26

21.8K 935 17
                                    

Batuk kecil yang kedengaran menyapa pendengaran Noah yang sedang berada di dalam bilik air. Dia segera melangkah keluar lalu menghampiri Sufi yang sedang duduk bersandar di kepala katil.

"Sayang, okay tak?"

Dia menghenyakkan punggung di sisi Sufi. Kepala isterinya diusap perlahan. Sayu hati lelaki itu apabila melihat wajah pucat yang tidak bermaya itu.

Manakala Sufi hanya mengukirkan senyuman tipis. Sekurang-kurangnya hatinya berasa lega kerana Noah adalah orang pertama yang dia lihat sebaik sahaja dia mencelikkan mata.

"Eh, senyum pulak dia. Orang tanya ni, awak macam mana sekarang? Ada rasa tak selesa kat mana-mana?"

Sufi mengangguk lemah. 

"Saya okay je. Cuma rasa penat sikit. Kita kat mana ni awak?"

Sufi  lantas menyelak comforter tebal yang sedang membaluti diri. Dahinya berkerut apabila hanya baju kemeja putih yang bersaiz agak besar sedang tersarung kemas ditubuhnya.

"Is, ni baju awak ke? Kenapa saya pakai baju awak? Mana dress saya?"

Dia membelek lagi baju kemeja yang dipakainya itu. Agak besar dan longgar untuk dirinya. Matanya pula kemudian melihat Noah yang hanya memakai tshirt hitam dan tracksuit warna kelabu gelap.

"Kenapa awak pakai baju ni? Mana pergi suit awak yang awak pakai tadi?"

Bertubi-tubi soalan yang dilontarkan oleh Sufi. Noah hanya tergelak kecil sambil mencuit lembut hidung isterinya itu.

"Awak ni, tanyalah satu-satu dulu. Sekarang ni kita kat bilik hotel. Awak pengsan lepas lemas dalam swimming pool tadi. Awak tak ingat ke?"

"Oh."

Sufi baru teringat akan kejadian yang menimpanya tadi. Kejadian yang hampir meragut nyawanya. Serta-merta dia memeluk pinggang lelaki itu. Sufi turut menyembamkan wajahnya ke atas dada bidang milik Noah. 

Sesaat terdengar tangisan Sufi dalam dakapan lelaki itu. Noah membalas pelukan itu dengan seerat yang mungkin. Satu keluhan kecil turut dilepaskan. 

"Saya minta maaf, sayang. Saya tak patut biarkan awak sorang-sorang kat situ."

"Kenapa awak lama sangat? Saya takut, awak tahu tak?"

Sebuah ciuman dilabuhkan ke atas ubun-ubun isterinya itu. Sesekali dia menyeka air mata yang masih mengalir dan menghiasi wajah polos Sufi. 

"Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak jaga awak dengan baik."

Noah mengetap bibir. Kejadian tadi amat menakutkan dirinya. Mujur dia sampai tepat pada masanya kerana kalau tidak, dia sendiri tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi kepada isterinya itu.

Noah memberi pamit tanda mengundurkan diri. Tidak perasan masa telah berlalu dengan begitu pantas. Dia segera mencari Sufi dalam ballroom itu.

"Boss, tengah cari Puan ke? Puan ada kat luar. Dia tak selesa duduk kat dalam katanya."  Tegur Aileen setelah melihat kelibat Noah yang seperti mencari seseorang. 

Noah mengangguk lalu melangkah keluar dari ballroom tersebut.

Baru sahaja dia melangkah keluar, dia terdengar bunyi sesuatu jatuh ke dalam kolam. Berderau darahnya apabila melihat susuk tubuh yang amat dikenalinya sedang terkapai-kapai didalam kolam itu.

"SAYANG!!!!"

Noah berlari sambil mencampakkan blazer yang dipakai lalu terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan isterinya. Tak lama kemudian, dia berjaya membawa naik Sufi ke tepi kolam. Dia menampar perlahan pipi Sufi sambil memanggil nama isterinya berulang kali.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now