Langkahan Haqif terhenti di tangga dapur saat melihat susuk tubuh Wardah di sofa. Lampu di ruang itu sudah ditutup. Hanya cahaya skrin televisyen yang terbias. Tangan di dalam poket baju melayu dikeluarkan. Langkah diteruskan sambil bibir memberi salam agar tidak mengejutkan Wardah.
“Waalaikumusalam. Balik doh abe?” Wardah menoleh bersama senyuman lebar.
“Em. Kenapa duduk dalam gelap ni?”
“Lampu rosok sakni abe. Mapuh.”
“Lah. Mak mana?”
“Mok tido doh. Afiq tubik sakni, gi beli mentol. Abe nok air?” Wardah aju soalan sambil berdiri. Langkah diatur menghampiri Haqif.
Gelengan diberi. Habuk di dahi Wardah disapu, kemudian tangan Wardah ditaut. Seketika tangannya naik mengusap perut Wardah.
“Dah makan?” Tanya Haqif seraya mata memandang seraut wajah isterinya.
“Dok lagi. Wardah baru raso lapar.”
“Tunggu Afiq balik, kita makan dekat luar.”
“Wak gapo susoh-susoh tubik luar? Makei kat rumoh bulih.”
“Haqif saja nak bawa Wardah makan kat luar. Wardah nak makan apa?”
“Em....” Dagu diketuk menggunakan jari telunjuk. Tak pernah terfikir pula nak pergi makan dekat luar. Sekarang, kosong pula otaknya fikir nak makan apa.
“Roti canai. Bukok lagi ko keda maso ni abe?”
“Buka. Awal lagi ni. Tu, Afiq dah balik. Jom keluar.” Tangan Wardah ditarik perlahan menuju ke luar rumah.
“Pak su nak pergi mana?” Berkerut hairan dahi Afiq.
“Pak su nak bawa mak su pergi makan dekat luar sekejap. Tengok-tengokkan nenek eh?”
“Nak pergi dating rupanya. Yalah-yalah.” Afiq ketawa kecil. Kaki melangkah masuk ke dalam rumah setelah itu.
Kereta dipandu ke kedai makan berdekatan. Dalam samar-samar cahaya dia melihat wajah Wardah sekilas. Tidak lekang senyuman daripada bibir isterinya itu.
“Esok pagi abe nok bersih kawasan surau ko?” Wardah aju soalan.
“Tak. Abang ingat esok nak bawa mak dengan abah pergi klinik. Wardah pun ada temu janji dengan doktor, kan?”
“Em ado.”
“Haqif bersihkan surau hari lain. Dah cakap dengan tok iman pagi tadi. Uruskan yang penting dulu.” Sisi kepala Wardah diusap lembut.
“Dah sampai. Jom keluar.”
Pintu dibuka setelah mematikan enjin kereta. Tangan Wardah dicapai dan dipimpin masuk ke dalam kedai.
“Duduk dulu. Haqif pergi pesan makanan sekejap.”
Anggukan diberi. Mata yang memandang Haqif beredar dikalih ke arah lain pula. Dah lama dia tak makan dekat luar. Maklumlah kewangannya agak tidak stabil. Ubat-ubatan pun mahal ditambah pula wang untuk membeli barang dapur. Memang tiada baki untuk makan di luar.
Namun, semenjak berkahwin dengan Haqif, bil ubat-ubatannya ditanggung sepenuhnya oleh Haqif. Wang hasil mengajar dan menjual keknya pula disimpan untuk membeli barang dapur rumah Encik Adli.
“Abe. Wardah raso... makin teruk mok dok ingat bendo. Pagi tadi dia dok kenal langsung Afiq nge Wardah. Abe tokse royat ke Eshal lagi ko?”
“Mak tak bagi sebab tak nak kacau Eshal kerja. Tunggu Eshal balik kampung baru Haqif bagitahu dia.”
Wardah angguk tanda faham.
“Bilo Eshal balik? Lambat-lambat nanti takut mok dok ingat langsung doh ke dio. Nyaknyo dio abe.”
KAMU SEDANG MEMBACA
SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFI
Romance[COMPLETE] [ROMANCE] Dua kisah dalam satu buku. *SEHINGGA CINTA* Tersilap calon lelaki? Macam mana boleh terjadi? Keputusan dibuat secara terburu-buru menjerat Eshal Naurah dalam keadaan yang dia tidak mampu keluar. Mahu membatalkan perkahwinan, itu...