18

22.2K 903 23
                                    

Noah memandu keluar dari bangunan itu. Usaha dia bersama Fawwaz untuk berjumpa dengan Dato' Hassan terbuang begitu sahaja apabila mereka gagal untuk bertemu dengan insan yang berpengaruh besar dalam dunia korporat itu.

Manakan tidak, hampir satu jam mereka menunggu tapi akhirnya perjumpaan mereka ditolak mentah-mentah oleh insan itu.

Fawwaz meraup mukanya sambil melepaskan keluhan besar. 

"Betullah apa yang aku dengar sebelum ni, Dato' Hassan ni jenis cerewet. Tengok ni ha, belum apa lagi dah tak nak jumpa kita."

Noah hanya mengukirkan senyuman segaris. Perangai Dato' Hassan ini mengingatkan dia kepada perangai tokma mereka. Memang nak tak nak kena banyak bersabar. 

"Biasalah tu. Orang tua memang cerewet sikit. Macam tokma kau." ujar Noah.

Fawwaz hanya tersengih. Betullah tu. Kalau tak, takkanlah mereka berdua ni boleh jadi best friend forever sampai sekarang. 

"Oh, ya. Sebelum aku terlupa, staff dia kata tadi, Dato' Hassan ni ada buka satu yayasan tau. Yayasan Permata. Aku rasa kita boleh try cari dia kat sana pula."

Noah mengangguk tanda setuju. Matanya mengerling sekilas ke arah jam yang berada di dashboard. Sudah hampir pukul 5 petang.

"Emm, boleh juga. Nanti aku try cari yayasan tu kat mana. Dahlah, jom balik. Dah lama rasanya tak balik awal macam ni." 

"Betul juga. Ah, sebelum aku lupa. Macam mana dengan projek kat Kedah? Kau dah jumpa ke client tu?"

Noah menggeleng kecil.

"Emm, aku cuma wakilkan Aileen dengan Faiq untuk settlekan hal tu. Lagipun tu cuma projek kecil aje, so aku tak berapa kisah sangat. Kalau pihak kontraktor masih buat hal, aku tak teragak-agak untuk cari kontraktor baru untuk projek tu."

"Aku harap diorang tak buat hal. Kalau tidak, makin lamalah projek tu ditangguhkan. Sudahlah aku dengar khabar angin kat ofis tu ada orang tengah cuba untuk cantas kerja kau. Tak payah cakap pun kau dah boleh agak siapa."

Fawwaz menyandarkan badan sambil mengurut bahunya yang sedikit lenguh itu.

Noah hanya tersenyum sinis. Dia tahu tentang khabar angin tersebut tetapi dia membuat keputusan untuk mendiamkan diri. Selagi tidak menganggu kerjanya selagi itu dia tidak akan mengambil apa-apa tindakan.

"Aku tahu. Faiq ada beritahu aku haritu yang si Roslan tu ada jumpa barisan pengarah senyap-senyap. Entah apa yang dia nak kipaskan, aku tak tahu. Kalau setakat nak projek kecil ni, ambillah aku tak kisah pun."

"Alah, si Roslan tu pun bukan boleh harap sangat. Aku pula yang risaukan dia."

"Haha! Tu pakcik kau juga. Lagipun, bukan kau tak tahu perangai dia macam mana."

Fawwaz mengangguk kecil tanda setuju. Roslan merupakan adik kepada arwah walidnya dan jarak umur mereka juga tak adalah jauh sangat pun,cuma 2 tahun sahaja. Sejak arwah walidnya membangunkan syarikat itu lagi Roslan telah melakukan pelbagai cara untuk menguasai syarikat tersebut. Namun sehingga kini tiada satu pun rancangannya yang berjaya.

"By the way, aku nak singgah ambil Sufi kejap lepas tu baru balik rumah. Kau nak aku drop kat office ke?" soal Noah.

"Drop aku kat office je la. Oh-ho, dating. Faham! Emm, tapi kau masih lagi tak ada perasaan apa-apa ke kat dia?"

Soalan Fawwaz membuatkan Noah terdiam. Sudah hampir lima bulan mereka berdua berkahwin, tapi sampai sekarang dia masih belum pasti apa perasaan dia sebenarnya terhadap Sufi.

Kadang-kadang terbit rasa rindu apabila seharian tidak mengusik gadis itu. Dia suka tengok wajah Sufi yang berubah kemerahan setiap kali diusik. Dia suka melihat reaksi Sufi apabila dia membelikan ice matcha latte untuknya. Dia suka tatap wajah Sufi setiap kali sebelum tidur walaupun gadis itu suka mengerutkan dahi semasa tidur.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now