39

20.3K 749 15
                                    

Noah menutup pintu bilik itu perlahan-lahan setelah duduk didalamnya seketika. Sudah menjadi rutin dia akan duduk sebentar seorang diri didalam sebuah bilik bersebelahan dengan bilik tidur mereka suami isteri. Bahkan, Sufi sendiri tidak mengetahui apa yang ada didalam bilik itu kerana Noah sudah awal-awal memberitahu isterinya agar tidak memasuki bilik tersebut.

"Abang buat apa?"

Teguran Sufi membuatkan Noah terkejut kecil. Dia segera menayangkan giginya lalu memeluk Sufi yang sedang tercegat berdiri sambil menyilangkan tangan ke dada.

"Tak ada apa. Jom lah tidur. Kenapa sayang tak tidur lagi ni? Tak elok kalau ibu mengandung tak cukup tidur."

Sufi lantas memasamkan wajahnya. Pelukan itu sengaja tidak dibalas. Soalan yang diajukan olehnya tadi Noah biarkan tergantung. Pandai Noah ni mengelak. 

"Sufi tanya abang kan,abang buat apa dalam bilik tu? Ingat Sufi tak tahu ke yang abang duduk dalam bilik tu setiap malam?"

Noah menelan perit liurnya. Alamak, takkan rahsia yang dia simpan selama ni dah terbongkar?

"Apa yang abang sorokkan kat dalam bilik tu? Baik abang jujur dengan Sufi sebelum Sufi terjah bilik tu."

Melihat Noah yang bagaikan tidak mahu menjawab soalannya, Sufi terus melangkah dan ingin memulas tombol pintu bilik itu tapi malangnya ianya berkunci. Noah serta-merta melepaskan nafas lega dalam diam. 

Fuh! Nasib baik dia sempat mengunci bilik tersebut.

Tanpa membuang masa, Noah terus mencempung tubuh kecil itu dan menapak menuju ke bilik tidur mereka. Dia masih lagi mampu untuk mencampung tubuh Sufi walaupun isterinya itu sedang berbadan dua. 

"Abang! Turunkan Sufi."

Noah tidak menghiraukan arahan Sufi. Pintu bilik tidur mereka ditolak dengan menggunakan kaki. Noah terus menapak menuju ke arah katil mereka.

"Jangan gerak galak sangat. Kalau jatuh nanti macam mana? Dahlah sayang tu pregnant."

Sesampainya ditepi katil, Noah terus membaringkan tubuh Sufi dengan berhati-hati. Dia turut memperbetulkan bantal agar Sufi berasa selesa dan tidak menganggu kandungannya itu. 

Sufi menjeling tajam ke arah Noah. Kecil hatinya apabila Noah tidak membenarkan dia masuk ke dalam bilik itu. Sudah beberapa kali dia mencuba untuk mencari kunci bilik tersebut namun dia langsung tidak pernah menjumpainya. Entah kat manalah Noah menyembunyikannya. 

Noah laju saja mencium dahi Sufi apabila melihat wajah masam mencuka itu. Kemudian, bibir itu singgah pula di kedua belah pipi Sufi menyebabkan Sufi nampak seperti sedang sembunyi senyum. Kini Noah sudah pun baring disebelah isterinya dan bersiap sedia untuk melelapkan mata. 

"Sayang, meh sini abang peluk. Nak peluk tak?" 

Lengan sasa itu ditepuk lembut berulang kali. Noah tahu Sufi hanya akan lena apabila tidur berbantalkan lengannya. Maklumlah dah terbiasa tidur kena peluk sejak sebelum mengandung lagi.

Perlahan-lahan, Sufi mengesotkan badannya lalu merebahkan kepala diatas lengan si suami. Walaupun masih lagi merajuk tapi Sufi tetap berbaring diatas lengan Noah sambil meletakkan wajahnya diatas dada bidang lelaki itu.

"Merajuk dengan abang lagi ke?"

Noah membelai rambut Sufi sambil mencium ubun-ubun isterinya berulang kali. Suka betul dia menghidu bau syampu yang melekat dirambut ini. Wanginya sampai dia teringat-ingat walaupun semasa dia berada di pejabat.

"Tak nak cakap dengan abang."

Sufi terus memejamkan mata menyebabkan Noah tergelak kecil apabila melihat telatah isterinya itu. Dahi Sufi dicium sekali lagi sebelum Noah merapatkan kedua belah matanya.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now