Berkerut dahi Rayyen dan Puan Hashifa melihat wajah Eshal. Mata bukan main bengkak. Berapa baldi air mata keluar semalam tak tahu.
“Kau kerja?” Tanya Rayyen.
“Em.” Eshal angguk. Mata memandang roti yang baru digigit.
“Dengan mata bengkak macam tu?” Soal Puan Hashifa pula.
“Jangan risau, Eshal ada penyelesaiannya.” Roti diletak di dalam pinggan. Beg tangan dicapai lalu digagau. Kemudian cermin mata hitam yang dikeluarkan dipakai.
Haffeen lorek senyuman nipis. Dia tergeleng perlahan melihat tingkah Eshal. Semalam punyalah nangis. Hari ini bereaksi macam tak ada apa-apa berlaku.
“Kau bagitahu dia Feen? Aku dengar dia nangis panggil nenek semalam.”
“Satu rumah dapat dengar. Nangis tu lain kali kuatkan lagi. Kalau jiran pun dapat dengar, abah bagi anugerah suara paling kuat dekat Eshal.” Ujar Encik Hazman.
“Abah!” Rengek Eshal. Kena perli pula.
Haffeen dan Puan Hashifa ketawa kecil. Jarang-jarang dengar Encik Hazman sakat Eshal.
“Aku dah bagitahu dia. Kan dia tahu dekat rumah nenek, aku pula tak ada, siapa nak pujuk nanti. Nangis kalah budak kecil,” kata Haffeen.
Eshal cemberut. Perangai Haffeen dua kali lima Encik Hazman je pagi ni. Apalah nasib dia? Semalam sedih sangat dengar Nek Wati jatuh sakit.
“Dah, dah.... Tak payah buat muka macam tu. Makan cepat. Nanti lewat.” Haffeen sua roti ke mulut Eshal.
“Kau nak balik bila?” Rayyen aju pertanyaan.
“Minggu depan agaknya. Minggu ni sampai isnin jadual aku padat. Tak apa, aku call pak su datang ambil.”
“Oh. Hari rabu depan aku nak hantar Hafizul dengan mama balik kampung. Aku bagitahu kalau-kalau kau nak tumpang balik sekali.”
“Ha boleh jugak! Sepakat eh kau tumpangkan aku sekali.”
Rayyen berdehem dan angguk.
“Aku dah siap makan. Jom-jom!” Eshal berdiri seraya mencapai beg tangan. Puan Hashifa serta Encik Hazman disalam sebelum beredar.
Tubuh disandar pada kerusi kereta. Wajah dipaling memandang Haffeen. Pakai kaca mata juga! Tapi bukan kaca mata hitam. Tak pasal-pasal tak nampak beza warna lampu isyarat nanti.
“Kacaknya,” puji Eshal tersengih-sengih.
“Kau pun cantik Eshayang.”
Eshal hambur tawa. Geli hati dia.
“Aku tengok kau pun tergugat. Apatah lagi nurse dekat hospital. Tak boleh ke kau tak pakai cermin mata tu?”
“Tak boleh. Susah aku nak buat kerja nanti.”
Eshal juih bibir.
“Haih.... Nasib akulah ada suami kacak macam kau. Harap-harap kau tak kena kebas dengan orang lain.”
“Merepek! Walaupun aku ni kacak, mata aku ni nampak kau je.” Dagu Eshal disentuh.
“Penipu.”
“Memang pun.”
Eshal ketawa. Tampar kang budak ni! Mengaku macam tu je.
•••
Kaki digoyang sambil mulut menyedut minuman. Mata meliar memandang sekeliling. Tunggu Amira habis makan macam tunggu kura-kura siap lintas jalan. Lambat sungguh!
“Dah bosan tunggu?” Amira menyengih. Suapan mi rebusnya masih tidak henti.
“Kau rasa?”
“Aku tengok kebanyakan perempuan mengandung ni makan banyak tau. Kau apa hal makan tak habis?”
KAMU SEDANG MEMBACA
SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFI
Romansa[COMPLETE] [ROMANCE] Dua kisah dalam satu buku. *SEHINGGA CINTA* Tersilap calon lelaki? Macam mana boleh terjadi? Keputusan dibuat secara terburu-buru menjerat Eshal Naurah dalam keadaan yang dia tidak mampu keluar. Mahu membatalkan perkahwinan, itu...