Special Story (2)

22.9K 747 19
                                    

Sufi duduk santai ditepi kolam sambil merendamkan kaki ke dalam kolam itu. Matanya ligat memerhatikan gerak-geri Noah yang sedang berenang tanpa berbaju. Sesekali Noah mengenyitkan matanya ke arah Sufi.

Bang! Rasa macam kena tembak je dada ni!

Sufi lantas membalas dengan flying kiss. Noah tersengih lalu berenang menghampiri isterinya itu.

"Sayang, kenapa buat macam tu? Nak goda abang ke?"

"Eh, mana ada. Dia yang goda kita tu tak sedar pula?"

Noah lantas tertawa kecil. Dia mengambil tangan kecil isterinya lalu diletakkan ke atas pipi miliknya.

"Jom."

Terangkat kedua kening Sufi. Ibu jarinya sempat lagi mengusap wajah Noah yang agak sejuk itu.

"Apa yang jom?"

"Nak abang dukung sampai kat tengah kolam tu tak?"

Sufi melihat ke arah kawasan kolam yang dimaksudkan oleh Noah. Kolam ini baru sahaja dibina oleh Noah beberapa bulan yang lalu. Alasannya hendak menolong Sufi mengatasi rasa fobianya terhadap air walaupun fobia Sufi sekarang sudah tidak seteruk dahulu.

Sufi terus mengangguk kecil lalu menghulurkan kedua tangannya ke arah Noah seperti anak kecil.

Noah lantas memeluk pinggang ramping itu dan mula mencampung badan Sufi seperti bridal style. Dia bergerak ke tengah kolam perlahan-lahan. Kini dress tidur yang dipakai Sufi sudah mula basah sedikit demi sedikit.

"Abang, okay ke tak? Tak rasa berat ke?"

Noah menggeleng sambil membetulkan kedudukan mereka. Kini mereka betul-betul berada ditengah kolam.

"Sayang nak try turun tak? Jangan risau, abang takkan lepaskan sayang. Sayang paut je kat leher abang."

"Boleh ke?"

Tiba-tiba, hati Sufi dijentik rasa gementar. Macam mana kalau tiba-tiba dia tenggelam dan tak sempat berpaut pada suaminya nanti?

"Boleh. Trust me, sayang. You can do this."

Noah menurunkan kaki Sufi perlahan-lahan. Sebelah tangannya masih lagi setia memegang pinggang Sufi agar Sufi tidak tenggelam. Manakala Sufi sudah pun berpaut kuat dibatang leher suaminya. Matanya dipejamkan seketika.

"Buka mata tu sayang. Pandang abang ni."

Sesaat, Sufi terasa seperti sedikit terapung. Dia membuka matanya perlahan-lahan lalu memandang ke arah wajah kacak suaminya.

"Best?"

Sufi mengangguk laju. Mestilah best! Dapat mandi kolam dengan suami tercinta. Haha!

"Tapi abang, Sufi takut."

"Tak apa. Stay lama sikit lagi. Abang ada kan tengah pegang sayang ni?"

Sufi mengangguk lagi. Sesekali dia memandang suaminya sambil tersenyum.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now