Bab 4

63 12 1
                                        


Sudah lama aku tidak merasakan perasaan setenang dan senyaman ini. Kejadian mommy dihalau keluar daripada rumah merupakan satu memory yang masih segar diingatan walaupun ianya merupakan satu memory yang pahit. Orang kata kadang-kadang sejauh mana kita ingin lari daripada memory yang pahit, selagi itu kita akan merasakan bahwa memory itu sangat dekat dengan kita.

 Oleh itu, jalan penyelesaian yang terbaik adalah kita hanya perlu hadam dan menerima kerana itu semua merupakan takdir untuk kita. Takdir yang sememangnya tidak boleh diubah walaupun dengan doa. Lagipun kejadian itu sudah lama berlalu.

Pancaran hangat daripada sang matahari yang menerangi keseluruhan bilik sedikit pun tidak dirasai. Tiada gangguan daripada mereka. Tiada lauangan suara daddy yang menyuruh mommy menjauhi aku. Ketika itu bagaikan hanya ada aku dan mommy. Alangkah bagusnya jika aku mempunyai kuasa untuk memberhentikan masa.

Usapan lembut yang membuaikan sedikit sebanyak membuat diri aku terapung-apung di antara alam mimpi dan nyata. Aroma bau yang lembut memasuki hidung. Iya, aroma yang tak pernah asing dalam hidup aku. Aroma bau yang sering aku nantikan dan tercari-cari ketika ia hilang.

Tiada ucapan yang dapat diperkatakan sewaktu itu. Kami masing-masing melepaskan kerinduan kami dengan kesenyapan dan melalui sentuhan kasih. Apa lagi yang harus kami katakan.

Aku yang sedang meletakkan kepala di atas pangkuan mommy hanya mampu memerhati setiap raut wajahnya. Walaupun diusia tua, mommy masih cantik seperti dahulu. Bulu mata mommy masih lebat dan lentik. Hidungnya juga masih mancung disebabkan factor genetic barat yang dimiliki mommy. Kulit yang putih itu kelihatan agak berkedut disebabkan factor umur mommy yang semakin tua.

Senyuman mekar di bibir pinknya tak pernah hilang daripada tadi. Itulah mommy. Mommy sangat pemurah dengan senyuman. Mommy kata kadang-kadang kita kene senyum supaya musuh kita tahu sekuat mana mereka cabar kita, kita tak akan pernah goyah.

Apabila mata kami bertembung masing-masing tersenyum mesra. Usapan di kepala beralih pula pada wajah aku. Seakan-akan mommy sedang membelek wajah aku yang mungkin terdapat banyak perubahan sejak kali terakhir mommy lihat. Tiada lagi lemak-lemak tepu dipipi. Triple chin juga mungkin hilang. Mungkin juga hanya tinggal double chin.

"I know you'll grow into a beautiful lady one day, but your beauty today exceeds my imagination. My adorable and cute baby, I was surprised to see that your baby fat had gone. What happened to those chubby cheeks? Where did that baby tooth go? You look just like your mama, now."

"Hmm... indeed. I'm a natural beauty, much like my mommy."

Tangannya aku capai lalu dikucup lembut. Dia kelihatan senang dengan perbuatan aku. Tetapi siapa sangka disebalik senyumannya itu ada terpalit kesedihan yang hanya kami sahaja paham.

"You know who I'm talking about. It's not me. It's your biological mama."

Mommy sentiasa nampak sedih apabila isu ibu kandung aku diperbahaskan. Seperti sekarang. Sebab itu jugalah aku tak pernah bertanyakan tentang ibu kandung aku kepada mommy. Aku hanya akan mendengar cerita tentang ibu kandung aku apabila mommy ada kekuatan untuk bercerita. 

Bak kata mommy, ibu kandung aku sudah banyak berjasa kepada mommy. Dia jugalah penyelamat kepada nyawa mommy. Bagi mommy ibu kandung aku ialah seorang heroin. Mereka sangat rapat. Keakraban mereka diibaratkan seperti adik beradik walaupun tiada pertalian darah di antara mereka.

"But, mama is not here. You are. So, I'm pretty because I have a pretty mommy."

Mommy tersenyum senang. Entah logik akal siapa aku ambil pun tak tahulah. Seketika kemudian, pandangan mommy tertunduk ke bawah. Riak wajahnya bertukar mendung. Aku tidak dapat meramal apa yang berada di fikiran mommy sekarang. Bila mommy sedih, aku dapat rasakan macam ada pisau yang mengores hati aku. Aku tak suka lihat mommy sedih.

MAFIA SERIES : DIA DARIOTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang