Bab 11

47 11 2
                                    


Bab ni macam panjang daripada biasa. Jadi enjoy jelah readingnya. Saya tak tahu part mana perlu potong jadi....begitulah ceritanya. Jangan lupa vote bab 11. Thank you in advance siapa yang vote tu.


Nasib baik di luar sekarang sedang hujan, jadi rata-rata manusia di situ lebih memilih berteduh di dalam bangunan menyebabkan suasana di luar bangunan menjadi lengang. Oleh itu, tidak ada manusia mabuk yang akan ambil kesempatan pada aku. Aku dah kata bila kita berserah semuanya pada Allah, tidak ada apa yang mustahil. DIA ada menjaga kita. Itu pasti!

Aku pandang ke arah langit. Sebelah tangan di tadah, bermain-main dengan hujan yang menitik. Kali terakhir aku bermain hujan ialah empat tahun yang lalu. Bersama Dzal. Ketika itu, dia adalah kawan yang paling aku rapat. Aku sayang dia sebagai kawan. Tak lebih!

Aku melangkah keluar daripada tempat aku berteduh. Kepala masih terdongak ke langit. Titisan hujan jatuh pada mukaku. Satu senyuman terhias pada bibir. Bermacam-macam yang terlintas di kepala. Kebanyakkan ialah kenangan manis ketika bermain hujan. Dzal merupakan seorang yang lawak dan senang untuk dibuat kawan. Jadi kalau dengan dia aku sentiasa ketawa dan terhibur.

Kami suka dan memang gemarkan aktiviti yang tidak masuk akal seperti bermain hujan. Asalkan ada hujan kami pasti aku pakai baju hujan dan melompat atas kelopak air yang ada. Itu satu hal, belum sebut bila kami demam. Sama-sama macam orang nak mati gayanya.

Bila dah demam, sama-sama ponteng kelas. Kalau salah seorang yang demam, mesti dua-dua tak pergi. Tapi yang selalunya buat perangai mestilah Dzal. Dia kata kononnya mahu jaga aku. Cis, penipu! Padahal, dia hanya main game sahaja sebelah aku. Mana ada jaga sangat.

Kata-kata Dzal tiba-tiba terlintas di fikiran.

'Kenapa you langsung tak cuba larikan diri? Qayla yang I kenal otak dia cerdik dan licik.'

Percayalah Dzal akan datang satu masa nanti, Qayla akan hilang dari bumi ini tanpa jejak.

Tapi....Buat masa sekarang aku tidak sanggup melarikan diri lagi. Di fikiranku hanya ada satu yang membuatkan aku tidak sanggup. Daddy..... Mampukah aku lari meninggalkan daddy menanggung derita keseorangan? Tidak! Aku tidak mampu.

Sekasar mana layanan daddy pada aku, sebagai anak aku sangat sayangkan daddyku. Dia adalah pengarang jantungku.

"Miss, are you okay?"

Tepukan di bahu membuatkan aku tersedar daripada perbuatan yang aku tengah buat. Aku memandang orang yang menegurku. Wajahnya nampak sungguh prihatin tentang keadaanku. Mungkin kerana dia merasakan aku ini menyedihkan. Berdiri di tengah hujan seorang diri.

Orang itu adalah seorang perempuan Italia yang sedang memegang payung berwarna putih jernih. Aku menilik pula keadaan aku. Aku tidak ada payung untuk lindungi aku, maka, baju hoodie yang aku pakai habis basah kuyup. Hujan punya pasal.

"I'm okay."

Okay kah aku? Aku sendiri tidak pasti. Tapi, untuk membuatkan perempuan di hadapanku ini beredar aku perlu menipu. Walaupun aku sendiri dapat rasakan ada titisan lain di pipi ku yang terasa hangat sedang mengalir.

" Miss, whatever is bothering you, don't do anything stupid."

Satu nasihat khidmat masyarakat dilontarkan kepada aku. Haih...aku ni memanglah ada banyak masalah tapi aku tak adalah sampai nak fikir buat benda bukan-bukan. Walaupun begitu, aku bermanis muka.

"I know. Thank you."

Wanita itu masih ragu-ragu memandang aku. Dia ni memang ada masalah terlebih prihatin ke apa? Kenapa dia tak boleh pergi cepat-cepat eh? Dia tengah tunggu apa? 

MAFIA SERIES : DIA DARIOWhere stories live. Discover now