Beg dicampak ke tepi. Eshal duduk bersandarkan sofa. Nafas dihela. Penat.
“Minum air.” Haqif hulur segelas air.
Eshal celikkan mata. Gelas yang dihulur diambil lalu air diteguk. Hilang hausnya.
“Lewat balik,” tegur Wardah. Tudung sarung pada bahagian sisi dibetulkan agar menutupi dada. Sofa kosong diduduk.
“Aku pergi jumpa klien tadi. Sekali ajak pergi dinner ramai-ramai. Nenek mana?”
“Dah tidur dah. Penat jalan-jalan dia cakap.” Haqif tersenyum nipis apabila Eshal ketawa kecil.
“Pergilah naik mandi. Nanti boleh rehat,” tutur Haqif lagi.
Eshal tidak jadi membalas kata-kata Haqif saat mendengar pintu ditutup. Kepala ditoleh ke sisi. Haffeen yang berjalan ke arah mereka dipandang.
“Tak tidur lagi?” Tegur Haffeen. Hairan tengok masing-masing ada dekat ruang tamu walhal jam sudah menginjak ke angka 11 malam.
“Yang... baru balik? Pergi mana tadi?” Bertaut keningnya melihat Eshal masih memakai pakaian kerja pagi tadi. Bukan ke Eshal balik waktu petang?
“Aku kerja lebih masa sikit hari ni. Sebelum balik tadi pergi dinner dengan klien.”
“Klien lelaki ke perempuan?”
“Lelaki.”
“Kau pergi dengan siapa?” Tangan sudah naik mencekak pinggang.
“Kenapa? Kau cemburu?” Kening dijongket. Sengaja nak tengok reaksi Haffeen.
“Taklah. Aku risau. Bukan boleh percaya orang zaman sekarang. Kau tu dahlah tak boleh lari. Nak tendang orang pun... kaki dulu sakit.”
“Yalah-yalah. Aku pergi dengan rakan-rakan kerja lain. Perempuan pun ramai.” Mengalah sajalah daripada mengusik Haffeen. Tak pasal-pasal kena bebel. Risaukan keselamatan dia punya pasal.
“Dah jom,” ajak Haffeen.
“Pergi mana?”
“Mandi. Takkan kau nak tidur masham-masham macam ni dengan aku.” Tangan kiri diletak di atas bahu kiri Eshal sambil kaki dihayun ke arah tangga.
“Kenapa? Kau tak sanggup?”
“Tak sanggup.”
“Kau ni.... Tak romantik langsung!”
“Romantik apanya rela tidur dengan kau yang masham-masham macam ni?”
“Haffeen!” Eshal ketap gigi. Sementara Haffeen sudah hamburkan tawa. Ada dia kesah!
Wardah ketawa kecil. Tergeleng dia dengar perbalahan kecil antara Eshal dan Haffeen. Duduk dekat kampung ke, Kuala Lumpur ke, sama saja bergaduh. Dalam kesibukan bekerja, masih ada masa untuk perbalahan manja mereka itu.
“Jom masuk tidur,” ajak Haqif. Tangan yang dihulur disambut oleh Wardah.
“Pintu dok kunci lagi,” kata Wardah.
Haqif berpatah semula ke arah pintu untuk mengunci. Hampir-hampir lupa dia.
Eshal bercekak pinggang. Masih tak puas hati dengan kata-kata Haffeen tadi. Diperhati saja Haffeen yang sedang membuka baju. Kemudian, baju itu dimasukkan ke dalam bakul.
“Feen, kau betul-betul sayang aku ke?”
Mendengar soalan itu, Haffeen menoleh dengan mimik muka blur. Tiba-tiba saja tanya.
“Betullah. Kenapa?”
“Aku tak boleh percaya dengar kata-kata kau macam tu je. Cuba buktikan.”
Haffeen senyum jahat. Seluar yang dipegang dicampak ke dalam bakul. Kaki perlahan-lahan melangkah menghampiri Eshal.
![](https://img.wattpad.com/cover/196041021-288-k259945.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFI
Romance[COMPLETE] [ROMANCE] Dua kisah dalam satu buku. *SEHINGGA CINTA* Tersilap calon lelaki? Macam mana boleh terjadi? Keputusan dibuat secara terburu-buru menjerat Eshal Naurah dalam keadaan yang dia tidak mampu keluar. Mahu membatalkan perkahwinan, itu...