4

24.6K 1K 24
                                    

"Mak, betul ke rumah Aunty Yah dekat kawasan sini? Kenapa macam sunyi sepi aje? Tak macam ada kenduri pun?" ujar Sufi. Anak matanya tidak lepas memandang deretan rumah banglo yang terdapat di sekitar kawasan ini sambil dia memperlahankan pemanduannya. .

Sarimah berdecit geram. Tangannya laju menampar perlahan lengan Sufi sehingga menyebabkan gadis itu berdesis perlahan.

"Ish kamu ni. Drive ajelah kereta tu diam-diam." tutur Sarimah.

Sufi mencebik. Tanya pun kena marah juga. Haih, ini semua abangnya punya hal. Jika tidak disebabkan abangnya mempunyai hal kecemasan di tempat kerja sudah tentu dia tidak perlu memandu. Sekali sekala teringin juga hendak menjadi penumpang. 

"Ha, mak rasa itulah rumah dia."

Sufi lantas memakirkan kereta berhampiran dengan rumah itu. Dia melemparkan pandangan ke luar tingkap. Keningnya mula bertaut sebaik sahaja melihat kawasan rumah banglo yang terlalu sunyi itu. 

Menurut kata ibunya, tujuan mereka hadir ke rumah ini adalah untuk menghadiri majlis doa selamat. Tapi kenapa rumah yang dimaksudkan ini kelihatan sunyi sepi? Beginikah gaya orang berada mengadakan kenduri atau apa-apa majlis? 

"Tunggu apa lagi, Sufi? Jom turun. Diorang dah tunggu kita tu." 

Teguran dari ibunya mematikan lamunan Sufi. Sempat dia menggulingkan mata sebelum keluar dari perut kereta itu. 

"Yelah mak. Nak turun la ni."

Sufi segera menghampiri ibunya sambil menggeliat kecil. Tubuhnya tiba-tiba terasa lenguh pula walaupun dia hanya memandu selama hampir tiga jam perjalanan. 

"Mak, kita datang sini sebab ada kenduri kan? Tapi kenapa Sufi tengok macam tak ada apa-apa? Kita kena scam ke?"

Sarimah menjengilkan mata sebaik sahaja mendengar ayat terakhir dari anak bongsunya itu. Sakit pula apabila mendengarkan ayat terakhir yang keluar dari mulut Sufi sebentar tadi. Padahal sudah beberapa kali dia mengingatkan tentang tujuan mereka berdua datang ke sini. Nampak sangat Sufi tidak mengambil peduli dengan kata-katanya sebelum ini.

"Eh, kamu ni Sufi. Mak dah beritahu banyak kali pasal hal ni. Kita datang sini sebab esok Aunty Aliyah kamu ada buat majlis doa selamat. Kenalah datang awal sebab nak tolong apa yang perlu. Itulah, berangan aje yang kamu tahu."

Gadis itu menjuihkan bibir ketika mendengarkan leteran Sarimah. Malas hendak panjangkan bicara, dia hanya membuntuti ibunya yang sudah melangkah terlebih dahulu sambil menjinjing beg pakaian mereka berdua.

"Alhamdulillah, sampai juga Sari. Eh, berdua aje ke? Mana Hakimi?" ujar Aliyah sambil memeluk tubuh Sarimah.

"Kimi tak dapat datang. Dia ada emergency case kat hospital pagi tadi." balas Sarimah lalu meleraikan pelukan mereka.

"Oh, alahai sayangnya. Hari itu pun tak sempat jumpa Kimi. Tapi tak apalah. Jom masuk  dulu. Kasihan pula Sufi angkat beg berat tu sorang-sorang. Noah! Turun sini kejap!"

Kebetulan pula Noah sedang bergegas menuruni anak tangga. Apabila dia terdengar suara Aliyah memanggil namanya, dia terus mendapatkan Aliyah. Matanya sempat mengerling ke arah gadis yang sedang berdiri di sebelah ibunya. Sufi?

"Ada apa umi panggil Noah?" 

Aliyah melihat penampilan anaknya yang agak segak itu seraya mengerutkan dahi.

"Eh, Noah. Kamu nak ke mana siap-siap macam ni?"

"Err, Noah nak keluar sekejap. Ada hal sikit." 

Aliyah sudah senyum sumbing manakala Sarimah pula mengukirkan senyuman lebar sebaik sahaja melihat Noah.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now