52

23.9K 789 17
                                    

Nu'man memandang ke arah Bella. Kini mereka sudah pun tiba dilobi hotel tempat Bella menginap.

"Tasha betul ni tak nak tidur rumah abang?"

Bella menggeleng sambil tersenyum.

"Takpe lah, abang. Tasha pun semalaman je kat sini. Esok Tasha dah nak balik. Tasha banyak lagi kerja kat KL tu."

"Okaylah macam tu. Lagipun abang takut ada emergency malam ni. Biasalah orang bujang. Kena sentiasa get ready."

"Emm... esok temankan Tasha lunch before Tasha balik, boleh?"

Nu'man mengangguk tanda setuju.

"Boleh juga. Lagipun boleh juga abang kenalkan dengan kawan abang."

"Eleh, kawan ke girlfriend?"

Tasha mencuit perlahan lengan abangnya berulang kali. Wajah Nu'man yang berona merah itu menyebabkan dia rasa ingin mengusik abangnya lagi.

"Kawan je. Dia isteri oranglah. Takkan abang nak cantas isteri orang."

Bella tersenyum pahit. Rupanya Nu'man juga turut mengalami nasib yang sama sepertinya. Dia juga jatuh cinta dengan suami orang.

"Kalau macam tu. Tasha naiklah atas dulu. Esok lepas check out Tasha tunggu je abang kat sini."

"Okay,abang. Tasha naik dulu."

Mereka saling berpelukan sebelum berpisah. Betapa lapang hati Nu'man apabila melihat adik yang selama ini terpisah sudah membesar dan hidup dengan baik walau tanpa dia disisi.

"Esok buat apa je kat rumah? Esokkan cuti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Esok buat apa je kat rumah? Esokkan cuti."

Soalan Noah memecahkan kesunyian dalam bilik itu. Noah sedang menyiapkan segala kertas kerja yang perlu dibereskan sebelum Isnin ini manakala Sufi pula sedang bersenang lenang diatas katil.

Awal-awal lagi Noah sudah meminta izin untuk meminjam meja belajar Sufi. Dia terpaksa kerana ada beberapa error dalam kertas kerja mereka yang terpaksa diperbetulkan secepat mungkin.

Mujur Sufi bagi. Kalau tak, terpaksalah dia buat kerjanya diatas lantai. Huhu, sadis!

"Esok, Nu'man ajak lunch dengan dia."

Noah mengukirkan senyuman kelat. Lunch date? Dengan Nu'man pula tu. Sufi ni memang betul-betul dah move on ke?

"Oh,okay. Take care."

Terangkat kening Sufi. Biar betul mamat ni? Dia tak jealous ke? Kalau dulu, siap merajuk lagi bila sebut nama lelaki lain depan dia. Tapi kali ni Noah hanya mengiyakan sahaja.

So betullah Noah dah move on? Kalau tak, takkan lah dia sampai kahwin lain dan ada anak,kan?

"Takpe kan kalau saya duduk sini sementara awak keluar lunch?"

Sufi hanya mengangguk perlahan.

"Takpe. Aira balik hari Ahad nanti."

Ting!

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now