Kaki bergerak, menghayun buai yang diduduki sambil tangan memegang bekas aiskrim. Auntie Sue dan Acik Nina di hadapannya sesekali dipandang. Dah lama tak berbual sama-sama.
"Keadaan dia masih sama. Terlantar atas katil. Tak ada tenaga langsung nak berjalan," cerita Auntie Sue.
"Jadi, Auntie balik sekarang ni untuk jangka masa lama atau sekejap saja?"
"Sekejap saja. Auntie nak jenguk pokok-pokok kesayangan Auntie. Nasib baik Acik Nina tak lupa siram." Auntie Sue ketawa sehabis berkata. Beruntung ada jiran tolong siramkan. Kalau tak, balik-balik tengok semua pokok dia arwah.
"Jiran kena saling membantu. Kalau aku tak ada dekat rumah nanti, kau pula kena tolong." Ujar Acik Nina.
Auntie Sue mengangguk. Sudah tentu.
"Ni, Eshal... mata tu bengkak. Acik ingat muka sembap sebab baru bangun tidur. Tapi sekarang tak hilang-hilang lagi. Menangis ke?"
"Semalam Eshal nangis. Baru tahu nenek sakit." Wajah Eshal berubah sedih.
"Nek Wati sakit apa?" Auntie Sue sudah kerutkan dahi. Lama tinggalkan rumah, banyak juga perkara dia tak tahu.
"Alzheimer."
"Tak lama lagi jadi pelupalah dia. Aih!" Acik Nina hela nafas.
"Haffeen tak balik sekali?" Tanya Auntie Sue.
"Tak. Haffeen kerja."
"Shal! Kau pergi membawang tak ajak aku." Sergah Hafizul. Dia berjalan menghampiri Eshal.
Eshal guling bola mata. Datang dah penyibuk. Tak ada geng punya pasal memandangkan sepupunya yang lain tidak pulang ke kampung. Kalau yang lain datang, pasti Hafizul terlentang di ruang tamu bermain game.
"Kau ada nampak lelaki dekat sini?"
"Akulah lelakinya." Hafizul sengih tak bersalah.
Kaki diangkat. Eshal menendang bahagian betis Hafizul. Tiada guna buka mulut kerana Hafizul pasti ada saja benda mahu dibalas.
"Kau tendang-tendang pula. Aku bagitahu Haffeen yang kau buas. Biar dia bebel dekat kau."
Eshal mendecit. Malas layan.
"Acik, auntie, Eshal balik dululah. Lapar pula rasanya." Eshal menyengih seraya berdiri. Penutup bekas aiskrim dikemaskan sebelum berjalan pergi.
"Eh! Tunggu aku!" Terkocoh-kocoh Hafizul mengikuti. Padahal rumah Nek Wati tidak jauh dari situ.
Bunyi ayam mendapat perhatian Eshal. Arah tujunya ditukar ke belakang rumah Nek Wati. Dia menghampiri pagar reban sambil tangan mencekak pinggang.
"Kau buat apa Rayyen?"
"Tangkap ayam. Nenek nak buat gulai."
"Biasanya pak su tangkap. Tak nampak pula pak su."
"Kau tak tahu ke pak su bawa mak su pergi jalan-jalan?" Hafizul kerutkan dahi.
"Tak tahu. Biarlah. Kau nak tangkap berapa ekor?"
"Seekor dah cukup. Oi Fizul! Pegang ayam, aku nak sembelih."
Tanpa sepatah kata Hafizul bergerak. Akur sajalah. Sementara itu, Eshal sudah beredar ke pangkin. Panggilan video Haffeen dijawab.
"Yang... bengkak mata." Haffeen kerutkan dahi. Terkejut dengan muka Eshal saat ini.
"Nanti surutlah tu. Feen... aku rindu kau." Eshal juihkan bibir, menayang reaksi sedih.
"Alolo." Haffeen tertawa kecil.
KAMU SEDANG MEMBACA
SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFI
Storie d'amore[COMPLETE] [ROMANCE] Dua kisah dalam satu buku. *SEHINGGA CINTA* Tersilap calon lelaki? Macam mana boleh terjadi? Keputusan dibuat secara terburu-buru menjerat Eshal Naurah dalam keadaan yang dia tidak mampu keluar. Mahu membatalkan perkahwinan, itu...