7

23.6K 988 17
                                    

"Sufi, mak balik dulu tau. Jaga diri Sufi elok-elok. Dengar cakap suami. Jangan degil-degil."

Sufi hanya mengangguk ketika mendengar ibunya menyampaikan pesanan itu. Dia kemudian mengeratkan pelukan mereka. Sufi tidak pernah menyangka yang dia akan berpisah dengan ibunya seperti ini. 

Tak boleh ke kalau dia ikut sahaja ibunya pulang ke kampung walaupun dia sudah pun bergelar isteri seseorang? 

"Baik,mak. Sufi ingat pesan mak. Mak jaga diri baik-baik."

Sarimah meleraikan pelukan itu lalu memandang ke arah Noah yang sudah pun menjadi menantunya.

"Mak balik dulu. Tolong jagakan Sufi untuk mak ya, Noah."

"Baik mak. Mak jangan risau ya."

Noah mengangguk sambil mengukirkan senyuman. Dia kemudian mencium lembut tangan wanita tua itu tanda hormat.

Sufi menyeka air matanya yang telah pun berada di hujung mata. Dia kemudian segera mendapatkan abangnya sambil mencebik. Matanya kini merah kerana sedang berusaha untuk menahan air mata daripada mengalir.

"Dahlah, jangan nangis. Awak tu dah jadi isteri orang. Jangan sedih-sedih, okay?"

Hakimi cuba untuk menenangkan hati adiknya dengan mengelus lembut pipi gadis itu. Dia sendiri terkejut apabila mendapat khabar bahawa adiknya akan berkahwin. Mujurlah cutinya diluluskan walaupun dia memohon pada saat akhir, membolehkan dia menjadi wali kepada adiknya itu.

Tubuh Sufi dipeluk erat. Satu-satunya adik yang dia punya telah pun berkahwin. Walaupun mereka kerap bergaduh apabila berjumpa tetapi dia tetap menyayangi adiknya itu.

"Along doakan agar adik along sentiasa bahagia dengan suami dunia akhirat. Dengar cakap suami. Jadi isteri yang solehah." ujar Hakimi sambil berbisik. 

Sufi pula hanya mengangguk kecil tanda dia menerima nasihat tersebut dengan baik.

Pandangan Hakimi kini beralih ke arah Noah yang juga rakan sepermainan semasa zaman kecil dahulu. Dia sendiri tidak menyangka bahawa rakan sepermainannya boleh menjadi adik iparnya. 

"Jaga adik along elok-elok. Sufi adalah satu-satunya adik yang along ada. Andai kata suatu hari nanti kau nak lepaskan dia, pulangkan dia kepada kami dengan cara yang baik walaupun korang disatukan bukan atas dasar suka sama suka."

Hakimi mengukirkan senyuman sambil menepuk lembut bahu Noah. Tiada siapa yang mendengar perbualan itu melainkan hanya mereka berdua sahaja. 

"Baik, along. Noah cuba untuk galas tanggungjawab ni dengan sebaik yang mungkin."  

Sufi melambai-lambai tangannya ke arah kereta yang dinaiki oleh Hakimi dan ibunya sehinggalah kereta itu hilang dari pandangan. Aliyah segera mendapatkan menantunya. Dia tahu gadis itu pasti berasa sedih dek terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarganya.

"Sufi, jom masuk. Jangan sedih-sedih. Umi kan ada?" 

Gadis itu hanya tersenyum pahit sambil memeluk lengan ibu mertuanya. Mereka berdua kemudian melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Noah yang masih lagi setia berdiri di situ.

Noah melepaskan keluhan kecil lalu mendongak sekilas. Tidak lama selepas itu dia turut melangkah masuk ke dalam rumah itu. 

****

"Mak ada beritahu aku yang kau kena balik kampus tak lama lagi. Kau masih belajar lagi ke?"

Soalan Noah memecahkan kesunyian bilik itu. Dia melihat ke arah Sufi yang masih ralit memandang ke arah skrin komputer riba sambil jemarinya laju menari di atas papan kekunci itu.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now