19

20.8K 869 48
                                    

Noah melepaskan lelah sambil bersandar di sofa. Baru kini dia terasa penatnya disebabkan terlebih rajin untuk menyiapkan makan malam buat Sufi. Pada awalnya, Sufi ada juga meluahkan hasrat untuk menghulurkan bantuan namun dia sendiri tidak membenarkan malah dia menyuruh isterinya hanya duduk diam di meja pulau ataupun berehat sahaja di ruang tamu.

Sufi turut mengambil tempat di sebelah Noah. Dia kemudian memicit perlahan lengan lelaki itu sehingga ke bahu berulang kali sambil tersenyum simpul.

"Awak, terima kasih sebab untuk dinner tadi. Saya tak sangka awak pandai memasak rupanya."

Kembang kempis hidung Noah apabila mendengar pujian Sufi. Nampaknya tak sia-sialah dia bertungkus lumus menyediakan makan malam sebentar tadi. Noah merasakan bahawa usahanya berbaloi kerana Sufi berpuas hati terhadap masakannya.

"Kasih diterima." ujar Noah sambil mencuit hidung Sufi. "Itu kali pertama saya masakkan untuk seseorang."

Dua ulas bibir milik Sufi membulat. Matanya melirik ke arah Noah yang masih lagi bersandar di sofa. Betapa sempurnanya lelaki ini di mata Sufi. Wajahnya yang tampan, gaya yang penuh dengan karisma ditambah pula pandai memasak. Layanan Noah terhadap dirinya juga semakin hari semakin mesra sehingga menyebabkan Sufi semakin jatuh hati kepada insan yang bernama Noah Iskandar ini. 

Tetapi sayang, hati lelaki ini bukanlah miliknya. 

"First time? Tapi gaya awak macam dah biasa memasak. Jadi lepas ni saya kalau teringin nak makan sesuatu, boleh tak awak tolong masakkan? Saya kadang-kadang jemu juga makan masakan sendiri."

Laju Noah mengangguk sambil tersenyum lebar. 

"Boleh. Awak cakap aje awak nak makan apa, nanti saya cuba masakkan untuk awak."

Setelah beberapa ketika, Sufi menyudahkan perbuatannya. Dia kemudian kembali menumpukan perhatian kepada drama Korea yang sedang ditayangkan di kaca televisyen. 

Noah membetulkan duduknya. Anak matanya mengerling sekilas wajah Sufi yang sedang leka melayan drama Korea itu. Tangannya secara automatik memeluk lengan Sufi sambil melentokkan kepala di atas bahu gadis itu. 

Sufi sudah mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia agak tersentak dengan perbuatan Noah itu namun dia tidak pula menolak malah hanya membiarkan sahaja. Err, bukan sepatutnya perempuan ke yang buat macam tu? 

"Emm, macam sedap aje aiskrim yang diorang makan tu." Sufi menggumam perlahan. 

Noah yang baru sahaja memejamkan mata lantas mencelikkan matanya kembali. Serta-merta anak matanya turut memandang ke arah kaca televisyen. Terdapat sebuah babak di mana pelakon utama drama yang sedang ditayangkan itu sedang asyik menikmati aiskrim bersama dengan pasangannya di sebuah kedai serbaneka. 

"Sufi, saya nak keluar sekejap. Awak ada apa-apa nak kirim?"

"Awak nak keluar waktu macam ni?" soal Sufi sambil melihat jam dinding yang sedang menunjukkan pukul 9.30 malam. "Kedai pun dah nak tutup, Is. Tak payahlah keluar."

"Kedai serbaneka 24 jam tu kan ada. Lagipun belum lewat mana. Pukul 10 pun belum lagi."

"Kalau macam tu, tolong belikan saya aiskrim, boleh?" ujar Sufi sambil tersengih-sengih. Dah alang-alang dia pun tengah teringin hendak makan aiskrim, jadi apa salahnya kalau dia tunaikan 'craving' dia tu. 

"Sure. Saya pergi sekarang. Jangan lupa kunci pintu." Noah bingkas bangun lalu mencapai kunci keretadan berlalu pergi. 

Sufi hanya mengangguk lalu menyambung menonton televisyen semula.

****

Noah yang hanya berseluar tracksuit dan memakai tshirt berwarna putih keluar dari kedai serbaneka sambil menjinjing sebuah beg plastik yang dipenuhi dengan aiskrim pelbagai perisa. Semua itu dibelikan khusus untuk Sufi.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now