MOHON VOTE DAN COMMENT! THANKS A LOT!
Keadaan berubah menjadi tegang. Dada aku terasa sempit seperti dihempap oleh batu konkrit. Aku tak senang duduk bila diperhati sebegitu rupa oleh Dzal. Dia daripada tadi duk tenung aku macam kat muka aku ni ada corak abstract yang menarik untuk dilihat.
"Erk..."
Aku jadi canggung. Mata aku melilau di antara Dario dan Dzal.
Dario nampak tak suka dengan kehadiran Dzal sedangkan Dzal tersenyum lebar seperti orang yang baru dapat medal emas. Janganlah dua mamat ni bertekak di sini. Siapa yang akan menang di antara mereka berdua bukan satu hal yang penting. Aku cuma tak mahu mereka berdua tunjuk perangai samseng di tengah orang ramai macam sekarang.
"Aku rasa kau kenal aku siapa."
Dzal berkata pada Dario dengan nada yang sinis dan angkuh. Aku yang mendengarnya pun naik meluat. Dia fikir dia artis ke semua orang nak kenal dia.
"Untuk berjumpa secara bersemuka dengan orang kuat dan terhormat seperti Riccardo Dario aku rasa macam tak percaya. Mungkin kita boleh berjabat tangan sebagai tanda perkenalan."
Dzal menghulurkan tangannya tetapi dipandang sepi oleh Dario.
Lama Dario membiarkan huluran tangan Dzal itu tergantung. Tak betah dengan suasana seperti ingin berperang aku yang tolong ambilkan tangan Dario dan membantu dia untuk bersalaman dengan Dzal.
"Apa yang awak buat? Mereka tengah perhatikan awak."
Aku berbisik pada Dario mengingatkan dia kembali tentang kewujudan mereka yang lain. Aku harap Dario perasan di telinga Dzal ada satu alat yang akan merakam perbualan kami.
Sekejap sahaja tangan mereka bersentuhan dan masing-masing menarik semula tangan mereka dengan muka yang penuh dengan rasa jijik. Dario mencapai sapu tangan yang berada di atas meja lalu dia lap tangannya yang sudah bersentuhan dengan Dzal tadi.
Perbuatan Dario itu diperhatikan dengan teliti oleh Dzal.
"Dengar sini encik yang saya tak tahu nama. Mungkin encik dah buat perhintungan yang salah sebab ini pertama kali saya nampak encik dan saya langsung tak kenal dengan encik. Mungkin encik boleh perkenalkan nama encik terlebih dahulu dan tidak terburu-buru macam sekarang. Oh, ataupun.... Qayla, is he your FRIEND?"
Dario berpura-pura seperti tidak kenal dengan Dzal. Kalau Dario boleh tahu Dzal adalah bekas kekasih aku tempoh hari takkan lah bila jumpa depan-depan boleh hilang ingatan terus. Dario memaniskan wajahnya ketika bertanya soalan kepada aku. Aku tahu Dario sengaja tekan perkataan 'friend' apabila bercakap untuk menaikkan lagi api kemarahan Dzal.
"Err....Dia.."
Melihatkan aku yang teragak-agak menafikan dakwaan Dario, Dzal menghentak meja makan dengan kuat membuatkan pelanggan yang lain pandang ke arah meja makan kami.
"Aku Dzal Ashman bin Dato' Abdul Afri, lelaki yang kau buru sejak beberapa hari yang lepas dan Qayla ialah kekasih aku. Sekarang aku sendiri berdiri di hadapan kau. Kau jangan nak berpura-pura tak kenal aku."
Dzal berkata dalam nada yang sangat marah. Dario hanya mampu mengeluh. Kekasih? Macam salah bagi fakta sahaja. Bila masa pula aku masih lagi bergelar kekasih dia?
"Baiklah, Encik Ashman...,"
"Panggil aku Dzal!"
Dzal membentak.
"I'm sorry Encik Dzal. Beginilah....Saya tak tahu apa tujuan encik datang ke meja kami dan buat huru hara di sini macam orang tak ada akal dan saya sebagai manusia yang sangat menghormati hak asasi orang awam di sini saya rasa tingkah laku encik dah membuatkan kami dan pelanggan yang lain merasa terganggu dengan kehadiran encik. Saya tak pernah buru sesiapa, lagi-lagi orang yang saya tak kenal. Boleh saya tahu untuk apa saya nak buru encik? Encik ada buat apa-apa kesalahan ke untuk saya buru encik?"
YOU ARE READING
MAFIA SERIES : DIA DARIO
Romance"He is a fierce protection of her. He would rather fall or wounded himself than see his loved ones suffer. HE IS DARIO." ...