mata.
“Ya sayang.” Puan Maimun menguntum senyuman manis.
“Nak pergi dekat Nek Wan atau Tok Wan?” soal Wardah.
“Akim nak....” Dagu diketuk beberapa kali.
“Peluk bidadari!” Leher Wardah dipeluk seraya dagu berlabuh di bahu Wardah. Tawa suka kedengaran daripadanya.
“Suka sangat dengan Acik Wardah.” Puan Maimun tergeleng kecil. Kalau dah nampak Wardah, orang lain semua dia tolak.
“Mak tih.”
Terhenti langkah Eshal yang mahu ke dapur. Wajah ditoleh memandang Akim. Sejak bila Akim tukar gelaran ni? Siapa ajar?
“Aip! Kakak ke kakak?” Eshal bercekak pinggang.
“Mak tih,” tanpa teragak-agak Akim menjawab.
Eshal mendecit. Dah bagi pilihan sama, tetap jawab lain.
“Siapa ajar ha?”
“Ayah tih. Ayah tih cakap, kalau Akim panggil mak tih kakak, nanti mak tih kurang cantik.”
“Ayah tih Akim sesat! Tanda-tanda dia makin tua. Humph!” Eshal beredar ke dapur.
Wardah ketawa kecil. Kawan siapa macam ni? Sehari tak gaduh manja dengan suami tak boleh.
“Pak cik pergi tengok rumah tadi. Atap tu nampak baru. Haqif beli atap lain ke?” Pertanyaan Encik Adli mendapat perhatian Wardah.
“Tak beli. Haqif guna atap lebih bawah rumah ni.”
“Pak cik bayar. Berapa Haqif?”
“Eh! Tak payahlah pak cik. Atap tu tak terguna pun. Elok bagi pada yang memerlukan. Pak cik anggap ajelah Haqif bantu keluarga sendiri. Haqif tak berkira.”
“Terima kasih Haqif. Semoga Allah limpahkan rezeki buat Haqif.”
“Aamiin.”
“Acik... Akim ngantuk.” Sudah kuyu mata si kecil itu kelihatan.
“Kita balik rumah nyang.” Wardah berjalan keluar dari rumah.
Langkahannya terhenti apabila tiga buah kereta berhenti di perkarangan rumah Nek Wati. Tak lain tak bukan, semua sepupu Eshal datang.
KAMU SEDANG MEMBACA
SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFI
Romance[COMPLETE] [ROMANCE] Dua kisah dalam satu buku. *SEHINGGA CINTA* Tersilap calon lelaki? Macam mana boleh terjadi? Keputusan dibuat secara terburu-buru menjerat Eshal Naurah dalam keadaan yang dia tidak mampu keluar. Mahu membatalkan perkahwinan, itu...
