24

22.5K 929 50
                                    

Noah mengemaskan genggaman tangan mereka berdua ketika melangkah masuk ke dalam sebuah pusat membeli-belah. Puas Sufi cuba untuk meleraikan genggaman tangan tersebut namun tidak berjaya. Sudahnya, Sufi hanya membiarkan sahaja sambil menayangkan wajah cemberut.

"Is, kita nak pergi mana ni? Dari semalam saya tanya, awak tak jawab pun."

Noah hanya tersengih tanpa menjawab soalan Sufi itu. Kemudian, langkah Noah mati mendadak di hadapan sebuah pintu masuk  kedai membuatkan Sufi turut menghentikan langkahnya. 

"Kita nak pergi sini." ujar Noah.

Hampir terbeliak mata Sufi sewaktu melihat nama kedai yang terpapar di pintu masuk kedai tersebut.

'Habib Jewels.'

"Awak ni biar betul, Is? Kenapa kita tiba-tiba datang sini pula?"

Tanpa membuang masa, Noah terus menarik lembut tangan Sufi supaya mengikut langkahnya. Kehadiran mereka berdua turut disambut mesra oleh seorang staf yang telah memerhatikan mereka sejak dari awal lagi mereka tiba di situ.

"Ada apa yang boleh saya bantu, encik?" soal staf tersebut dengan ramah.

"Tolong berikan cadangan rantai gelang tangan  yang exclusive untuk isteri saya." balas Noah bersahaja. Sufi pula awal-awal sudah melarikan anak matanya dengan melihat keadaan sekeliling kedai itu. Tiba-tiba rasa segan pula tatkala mendengarkan permintaan Noah itu. 

"Baiklah. Encik dan puan boleh ikut saya. Saya akan tunjukkan beberapa koleksi yang baru keluar dalam minggu ini untuk encik dan puan buat pilihan."

Noah mengangguk. Mereka berdua kemudian turut membuntuti langkah staf tersebut.  

****

Sejak dari tadi Sufi sudah asyik sembunyi senyum. Jemarinya sesekali menyentuh rantai gelang yang baru dibelikan oleh suaminya sebentar tadi. Kata Noah sebagai ganti kepada gelang perkahwinan mereka sebelum ini.

"Sufi, okay ke tak okay ni? Awak asyik diam aje dari tadi?" Soalan Noah memecahkan kesunyian antara mereka. Sufi tersenyum sipu.

"Saya okay aje. Awak drive tu pandang depan. Sempat lagi nak tengok orang." ujar Sufi sambil menjeling manja.

Noah tergelak kecil. Sebelah tangannya segera meraih tangan isterinya lalu mengucup lembut belakang tangan kecil itu.

"Cantik. Memang sepadan dengan awak. Nampak lagi berseri. Tiba-tiba saya rasa macam baru lepas kahwin pula."

Pap!

Laju saja tangan Sufi menampar bahu lembut suaminya. Wajahnya sudah berona merah dek malu apabila dipuji oleh Noah. 

"Saya serius ni. Memang cantik. Cantik sangat."

Kini Sufi pula mengambil tangan Noah lalu mengucup kembali belakang tangan itu dengan penuh kasih sayang. Dia kemudian meletakkan tangan Noah ke atas pipi kanannya.

"Terima kasih sebab belikan saya rantai gelang ni."

"Sama-sama kasih. Saya minta maaf sebab tak alert dengan perasaan awak sebelum ni. Emm, untuk gelang lama tu saya serahkan kepada awak. Tapi apa yang pasti, awak kena pakai rantai gelang ni sampai bila-bila, okay?"

Sufi mengangguk perlahan sambil tersenyum sipu.

"Awak, malam tadi awak kata gelang lama tu awak yang pilih. Betul ke?"

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now