Bab 3

81 12 2
                                    


Hari ini genap 4 hari aku mengurungkan diri di dalam bilik. Apa yang berlaku di luar sana pun aku tidak pasti. Manalah tahu kot-kot ada kejadian tanah runtuh yang berlaku. Nauzubillah. Bukan meminta tapi sekadar ingin meluahkan rasa. Semua ini angkara aku  memang langsung tidak keluar bilik, walaupun Leo banyak kali mengetuk pintu dan mengajak aku untuk makan bersama. Sudahnya panggilannya itu dibiarkan sepi. Bukan niat aku untuk mengelakkan diri daripada berjumpa bersemuka dengan Leo tetapi perasaan bersalah yang besar membuatkan aku berasa malu dan mungkin juga ada secebis ketakutan yang semakin hari semakin menguasai diri.

Kalau tidak mengenangkan ada satu malam yang lepas, di mana perut aku buat 'pesta rock' meminta untuk diisi, aku gagahkan juga diri untuk keluar dari bilik. Kalau aku ini dilahirkan tanpa ada perasaan lapar memang tak ada makna aku nak bukak pintu bilik ini.  Ego aku buang jauh entah ke mana. 

Apabila bukak sahaja pintu bilik, ada sebijik epal dan beberapa keping sandwich terletak elok di atas dulang silver di atas lantai. Entah siapalah yang bijak sangat letak makanan macam nak bagi kucing makan je. Letak la atas meja ke apa. Memang meja tak ada function ke? Tujuan apa meja diciptakan. Padahal ada sahaja meja berdekatan dengan bilik ini.  Walaupun hati merunggut dek kerana layanan yang tak seberapa baik itu, tangan pantas saja mengambil dulang tersebut dan masuk semula ke dalam bilik.

Seingat aku sejak daripada kejadian itu, ada sahaja makanan yang diletakkan di hadapan pintu. Entah memang orang yang meletakkan makanan itu ingat aku ni memang ada perut waktu malam je kot. Waktu siang perut aku hilang ataupun tak ada. Setiap malam jugalah pintu bilik ini akan terbukak. Itupun malam dan sekejap. Entah siapa yang bagi makanan pun aku tidak tahu. Mungkin Leo sebab mustahil sekali Dario yang letak makanan ni di atas lantai. Sebab yang pertama ialah Dario ialah spesis manusia yang berhati batu, kering, busuk, iblis.... haa... apa lagi? Semua dialah. Tak ada sebab kedua. Satu pun dah cukup.

Perkara yang paling menakjubkan sekali ialah aku sendiri tertanya-tanya keberadaan aku. Kediaman yang aku menetap sekarang ini, bukanlah kediaman sebenar Dario. Mungkin selepas peristiwa rumahnya dipecah masuk, dia tidak lagi mempercayai aku untuk menetap di situ. Mungkin juga dia beranggapan bahwa aku ada muslihat yang tersendiri dan sebab itu dia elak daripada aku menetap di rumahnya. 

Apa agaknya yang berlaku pada lelaki itu. Lelaki yang berjaya pecah masuk ke dalam kediaman Dario. Adakah dia selamat? Apa muslihatnya? Jujur aku cakap, kerjanya sangat gila seperti berani mati. Kediaman ketua mafia sudah semestinya dikelilingi oleh mereka yang bersenjata yang mengawal setiap pelusok rumah. Tidak kira di bahagian yang tidak penting juga, pada kebiasaanya memang akan dikawal ketat oleh manusia yang sememangnya hati kering. Bagi mereka mati itu hanya perkara remeh. Sesiapa yang berani datang dekat dengan kawasan kediaman ketua mereka, tangan mereka laju sahaja melepaskan tembakkan yang membawa maut. 

Bercakap tentang ketua mafia, kemarahan aku terhadap Dario masih bersisa. Seharusnya aku sudah sedia maklum untuk tidak mudah makan hati dengan kata-kata yang dilontarkan oleh orang seperti Dario, mental aku juga harus kuat. Kita sedang bercakap tentang seorang ketua mafia dan semestinya mereka sangat keras dan keterlaluan. Entah kenapa pada hari itu, dia sangat melampau. Setiap kali aku teringat kejadian yang telah berlaku, hati akan dipagut dengan perasaan yang bercampur baur.

~

"Leo, dalam kiraan 3 kalau tangan kau masih tak lepaskan tangan Qayla....."

Melihatkan Leo yang melepaskan pegangan tangan kami, Dario kelihatan berpuas hati. Lama kami mendiamkan diri. Masing-masing seperti batu dan menanti ucapan dari sang ketua. Lebih kepada menanti amarahnya.

"Tell me, Qayla. Are you the mysterious third party that we've been looking for?"

Terhenti seketika detak jantung aku.

MAFIA SERIES : DIA DARIOWhere stories live. Discover now