29

21.4K 840 18
                                    

Noah berdiri di hadapan cermin sambil bersiap sedia untuk mengikat tali leher. Anak matanya sempat melirik ke arah Sufi yang sedang duduk dibirai katil sambil memerhatikan dirinya dari belakang.

"Sayang, sini kejap."

"Hmm? Ada apa, abang?"

Noah mengukirkan senyuman. Dia mengambil kedua belah tangan Sufi lalu memimpin tangan isterinya untuk mengikat tali leher itu .

"Dulu, abang selalu tengok umi tolong ikatkan tali leher untuk arwah walid. Arwah mama pun selalu juga buat benda yang sama kat arwah ayah."

"So sejak dari itu, abang dah pasang angan-angan. Bila mana nanti abang dah berkahwin, wife abang boleh tolong buatkan benda yang sama juga untuk abang."

Noah menatap wajah Sufi yang sedang berkerut sambil memandang ke arah tali leher itu.

"Tapi Sufi tak reti ikat tali leher."

Tangan Sufi membetulkan sedikit tali leher yang kelihatan agak senget kemudian menyapu lembut bahagian bahu kemeja suaminya supaya kelihatan lebih segak dan kemas.

"Tak apa. Benda boleh belajar. Tapi untuk masa sekarang kita buat sama-sama. Nanti lama-lama sayang biasalah tu, boleh kan?"

Noah mengucup sedikit hujung hidung Sufi. Tersenyum sipu dibuatnya. Dulu cuma cuit je, tapi sekarang Noah dah upgrade sikit. 

"Nah, ambil ni."

Noah menghulurkan sekeping kad kredit kepada Sufi.

"Untuk apa?"

"Ni sayang punya. Guna ni untuk beli apa yang sayang nak. Sayang mesti bosan kan duduk rumah je sejak dah habis program volunteer tu."

Sufi tidak terus mengambil kad kredit yang dihulurkan kepadanya itu. Rasa serba salah pula nak ambil. Kredit kad yang diberikan oleh Noah sebelum ini pun dia jarang gunakan apatah lagi kad yang baru ni.

"Abang, kan Sufi dah kata tak payah. Nak banyak-banyak buat apa? Kad yang abang bagi dulu tu pun Sufi tak sempat nak guna."

Noah lantas mengambil tangan Sufi lalu meletakkan kad kredit itu di atas telapak tangan isterinya.

"Ambil je. Bila nak guna tu, boleh fikir lain hari."

"Tapi abang, banyak-banyak nak buat apa? Sufi bukannya suka sangat shopping."

"Bagilah abang peluang untuk manjakan isteri abang ni. Kad ni bukan setakat shopping je sayang boleh guna, untuk beli keperluan rumah ke apa ke pun boleh."

Kad kredit itu sudah pun bertukar tangan. Terpaksa juga Sufi terima walaupun dia masih berat hati untuk mengambilnya. Noah ni pun satu, terlalu manjakan sangat dirinya. Dia pula bukannya jenis kaki shopping seperti wanita lain.

"Hari ni sayang jadi ke nak keluar dengan Husna? Kalau jadi, sayang gunalah kad tu. Nanti jangan lupa share location macam biasa, okay?"

Sufi mengangguk perlahan tanda faham.

Noah menghulurkan tangan seperti biasa. Sufi menyambut tangan itu dan menciumnya. Sebelum melangkah keluar, sempat lagi dia mengucup ubun-ubun isterinya sambil membisikkan sesuatu di telinga Sufi.

"Gonna miss you, wifey. Take care."

"Abang pun. Take care."

Sufi berdiri di pintu sehinggalah kelibat kereta yang dipandu suaminya hilang dari pandangan. Dia memeluk tubuh sambil tersenyum. Ya Allah, moga bahagia ini kekal berpanjangan.

*****

"Bestnya ada suami."

Husna menghirup sedikit cappuccino dihadapannya. Dia kemudian meluruskan kakinya yang kepenatan selepas puas pusing satu mall bersama Sufi.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now