9

24.6K 976 18
                                    

Bunyi jam penggera mengejutkan lenanya. Tangannya menggagau-gagau mencari telefon pintar untuk mematikan jam penggera tersebut. Mata pula dicelikkan sedikit. Cahaya bilik yang samar-samar itu membataskan penglihatannya. Lantas, Sufi mengerutkan wajah.

Eh, bagaimana pula dia boleh berada di dalam bilik tidur ini? Seingatnya malam tadi, dia sedang menonton televisyen di ruang tamu seorang diri. Pagi ini tiba-tiba sudah berada di dalam bilik. Nak kata sleep-walking, Sufi belum pernah lagi berada dalam keadaan begitu.  

Hmm, hairan.

Malas hendak memikirkan lagi tentang hal itu, Sufi bingkas bangun dari katil dan berlalu pergi ke bilik air untuk membersihkan diri.



"Kau masak apa tu?"

Suara garau itu membuatkan kedua bahu Sufi terhinjut kecil. Mujurlah Sufi bukan seorang yang kuat melatah. 

"Ish, kau ni. Buat terkejut aku aje."

Noah hanya tersengih. Dia bingkas meletakkan briefcase miliknya di atas kerusi lalu mengambil tempat di meja pulau itu. Melihatkan hidangan sarapan pagi yang disediakan oleh Sufi benar-benar membuatkan perutnya rancak berkeroncong. Dia terus membatalkan niat untuk bersarapan di pejabat.

"Ni ada nasi goreng. Kau nak?"

Noah mengangguk kecil. 

"Makanlah. Ni ada teh o panas. Kau minum, kan?" soal Sufi seraya menuangkan teh o panas tersebut ke dalam cawan. Cawan tersebut kemudian diserahkan kepada lelaki itu.

"Aku minum je."

Sufi kemudian melabuhkan duduk di hadapan Noah. Dia turut menghirup sedikit teh o panas tanpa menjamah nasi goreng. Noah yang melihatkan hal itu mulai berasa hairan. 

"Kenapa kau tak makan? Kau diet ke?"

Sufi menayangkan wajah cemberut. Soalan Noah betul-betul membuatkan dia berasa jengkel. Pagi-pagi lagi sudah mahu mencari gaduh dengannya. 

"Aku dah makan dulu. Nak tunggu kau lambat sangat. Bersiap mengalahkan tuan puteri."

Jawapan Sufi menyebabkan Noah hampir tersedak. Lantas dia menghirup teh o panas untuk menghilangkan rasa perit di dada. 

"Oh, mana tahu kau diet. Kau tu kan berat."

"Berat? Apa maksud kau?"

Noah hanya mengangkat sekilas kedua bahunya. Malas hendak memanjangkan cerita. Mungkin Sufi tidak ingat apa yang telah berlaku pada malam tadi. Pada awalnya dia ingin membiarkan sahaja Sufi tidur  di ruang tamu. Namun apabila melihat tubuh gadis itu mula mengiring dan meringkuk kedinginan, maka dia terus mencempung tubuh itu sehingga ke bilik tidur. Tiba-tiba tak sampai hati pula hendak membiarkan Sufi terus tidur di situ.

"Hmm, tak ada apalah."

Gadis itu mendengus. Noah Iskandar ni memang nak kena. Orang tanya dia boleh pula jawab pakai bahu. 

"Oh, by the way. Tangan kau tu macam mana? Dah okay?"

"Dah okay sikit. Thanks sebab tolong urutkan."

Sufi menyentuh sedikit pergelangan tangannya. Jika diikutkan, kesan lebam pun sudah berkurang malah dia sudah boleh untuk melakukan kerja dengan selesa. Semua ini disebabkan Noah yang tiba-tiba baik hati menawarkan diri untuk mengurutnya malam tadi walaupun Sufi terpaksa pekakkan telinga mendengarkan leteran Noah yang berjela-jela itu. 

"Budak tu siapa? Kenapa dia kacau kau sampai macam tu sekali?"

Sufi melepaskan keluhan kecil sebelum menyungging senyuman kelat. Setiap kali bercerita tentang Nazrul, hatinya semakin mendongkol geram. 

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now