BAB 20

259 31 6
                                    

Turun sahaja ke bawah, Haffeen terus dijeling. Kaki dihentak-hentak tanda protes. Birai katil diduduk sambil mata merenung tajam wajah Haffeen.

“Kenapa sampai boleh bergaduh?” Haffeen menyoal. Tangan naik mencekak pinggang.

“Dia dengan Naila yang mula dulu. Dari semalam aku geram tau!” Dengus Eshal.

“Diorang buat apa?”

“Diorang cakap benda buruk. Mula-mula diorang kutuk butik aku. Lepas tu diorang cakap benda bukan-bukan pasal kau.”

“Diorang cakap apa pasal aku?”

“Diorang cakap kau balik lambat sebab kau curang. Lepas tu, pagi tadi aku tengah makan, diorang petik isu aku tak reti masak. Maisara cakap nanti kau cari madu. Aku geram tau tak! Mulut diorang tu memang tak sah tak sakitkan hati aku. Macam jila....”

“Eshal Naurah!” Haffeen bersuara sedikit kuat memotong percakapan Eshal. Tak suka dia dengar Eshal hamburkan kata-kata makian.

“Apa dia?” Eshal hela nafas. Kusut dirasakan sekarang. Rasa geram dan tak puas hati masih meluap-luap dalam diri.

Haffeen berjalan mendekat. Tubuh Eshal dipeluk seraya tangan menepuk perlahan belakang badan. Elok dia tenangkan Eshal dulu.

Hampir seminit berlalu, kedua belah tangannya memegang pipi Eshal. Kemudian, pipi Eshal ditarik ke atas membuatkan Eshal sedikit mendongak.

“Tarik nafas,” suruh Haffeen.

Melihat Eshal menurut kata-katanya, bibir ditarik mengukir senyuman nipis.

“Sekarang hembus.”

Eshal hembuskan nafas.

“Bagus. Marah lagi?” tanya Haffeen.

Gelengan Eshal membuatkan dia lorek senyuman kembali.

“Dah, tak payah fikir. Kau sendiri tahu aku tak ada masa nak mengorat anak dara orang. Kau sendiri pun aku susah payah cari masa nak ngorat, nak tambat hati kau. Celah mananya nak cari madu untuk kau?” Ujar Haffeen.

“Janji kau tak curang.”

“Hm.” Haffeen mengangguk.

“Janji kau tak cari yang lain juga.”

“Kenapa? Kau dah sayangkan aku?” Haffeen sepetkan mata.

“Sayanglah! Kau suami akukan!” Dada ditampar. Buat muka macam tu, nak keluarkan perangai sengal dialah tu.

“Alhamdulillah!” Haffeen meraup muka. Setelah itu, dahi Eshal dikucup sekejap. Tak menjangka Eshal akan mengatakannya, namun dia bersyukur usaha dia tak sia-sia.

“Kau dah lewat nak pergi kerja. Ada masa nak tenangkan aku lagi?” Kata-kata Eshal menyedarkan Haffeen. Jam di dinding dipandang.

“Aku hampir-hampir lewat. Jom pergi kerja.” Tangan Eshal dipimpin keluar dari bilik. Risau pula nak tinggal Eshal dekat rumah. Tak pasal-pasal bercakar semula bila dia tak ada nanti.

Sementara itu, Afiq di sebelah Maisara memandang Maisara yang menggosok tubuh. Sakit dah pedih tubuhnya dicubit-cubit oleh Eshal. Bukan pukul bertubi-tubi sekadar tampar, tapi cubit! Lagi perit rasa sakit dia.

“Sakit lagi?”

“Sakitlah! Apa soalan kau ni!” Marah Maisara. Afiq dijeling geram.

“Haa carilah lagi pasal dengan Eshal. Biar lebam habis satu badan kau kena cubit.”

“Tak guna! Bukan nak menangkan adik sendiri.” Kaki Afiq ditendang.

“Aku menangkan kau kalau perangai kau elok dekat Eshal. Tapi perangai kau sekarang aku tengok sampai dah tak ada rupa adik aku.” Afiq mendengus. Dia berdiri lalu beredar dari situ.

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang