“Alhamdulillah.” Tutur Haffeen seusai melepaskan sendawa. Tengok Eshal masih melantak makanan yang ada buatkan dia rasa mahu sendawa lagi. Tak berhenti lagi makan sejak berbuka tadi.
“Kau nak lawan mak su ke?” Hafizul menyenggol lengan Eshal.
“Lawan apa?”
“Buncit.”
“Buncit atuk kau!”
“Atuk aku, atuk kau juga.” Hafizul sengih mengejek.
Haffeen di sebelah sudah melepas tawa kecil. Macam tu pun boleh gaduh. Geli hati dia.
“Menyampah aku dengan kau ni. Main jauh-jauh sana.”
Hafizul meendecit. Barang di belakangnya dikeluarkan lalu dihulur ke hadapan Eshal. Mulalah Eshal tersenyum lebar.
“Bunga api. Bagi lagi. Tak cukup ni.”
“Kau dah tua bangka. Nak main banyak-banyak kalah budak.”
“Feen.... Tengok, dia cakap aku tua bangka. Kau sepak dia sekarang,” suruh Eshal.
“Mengadu. Cakap macam suami kau samseng. Werk!” Lidah dijelir.
“Mak long!”
“Hafizul!” Suara Puan Leya kuat kedengaran.
“Kau guna mama aku. Jahat!”
“Anak pungut.” Eshal tayang muka mengejek lalu dia ketawa puas. Haa! Rasakan!
Haqif yang baru pulang dari surau labuhkan punggung di atas tangga. Mata melilau memerhati sekeliling. Meriah malam ini dengan suara sanak saudara. Sentuhan di bahu buatkan dia berpaling. Terus senyuman dikuntum saat melihat wajah Wardah.
“Wardah buat biskut. Cer abe raso.”
“Duduk dulu. Hati-hati.” Tangan Wardah dipegang, memapah Wardah duduk perlahan-lahan di sebelahnya.
Wardah lorek senyuman manis seraya menghala biskut ke mulut Haqif. Dengan bacaan bismillah, lelaki itu menggigit sedikit.
“Sedapnya,” puji Haqif. Tangan mengusap perlahan sisi kepala Wardah yang berlapik tudung.
“Alhamdulillah.”
“Eh yang. Yang! Auch!” Suara Haffeen mendapat fokus mereka.
Lelaki itu terlompat-lompat kerana dikejar oleh Eshal. Memang ada saja karenah dua manusia itu. Jiwa masih kanak-kanak riang barangkali.
“Yang! Geli! Nek! Eshal buli Haffeen.” Sedaya upaya tangan menutup bahagian pinggang dan leher yang dicuit oleh Eshal.
“Siapa suruh kau habiskan bunga api terakhir tadi? Makan ni! Rasakan!” Eshal terus-terusan menggeletek Haffeen.
“Eshal Naurah! Kenapa buli Haffeen tu? Tak ada kerja ke?” Nek Wati bercekak pinggang.
“Kerja geletek Haffeenlah ni nek!” Jawab Eshal selamba.
“Mula-mula kahwin sampaikan dah nak ada anak, sama saja perangainya. Masih nakal dan suka bergaduh.” Mak Idah ketawa kecil. Seronok melihat suasana meriah.
“Aku terkadang risau dengan mereka berdua. Risau kalau-kalau mereka bergaduh besar,” kata Nek Wati.
“Aih! Tak adanya. Haffeen tu, tak pernah bergaduh dengan orang lain. Dengan Eshal bergaduh manja je. Aku tengok dua orang tu, dua-dua pandai beralah. Mesti hubungan mereka bagus sampai akhir hayat. Aku jamin.”
Nek Wati kuntum senyuman nipis dan mengangguk. Dia harapkan macam itu juga. Tidak mahu berfikiran negatif lagi.
“Kau nikan.” Haffeen tegakkan tubuh.
KAMU SEDANG MEMBACA
SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFI
Romance[COMPLETE] [ROMANCE] Dua kisah dalam satu buku. *SEHINGGA CINTA* Tersilap calon lelaki? Macam mana boleh terjadi? Keputusan dibuat secara terburu-buru menjerat Eshal Naurah dalam keadaan yang dia tidak mampu keluar. Mahu membatalkan perkahwinan, itu...
