Bunyi derap kasut langsung tidak mengganggu menungannya. Saat terasa bahu ditepuk dari belakang, barulah dia menoleh. Wajah Haqif menyapa pandangan mata membuatkan mulut dia memuncung. Acah murung jap!
“Pak su bagi salam tak jawab. Tak dengarlah tu. Tengah berangan pasal apa haa?”
“Tengah berangan kahwin dengan putera raja.”
“Yalah tu.” Macamlah dia tak tahu Eshal tengah kecewa tengok Ali bersanding dengan perempuan lain hari ni.
Lelaki di sebelah Haqif, Eshal pandang. Macam pernah tengok rupanya. Tapi dekat mana eh?
“Kau duduklah mana-mana dulu. Nak duduk dekat ruang tamu ke... dekat dalam pun boleh. Aku nak masuk ambil barang sekejap,” ujar Haqif.
Eshal memandang ke arah kanopi yang sesak dengan orang ramai semula. Wajah usah dikata, mendung tapi tak nak hujan. Kecewa juga mellihat Ali dah jadi milik orang.
Hilang seorang lelaki idaman yang dia mahukan. Tapi tak apa! Masih ada berpuluh lelaki kacak yang dia suka di luar sana. Mungkin esok-esok dah boleh putus asa lupakan Ali.
“Masamnya muka. Kalah limau nipis.”
Kepala ditoleh memandang lelaki yang duduk tidak jauh daripadanya. Atas bawah lelaki itu dipandang. Dia yakin lelaki itu bercakap tentangnya memandangkan hanya lelaki itu sahaja yang berada di situ.
“Apa pandang-pandang?”
“Bidadari cantik ada dekat depan, mestilah kena pandang.” Tuturnya dengan sengihan.
“Zina mata nanti.” Eshal menjeling. Pakai ayat Haqif sekali sekala.
“Astaghfirullah al-adzim,” ucap lelaki itu seraya meraup wajahnya.
Haqif gelengkan kepala mendengarnya. Eshal dan Haffeen masih sama seperti dulu. Asal jumpa, bergaduh saja kerja mereka. Dah memang berjodoh agaknya.
“Rasa-rasa macam pak su boleh sangkut penyakut baju dah dekat bibir tu. Panjang sangat muncungnya,” usik Haqif sambil memakai jam di tangan kirinya. Eshal mencebik. Tiada angin dia nak melayan usikan Haqif.
“Kenapa monyok je ni? Tak nak pergi makan nasi dekat sana ke?” tanya Haqif. Mata mengerling ke arah kanopi di sebelah rumah Nek Wati.
“Tak ada mood. Siapa je yang pergi kenduri crush sendiri?” Bibir dijuih.
“Eshal la. Siapa lagi? Ni dah siap, lawa pula tu. Ah tak ada alasan! Ikut pak su pergi makan.” Tangan Eshal ditarik.
Dengan keterpaksaan dia mengikuti Haqif sehingga ke bawah kanopi di hadapan rumah Mak Idah. Punggung dilabuh di atas kerusi tanpa pergi mengambil makanan.
Haqif toleh ke belakang apabila sedar Eshal tidak mengikutinya lagi. Haffeen pula sudah ke depan untuk mengambil makanan.
“Aik, tak nak ambil nasi?” tanya Haqif.
“Pak su yang bawa Eshal datang sini, jadi pak su yang kena ambil nasi untuk Eshal.”
“Pemalas!” Haqif mendecit. Langkahnya tetap diatur pergi mengambil makanan untuk Eshal.
“Nah, makan kuih dulu.” Haffeen hulur pinggan berisi kuih-muih kepada Eshal. Gadis itu dilihatnya sudah mengerutkan dahi.
“Encik siapa nak bagi-bagi kuih dengan saya?”
“Nyanyuk kau ni. Aku kawan bapa saudara kaulah. Panggil aku Abang Haffeen.”
Eshal terdiam seketika cuba mengingat. Ah.... Budak yang acah-acah lebih tua tu.
“Kau rupanya! Nak makan penyepak aku ke?” Haffeen hambur tawa mendengar kata-kata Eshal.
“Tak takut! Nah makan dulu. Tak payah nak jual mahal sangat. Tak comel!” Ujar Haffeen. Pinggan berisi kuih ditolak ke arah Eshal.
KAMU SEDANG MEMBACA
SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFI
Romansa[COMPLETE] [ROMANCE] Dua kisah dalam satu buku. *SEHINGGA CINTA* Tersilap calon lelaki? Macam mana boleh terjadi? Keputusan dibuat secara terburu-buru menjerat Eshal Naurah dalam keadaan yang dia tidak mampu keluar. Mahu membatalkan perkahwinan, itu...