15

23.6K 979 15
                                    

Sufi memerhatikan dirinya melalui pantulan cermin. Hari ini dia memakai shawl berwarna kelabu yang dipadankan dengan baju kurung moden tanpa corak berwarna navy blue.

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari yang bersejarah baginya kerana telah berjaya menamatkan master's degree setelah hampir tiga tahun berhempas pulas siang malam demi menyiapkan tesis. 

"Berapa banyak kali nak betulkan tudung tu? Dah,dah la tu. Dah lawa dah. Umi dengan mak dah lama tunggu kau kat bawah tu."

Sufi memutarkan bebola mata sambil menjuihkan bibir. Orang tengah betulkan tudung ni jangan ditegur. Nanti tak pasal-pasal kena marah. 

"Biarlah. Saya yang pakai tudung ni bukannya awak."

Kedua kening Noah terangkat apabila mendengar Sufi membahasakan dirinya saya-awak. Saya? Awak? Sejak bila pula ni?

"Wow, dah tukar ke saya-awak pulak? Kenapa? Kan dalam bilik ni kita berdua je."

Sufi yang dari tadi menghadap cermin segera berpaling ke arah Noah yang sedang mengemaskan tali leher buat kali terakhir.

"Saja. Practice makes progress. Kalau tersasul depan diorang, macam mana? Aku tak nak kena bebel dengan diorang."

Noah hanya tersengih. Ya tak ya juga. Kalau tersasul, matilah kena bebel dengan diorang lebih lebih lagi tokma. Dia bukannya boleh bab-bab macam ni. Generasi tua la katakan. Agak cerewet.

Tapi apapun dia tetap malas nak practice panggilan macam tu. Aku-kau pun cukup apa, kan?

"Hmm, suka hati kaulah." 

Sufi melangkah ke arah Noah, merapatkan jarak antara mereka. Tangannya diletakkan di belakang bersama satu sengihan yang sedang menghiasi wajahnya.

"Err, Is. Kau memang tak boleh datang ke konvo aku hari ni?"

"Emm, tak pasti lagi. Aku ada urgent meeting dan memang tak boleh tunda. Sorry tau? Tapi aku try untuk datang juga. Kau bersidang sebelah pagi kan?"

Sengihan tadi terus berubah menjadi satu senyuman kelat. Alah, sedihnya bila suami sendiri tak dapat datang konvo.

"Janganlah sedih. Umi dengan mak kan ada?" Noah cuba memujuk apabila menyedari akan perubahan wajah gadis itu. 

Sufi hanya berdecit perlahan sambil menjuihkan bibir. Hmm, Noah ni tak faham ke? Umi dengan mak lain. Suami lain pula vibe dia. 

"Anyway..."

Noah jeda sebentar sambil mendepakan tangannya di hadapan Sufi. Berkerut dahi gadis itu apabila melihatnya. Ni dah kenapa pula?

Melihatkan Sufi yang masih lagi kaku berdiri, Noah segera menarik gadis itu ke dalam pelukkannya.

"Congratulations, Sufi. You made it!"

Haa... Ini yang rasa macam nak menangis. Terharu pula bila dapat ucapan tahniah dari Noah. Tahan Sufi, tahan. Nanti habis make up kau rosak!

"Thanks! By the way, tak ada hadiah ke? At least, coklat ke?"

Noah meleraikan pelukan itu sambil mengukirkan senyuman.

"Well, tengoklah kalau aku sempat datang, adalah hadiahnya."

Sufi lantas berpura-pura ketawa. Haih, baru je rasa terharu sebab dapat ucapan tahniah tapi boleh pula dia cakap macam tu. Lelaki ni memang tak romantik ke macam mana?

"Tak apalah. Aku tak kisah pun. Dah lah, jom turun. Mesti mak dengan umi dah tunggu kat bawah."




"Kamu ni memang tak boleh tunda ke meeting tu? Hari ini kan hari penting Sufi?" soal Aliyah.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now