3

26.9K 1K 34
                                    

Sufi merengus kasar. Dia sengaja membiarkan telefon pintarnya tidak berjawab walaupun sudah berdering berulang kali tanpa henti.

Sesekali dia menjeling ke arah nombor yang tertera di atas skrin. Meskipun hanya nombor sahaja yang terpapar, namun dia tahu siapakah gerangan yang asyik menelefonnya tanpa henti itu.

Husna menggeleng perlahan melihat gelagat Sufi. Dia kemudian meletakkan novel yang dibacanya lalu menghampiri kawan baiknya itu.

"Sufi, sampai bila kau nak biarkan? Kesian telefon kau tu asyik terjerit-jerit dari tadi."

"Biarlah, aku malas nak layan. Aku cakap banyak kali pun bukannya dia faham bahasa."

Beberapa saat kemudian, telefonnya berdering lagi. Kali ini Sufi sudah tidak boleh bersabar lagi. Tanpa membuang masa, dia terus menjawab panggilan itu dengan perasaan sebal.

"Kau nak apa lagi? Aku penatlah nak cakap dengan orang yang tak faham bahasa macam kau ni."

Suara itu tergelak kecil membuatkan hati Sufi semakin membengkak. 

"Sorry Sufi. Saya betul-betul minta maaf. Saya menyesal sebab dah sakitkan hati awak. Please, Sufi. Saya nak get back dengan awak. Kita kembali macam dulu, boleh?"

Sufi memicit-micit dahi dengan tangan kanannya. Lemahnya pemahaman lelaki ni. Macam manalah boleh terlepas ambil master. Dah final year pula tu.

"Nazrul, listen. Aku dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan kau lagi. Tolonglah faham. Aku dah bagi peluang untuk kau enjoy dengan si Huda tu, kan? Kenapa kau beria sangat nak kacau hidup aku lagi?"

"Bagi saya peluang kali ni je, awak. Saya tak boleh hidup tanpa awak. Please, Sufi?"

"Dahlah. Susah cakap dengan orang benak ubi macam kau ni."

Panggilan tersebut dimatikan tanpa menunggu balasan lelaki itu. Sufi merengus sekali lagi. Dia ketika ini benar-benar berasa rimas terhadap perangai Nazrul, bekas teman lelakinya yang gemar mendesak dirinya.

Dulu bukan main lagi bersweet-sweet dengan si Huda yang juga merupakan junior mereka. Aksi kemesraan antara mereka sehingga melebihi batas agama itu masih lagi terpapar jelas di mindanya. Disebabkan itu, dia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan lelaki tersebut. Namun tidak lama kemudian, lelaki itu seringkali menelefon serta menganggunya ketika dia berada di dalam kawasan fakulti mereka dengan alasan untuk mengajaknya kembali bersama.

Husna memicit kedua-dua bahu Sufi, cuba untuk meredakan kemarahan sahabatnya itu.

"It's okay Sufi. Kau block je nombor dia. Kalau dia still ganggu kau, kita terus report polis,okay? Melampau sangatlah si Nazrul tu. Dah macam orang gila talak."

Kata-kata Husna membuatkan Sufi tergelak kecil.

"Gila talak? Aku tak nak pun kahwin dengan lelaki gila macam tu. Nasib baik aku tak bawak jumpa mak aku lagi tau."

Husna turut tergelak sama.

"Oh by the way, viva kita kan start next month. So, aku ingat nak balik kampung kejap. Kau tak nak balik jugak ke? Aku risau jugak kalau tinggalkan kau sorang-sorang kat sini. Mana tahu si gila tu datang kat kau lagi."

"Bila kau nak balik?"

"Insyaallah esok. Maybe seminggu sebelum viva tu aku balik sini, nak prepare apa yang patut."

Sufi mengangguk. Pada mulanya, dia tidak bercadang untuk pulang ke kampung walaupun dia sudah menyiapkan tesis beberapa hari yang lepas. Namun, disebabkan Husna telah membuat keputusan untuk pulang ke kampung maka dia terpaksa juga berbuat hal yang sama. Dia tidak mahu keselamatan dirinya terancam dek perbuatan Nazrul nanti. 

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now