“Ada orang hantar gambar aib. Katanya kau dengan Wardah buat hubungan intim.”
Memudar senyuman Haffeen tatkala mendengar kata-kata Eshal.
“Kau gurau ke apa?”
“Aku tak buat gurau benda macam ni Feen. Tapi aku tak boleh bagi kau tengok gambar tu sebab aurat Wardah terdedah.”
“Kau percayakan aku?” tanya Haffeen setelah terdiam seketika. Dia takut... Eshal akan bertindak di luar jangkaan disebabkan sekeping gambar itu.
“Aku percayakan kau Feen. Tapi aku perlukan kepastian pasal gambar ni. Aku tak nak fitnah sesiapa selagi tak ada kata-kata akuan atau bukti. Apa kata kau? Lelaki dalam gambar tu betul-betul kau?”
Eshal cuba tenangkan diri. Dia jelas-jelas nampak rupa Wardah, namun tidak lelaki di dalam gambar. Wajahnya dipotong di bahagian leher.
“Bukan aku.”
“Okey. Balik kampung nanti, aku akan tanya Wardah.”
Haffeen hela nafas.
“Aku tak kisah kau nak tanya, tapi macam mana urusan nikah dia dengan Haqif?”
“Sebab tu aku kena tanya. Jangan risau, aku takkan buat kecoh.”
“Eshal.... Macam mana kalau terbukti lelaki dalam gambar tu aku?” Tertelan air liur Haffeen mahu mengajukan soalan. Dia tak takut pasal gambar, tapi dia takut tengok muka Eshal yang separa menyinga. Dah hilang mood agaknya.
“Aku akan pastikan terung kau bengkok sebelum cerai.”
Haffeen telan air liur lagi. Seriau! Tak dapat bayang dia. Jangan main-main dengan amarah Eshal. Tengok perangai isteri dia tu pun, risiko akan buat betul-betul memang tinggi.
“Minum air yang....” Sengihan dibuat-buat ditayang seraya menghulur air.
Tanpa kata Eshal mengambilnya. Pakej jelingan maut bagi dekat Haffeen.
•••
Wardah melutut. Lengan baju dilabuhkan menutup tangan sebelum tangan Encik Adli dicapai. Dia bukanlah anak kandung mereka. Jadi dia tidak mempunyai pertalian darah dengan Puan Maimun serta Encik Adli.
Namun, dia akui Encik Adli dan Puan Maimun menjaganya bagai menatang minyak yang penuh. Tak pernah sekalipun mereka menaikkan tangan atau memarahinya.
Tangan Encik Adli dan Puan Maimun diraih perlahan, kemudian wajah ditundukkan menyentuh kedua tangan itu.
“Mok, aboh.... Wardah mitok maaf.” Bergetar suara Wardah kedengaran. Dia takut dan rasa bersalah terhadap kedua orang tuanya. Mesti perkara itu bukan kemahuannya mahupun disengajakan, hatinya tetap berasa tidak tenang.
“Minta maaf kenapa ni?” Puan Maimun sudah tidak sedap hati melihat wajah ingin menangis Wardah.
“Wardah buat saloh. Wardah....” Bibir dikemam. Dia takut mahu memberitahu kejadian semalam.
Tup! Tup!
“Assalamualaikum,” suara Nek Wati kedengaran seusai ketukan.
“Waalaikumusalam,” jawab Encik Adli. Isyarat diberi kepada Puan Maimun untuk tengokkan Wardah sementara dia pergi membuka pintu.
“Lap air mata.” Jari jemari menyeka air mata Wardah, tetapi Wardah masih dengan tangisnya. Terhinjut-hinjut bahunya menahan sedu tangisan.
KAMU SEDANG MEMBACA
SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFI
Romance[COMPLETE] [ROMANCE] Dua kisah dalam satu buku. *SEHINGGA CINTA* Tersilap calon lelaki? Macam mana boleh terjadi? Keputusan dibuat secara terburu-buru menjerat Eshal Naurah dalam keadaan yang dia tidak mampu keluar. Mahu membatalkan perkahwinan, itu...
