Bab 9

38 11 1
                                    


Di bawah sepohon pokok oak yang besar terdapat sebuah bangku panjang yang diduduki oleh seorang budak lelaki. Mukanya nampak monyok dan sepertinya dia hilang minat pada pemandangan cantik yang dihidangkan di hadapannya. Dia langsung tidak mempedulikan dengan apa-apa yang berlaku di sekitarnya. Dia berpeluk tubuh dan pakaian yang dipakai olehnya ketika itu jelas menunjukkan bahawa dia adalah anak kepada orang bangsawan yang elit. Dia nampak sangat kemas dan bersih. Bajunya berjenama.

Tidak jauh dari tempatnya duduk ada sebuah buku yang terkoyak dan kotor kerana dicampak olehnya. Buku itu dibelikan oleh papanya baru-baru itu. Namun, dek kerana hati yang sebal dan dia sedang marah bukulah menjadi mangsa keadaan. Mamanya sudah berjanji akan ambil dia setelah dia pulang dari sekolah. Dia harapkan mamanya yang datang seperti yang dijanjikan, tapi yang sebaliknya pula terjadi apabila orang lain yang dia tidak kenali datang membawa dia entah ke mana.

Meow~

Dia terdengar bunyi kucing mengiau-ngiau seperti kelaparan namun tidak diendah olehnya. Kalau nak dikatakan lapar, dia jauh lebih lapar daripada kucing yang sedang mengiau itu. Hari ini di sekolah dia tidak makan kerana mengharapkan apabila pulang dari sekolah dia dapat makan bersama mama dan papa dia. Namun, hampa. Dia sendiri tidak tahu dia di mana. Jauh sekali mahu meminta makanan.

"Kiwtie, mana kiwtie." (kitty)

Suara budak perempuan yang pelat melaung mencari anak kucing. Dia tahu di mana datangnya suara anak kucing yang dicari oleh budak perempuan itu, namun dia sedikit pun tidak mahu menolong memberitahu keberadaan anak kucing itu. Kerana baginya itu bukan masalahnya. Buat apa dia mahu sibuk masuk campur.

"Heilo....mana kiwtie Ayla?" (Hello....mana kitty Ayla?)

Suara budak perempuan itu datang menegurnya secara dekat. Mungkin sebab budak perempuan itu lihat budak lelaki itu ialah satu-satunya manusia yang berada di kawasan lapang itu. Tiada yang lain.

Disebabkan rasa ingin tahu budak lelaki itu memandang ke bawah tempat dia duduk. Alangkah terkejutnya dia apabila terpacul muka budak perempuan yang comot dan kotor sedang berbaring di atas tanah di bawah pangkin. Dia berdiri di atas pangkin kerana terkejut dan disebabkan itu dia terjatuh ke bawah kerana hilang imbangan.

"Atuh... akit." (Jatuh...sakit.)

Entah mengapa sedikit sebanyak kebendulan budak perempuan comot itu menyebabkan dia rasa macam nak pukul seseorang. Dahlah pelat bercakap, ada hati terkejutkan dia sampaikan dia jatuh dan menyebabkan baju yang dia pakai kotor.

Tidak mahu ambil runsing bergaduh dengan budak hingusan dia kemudian menepuk-nepuk bahagian yang kotor dan berlalu pergi menjauhi budak perempuan yang comot itu. Siapa sangka budak perempuan itu tertarik untuk mengikutinya di belakang, mengharapkan budak lelaki itu turut sama mencari anak kucing kesayangannya yang melarikan diri.

Tanpa budak lelaki itu memandang kebelakang dia dapat dengar derap langkah budak comot itu mengekorinya. Dia menggenggam penumbuk. Sekarang dia tidak ada masa mahu melayan budak hingusan bermain kerana dia mahu segera pulang ke rumah mama dan papanya tanpa ada gangguan daripada sesiapa terutamanya budak comot dan kotor. Entah sapa-sapa punya anaklah yang terbiar macam ini. Dia berpendapat mungkin budak perempuan itu ialah anak salah seorang daripada pembantu rumah di sini. Sebab itulah dia comot dan kotor.

Dia berjalan ke sebelah kanan dan budak itu juga turut jalan ke kanan. Apabila dia berpusing ke sebelah kiri, langkah budak itu juga ke sebelah kiri. Apabila dia menoleh ke belakang, budak perempuan itu cepat-cepat memusingkan badannya ke belakang. Kononnya dia sekarang tidak mengekori budak lelaki itu.

Baru sahaja budak lelaki itu ingin memarahi budak perempuan yang sudah mengganggu ketentraman hidupnya, tiba-tiba ada suara kucing mengiau dan budak perempuan itu meluru lari ke arah anak kucing yang berwarna putih bersih tanpa ada sebarang kekotoran yang melekat pada bulu gebu kucing itu. Kontra sungguh dengan penampilan budak perempuan yang comot itu.

MAFIA SERIES : DIA DARIOWhere stories live. Discover now