56 (Final)

41.9K 1K 113
                                    

"Assalamualaikum, Sufi.

Minta maaf kerana menganggu you. I harap you sudi baca apa yang bakal I sampaikan ni.

I tahu betapa besarnya dosa I sebab meruntuhkan rumahtangga orang. I bodoh, I sanggup lakukan apa saja supaya I boleh dapatkan Noah kembali.

I menyesal sebab tinggalkan dia kerana terlalu kejar impian I walaupun sebenarnya impian I sudah pun terlaksana lebih dari itu. Sewaktu I tahu Noah sudah pun menikah dengan you baru I sedar akan kesalahan I.

Namun disebabkan I terlalu ego, I sanggup menabur fitnah terhadap rumahtangga you. I ingat dengan cara itu, I mampu untuk tawan kembali hati Noah.

Tapi I silap. Noah yang I kenal tak sama dengan Noah yang sekarang. Noah yang sekarang terlalu banyak berubah. Mungkin ini yang dikatakan cinta. Tak pernah sesaat pun dia berpaling dari you. Apa yang dia buat terhadap I pun lebih kepada belas kasihan. Tapi hatinya tetap memilih untuk menunggu you.

I betul-betul menyesal. Maaf sebab tak jumpa you haritu sebab I malu untuk bersemuka dengan you. Tapi I berharap sangat yang you sudi maafkan I.

Maafkan I Sufi. I doakan you dan Noah sentiasa dikurniakan kebahagiaan, insyaallah dunia dan akhirat."

- Tasha Bella Amanda-


~~~

Seperti yang dijanjikan, Noah telah membawa Sufi bercuti honeymoon di Pulau Mabul, Sabah walaupun terpaksa ditunda selama sebulan lebih kerana kesibukan Noah. Salah satu tempat yang menjadi impian Sufi untuk meluangkan masa dengan suami. Entah macam mana Noah boleh tahu semua itu.

"Abang, cepat lah."

Sufi melambai-lambaikan tangannya ke arah Noah yang sudah jauh ketinggalan dibelakang. Noah mengukirkan senyuman apabila melihat wajah ceria yang terbias diwajah si isteri. Kaki panjangnya melangkah laju ke arah Sufi yang masih menunggunya.

"Laju-laju nak pergi mana, sayang?"

Sufi terus memaut lengan Noah.

"Abang, nak makan laici kang kat sana tu, boleh tak?"

Noah memincingkan matanya ke arah gerai yang disebutkan oleh Sufi. Nampak macam ramai orang tapi baik dia turutkan saja permintaan isterinya. Kalau tak jenuh lah dia hendak memujuk buah hatinya ini.

Apatah lagi Sufi sekarang semakin kuat merajuk. Kadang-kadang tersalah cakap sikit pun dah merajuk dua tiga hari. Hairan betul.

"Jomlah. Abang pun haus juga ni."

Noah menikmati abc yang dipesannya sambil memandang keadaan sekeliling. Mujurlah ada tempat kosong sebaik sahaja mereka tiba digerai itu. Tengoklah sekarang. Makin bertambah pula pelanggan yang datang. Famous sangat agaknya gerai ni.

"Abang, sedap tak abc abang tu?"

Noah memandang abc itu lalu memandang semula ke arah Sufi.

"Tak sedap. Tawar."

Sufi sudah memuncungkan bibir. Alah, baru je nak rasa. Ke entah-entah Noah tipu? Mana la tahu kot Noah kedekut nak bagi dia rasa ke...

"Tak adalah, abang gurau je. Nah, ambil ni."

Noah menolak mangkuk abc itu ke arah Sufi. Dia perasan akan wajah Sufi yang sudah mula mengeruh. Nak merajuk la tu!

Wajah yang mengeruh tadi terus bertukar ceria apabila dapat menikmati abc itu. Noah hanya menggelengkan kepala. Laju betul mood Sufi ni berubah. Sepantas kilat.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now