BAB 43

177 16 1
                                    

“Kak. Awal bangun,” tegur Tiara. Singki dihampiri lalu tangan dibasuh.

“Em. Tiara, minta tolong ketuk pintu bilik Rayyen suruh dia bangun. Akak nak bangunkan Haffeen sekejap.” Mug berisi air diletak di atas meja. Cukup untuk setiap orang.

“Okey kak.”

Eshal beredar ke tingkat atas. Birai katil diduduk. Tangan sudah menepuk belakang badan Haffeen, membangunkan suaminya itu.

“Feen, bangunlah. Sahur.”

Haffeen berdehem, namun tidak bergerak.

“Bangun sekaranglah. Jangan tidur balik,” kata Eshal lagi.

Kali ini tiada deheman. Tiada juga sebarang gerakan.

“Feen....”

Jeda.

“Feen sayang.”

Jeda lagi.

“Aizat Haffeen!”

Plak! Punggung Haffeen dipukul. Geram, dipanggil berkali-kali tidak menyahut.

“Adoi! Yang! Sakitlah.” Haffeen terjerit kecil seraya menggosok punggung. Tubuh perlahan-lahan dipusing ke hadapan. Menyepet matanya memandang Eshal.

“Itulah, orang panggil bukannya nak bangun.”

“Aku tengah mimpikan kau. Tu yang sambung tidur balik.” Haffeen menyengih.

Tertawa Eshal mendengarnya.

“Kau saja, ajekan!” Pinggang Haffeen dicucuk menggunakan jari telunjuk.

“Dah, pergi pakai baju. Turun sahur.”

“Peluk sikit yang.” Haffeen depakan tangan.

Tidak membantah, Eshal memeluk tubuh Haffeen. Dicium sekejap pipi Haffeen kemudian tautan pelukan dilepas.

“Dah.... Bangun sekarang.” Lengan Haffeen ditarik agar Haffeen mengubah posisi kepada duduk. Sehelai T-shirt dicapai dan diserah kepada Haffeen sebelum mereka melangkah turun.

Masing-masing duduk. Rancak pula Rayyen, Tiara serta Puan Hashifa bersembang ketika mereka datang. Sebiji kuih diambil dan dimakan.

“Bang, bila kau nak balik kampung?” Tanya Tiara. Alang-alang duduk berhadapan.

Sebelum ni susah nak jumpa. Bila Haffeen balik kerja, dia dah tidur. Almaklumlah jenis tidur awal. Pagi-pagi pun dia terbangun lambat sebab tidur semula lepas solat subuh. Haffeen dah lesap ke tempat kerja.

“Sebelum raya. Kenapa?”

“Opah asyik petik nama abang. Rindulah tu.”

Haffeen tertawa kecil. Dia tak sebebas Eshal mahu pulang ke kampung.

“Minum air.” Haffeen hulur air suam apabila Eshal terbatuk-batuk. Laju sangat makan sampai tersedak.

“Mama dan papa nak pergi Penang tengahari nanti. Eshal, tengokkan Tiara.” Ujar Encik Hazman.

Eshal mengangguk tanda faham.

•••

“Mesyuarat tamat. Terima kasih semua.” Eshal lorek senyuman nipis.

Saat semua orang sudah beredar, dia masih di situ membelek fail di atas meja. Ketukan pada pintu mendapat fokusnya.

“Masuk.”

Tiara jengulkan kepala bersama senyuman lebar. Salah satu kerusi ditarik lalu dia duduk.

“Beli apa?” Tanya Eshal apabila Tiara meletakkan beg barangan pembelian dari Butik Esharah di atas meja.

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang