Bab 12

43 11 10
                                    

Hello silakan vote dan comment. Susah payah anda sangat dihargai.


Pada pukul empat pagi, bunyi muzik daripada Dj yang bertugas masih dimainkan dengan kuat dan rancak. Rata-rata orang yang datang ke situ masih aktif menari walaupun badan mereka melekit dengan peluh.

Di suatu ruang yang luas seseorang dengan mata helangnya tak henti memerhati. Bagaikan magnet yang dapat menarik mata perempuan untuk melihat ke arahnya. Ramai perempuan berpakaian seksi dan cantik bagaikan model cuba mencuri perhatiannya, tapi sedikit pun dia tidak layan.

 Ada yang memberanikan diri datang secara dekat dengan lelaki itu, tapi semuanya akan berlari keluar sambil menangis teresak-esak. Kata-kata pedas berbentuk hinaan lelaki itu betul-betul telah mencalarkan maruah mereka semua. Mereka dihina dengan teruk dan keji. 

Kepalanya terasa berat dan berpusing. Tekaknya terasa kering dan dadanya panas seperti sedang terbakar. Walaupun begitu, dia masih rakus meneguk air champagne.

"Capo, dia dah sampai."

Seseorang datang memberitahu. Dario memberikan isyarat kepada lelaki itu dan lelaki itu terus berlalu pergi.

"Ciao, futuro Don!"

Seorang lelaki berketerampilan kemas tetapi boroi menegur. Berbeza dengan Dario, lelaki itu dikelilingi oleh perempuan yang seksi. Dario hanya memandang lelaki itu dengan pandangan beku. Langsung tidak berminat untuk beramah mesra. Apatah lagi dengan perempuan-perempuan yang datang bersama lelaki itu, daripada tadi tak lepas pandang daripada menilik wajah Dario bagaikan Dario itu hidangan makan malam untuk mereka. Penuh nafsu.

"Dario and his icy gaze."

Tak ambil hati dengan kata-kata sarcastik lelaki boroi itu, Dario terus mengambil beg berwarna hitam yang berada di sebelahnya lalu beg itu diletakkan ke atas meja.

"Ini yang aku nantikan! Aku dapat bau kekayaan yang bakal jadi milik aku."

Dengan tergesa-gesa dan penuh ghairah lelaki itu terus menarik beg itu ke arahnya lalu zip beg dibuka. Perempuan-perempuan di sekelilingnya juga seperti tidak sabar untuk melihat apa yang berada dalam beg yang sederhana besar itu.

Bagaikan satu mimpi indah. Dia tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Lelaki itu tersengeh bahagia. Bibirnya yang mengering di jilat. Nafsunya membuak-buak melihat kan duit yang begitu banyak sekali. Perempuan-perempuan di situ pula terkinja-kinja suka kerana mereka tahu, mereka bakal dapat bahagian mereka masing-masing.

"Ini baru sikit. Kau akan dapat lebih banyak daripada itu kalau kau buat apa yang aku suruh."

Lelaki boroi itu sudah mengira-ngira duit yang lebih banyak daripada itu. Bagaimana banyaknya? Adakah dia akan jadi lelaki paling kaya? Lelaki boroi itu memang dikenali dengan sifat tamak. Lebih lagi kalau berunsurkan duit. 

"Aku dah kata benda yang kau suruh aku buat tu adalah benda yang susah dan memerlukan masa yang lama untuk selesai. Kawasan yang berada di bawah pengaruh aku masih kecil. Mereka masih tidak percayakan aku. Aku tak bebas nak buat sesuka hati aku."

"Apa maksud kau sedikit? Aku dah bagi kebebasan untuk kau ambil alih kawasan aku, Don Arsenio dan Donna Sofea untuk sementara waktu. Seluas mana lagi kawasan yang kau mahukan? Kau jangan bermain api dengan aku! Aku boleh bunuh kau sekarang kalau aku mahu."

Lelaki boroi itu meneguk liur apabila mendengar ancaman Dario yang akan membunuhnya.

"Tapi, aku tak boleh nak kawal otak mereka untuk berpaling tadah pada aku! Sebab tu aku minta pada kau untuk bagi aku masa sedikit lagi untuk menjayakan misi kau untuk melucutkan tahta Donna Sofea."

MAFIA SERIES : DIA DARIOWhere stories live. Discover now