47

21K 765 21
                                    

Ding dong!

Sufi senyum kelat. Langkah diatur dengan longlai ke arah pintu rumah itu. Siapalah yang bertandang ke rumahnya awal pagi macam ni? Mengacau orang nak tidur je. Dahlah malam tadi tidur lambat sebab menyiapkan laporan kajiannya.

"Cik Sufi Nur Humaira ke? Ini ada bunga untuk cik. Minta tolong sign kat sini ya."

Lelaki muda itu menghulurkan sekuntum bunga mawar yang dikirim kepada Sufi. Sufi mengambilnya lalu menurunkan tandatangan sebagai tanda sudah menerima bunga itu.

Dia kemudian membaca sekeping kad yang terselit bersama bunga itu. Bunyinya begitu puitis sekali hingga mampu membuatkan hati Sufi berdebar kencang.

'Engkau mungkin memegang tanganku untuk sementara waktu, tapi engkau telah memegang hatiku buat selamanya.'

Senyum tipis diukir. Bunga mawar itu dihidu sebelum Sufi meletakkannya didalam pasu bunga.

Hari ini sudah hampir sebulan Sufi menerima bunga bersama sekeping kad tanpa mengetahui siapakah penerimanya. Satu hari sekuntum bunga. Ala-ala secret admire gitu. Puas Sufi berfikir siapa tapi masih tiada jawapan.

'Aku tahu ini adalah cinta ketika yang aku inginkan adalah kau bahagia walaupun aku bukan sebahagian dari kebahagiaan kau'

'Thank you for being my reason to look forward to the next day'

'Jika hadiah terindah bagi manusia adalah emas, maka hadiah terindahku adalah dengan melihat senyuman manis yang terukir diwajahmu'

Sekali baca, ayat-ayat itu membuatkan hatinya berasa janggal namun semakin lama, rasa janggal itu semakin menghilang. 

Tambahan pula, ucapan-ucapan diatas kad itu ditulis menggunakan tulisan tangan, bukan dicetak seperti biasa. Menampakkan lagi ketulusan hati si pemberi.

Lawa dan kemas, tapi kenapa dia macam pernah nampak akan tulisan tangan ni ya?

"Wow, dah ada secret admire nampak? Diam-diam je kau ni kan?"

Aira menyandarkan bahunya dimuka pintu bilik Sufi sambil menyilangkan kedua tangannya. Dia perhatikan gerak geri Sufi dari tadi tanpa Sufi menyedari akan kehadirannya.

"Siapa yang bagi tu?"

Sufi menggeleng sambil mencebik.

"Aku pun tak tahu. Masuk hari ni dah sebulan aku dapat benda ni."

"Emm... entah-entah Nu'man tak? Ye lah, dia kan dah lama ada perasaan kat kau."

Kad itu disimpan didalam laci meja. Sufi menghenyak punggung diatas katil. Sebelah tangannya menepuk-nepuk katil itu menyuruh Aira duduk disebelahnya.

"Tak sure la Aira. Dulu dia pernah buat jugak tapi aku dah suruh dia berhenti buat semua ni."

"Kau dah tanya dia ke?"

Sufi menggeleng lagi. Entahlah. Tapi tak tahu kenapa hati dia kuat mengatakan bahawa bunga-bunga semua bukan dari Nu'man. Sebab selalunya Nu'man akan terus bercerita jika dia ada mengirim Sufi apa-apa hadiah sekalipun.

"Belum. Aku tak sempat nak jumpa dia lagi."

"Aku harap bukan stalker. Orang sekarang bukan boleh percaya."

"Insyaallah tak sebab so far aku tak ada lagi terima benda yang pelik-pelik."

Aira hanya mengukirkan senyuman sambil menepuk bahu Sufi. Dia kemudian bangun lalu berdiri dibirai katil.

"Dah lah. By the way, aku nak keluar kejap tau dengan laki aku sebab nak buat check up. Kau tu duduk rumah elok-elok."

Sufi ketawa kecil. Macam ni lah Aira. Suka sangat layan dia macam budak tadika walaupun jarak umur mereka hanya setahun.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now