Dengan rambut yang masih berserabai dan berpakaian baju tidur satin berwarna biru aku turun ke tingkat bawah lalu terus menuju ke dapur apabila terdengar keriuhan di dapur.
"Good morning, sweetie."
Mommy menyapa sebaik sahaja aku terpacul di situ. Semacam saja aku tengok mommy punya senyman pagi ini. Ceria terlebih.
"Morning......"
Aku menjawab sapaan mommy sambil menguap. Mata pula terkelip-kelip menahan diri daripada terlelap.
"Mommy, kenapa riuh rendah ni. Kita ada nak sambut kenduri apa-apa ke? Kenapa Xaliana tak tahu apa-apa mengenai benda ni?"
"Mana ada nak sambut kenduri apa-apa."
Mommy kembali ligat membuat kerja menghiris sayur dengan dibantu oleh beberapa orang yang aku agak familiar tetapi aku tidak kenal siapa nama mereka. Apa yang aku tahu salah seorang daripada yang menolong mommy adalah Si Luigi. Teringatkan kejadian semalam membuatkan aku mengabaikan senyuman yang dia lemparkan ke arah aku. Bukan sombong cuma ada sedikit ketidak puas hati terhadap dia. Walaupun aku sedia maklum dia hanya menurut perintah.
Bebola mata aku kejap ke kiri dan kejap ke kanan. Mencari apa-apa yang aku boleh bantu untuk menghilangkan rasa bosan. Pengakhirannya memang tidak ada benda yang aku boleh tolong melainkan aku hanya mampu berdiri di suatu sudut memerhati mereka melakukan kerja-kerja memasak. Untuk aku yang tak pernah masak, aku berasa kagum melihatkan kepakaran mereka semua.
"Xaliana pergi mandi dulu, sweetie. Apa ni berkoreng-koreng muka dengan air liur basinya. Dengan rambut berserabainya....selipar pun disarung salah. Yang kiri jadi kanan, yang kanan jadi kiri. Kalau bakal suami tengok ni lari dia nanti."
Sambil membebel sambil itu tangan mommy ligat meluruskan rambut panjang aku yang berpintal-pintal. Agaknya memang dah menjadi habitat seseorang yang bergelar ibu untuk mengaitkan semua perbuatan tidak semengah anak perempuan mereka dengan bakal suami yang akan lari.
"Orang kata kalau muka cantik, selekeh macam mana pun tetap cantik. Lagipun, Xaliana tidur tak ada keluar air basi, okay. Suka hati je mommy cakap muka kita ada kesan air liur basi."
"Dah jangan nak perasan sangat. Go. Pergi mandi, cepat."
Walaupun sudah dihalau aku masih tercegat di situ lagi. Bukan apa.... tapi apabila mengenangkan nasib bahawa aku kene daki berpuluh anak tangga sebelum sampai ke bilik, rasa malas pula nak naik. Tadi, waktu nak turun bukan main laju.
"Mommy kita ada bela kambing ke dalam rumah ni? Apasal sayur salad banyak sangat. Siapa yang nak makan ni?"
Aku agak terkejut apabila Luigi dan seorang lelaki yang kelihatan sebaya dengan Luigi tiba-tiba tergelak. Seakan-akan mereka faham apa yang aku katakan.
"What makes you laugh?"
Suara aku meninggi apabila aku dapat rasakan yang mereka berdua tu tengah gelakkan aku. Mendengarkan suara aku yang tinggi itu mommy memalingkan wajah ke arah aku dan seketika kemudian dia mengelengkan kepalanya. Peringatan kepada aku supaya jangan nak cari gaduh dengan orang. Tapi, dah sah-sah bukan aku yang cari pasal.
"Hai, princess. Saya Luigi dan ini Lorien."
Jauh di suatu sudut hati aku merasakan bahwa ice breakingnya seiras macam pembukaan cerita upin ipin.
Entah kenapa tiba-tiba mereka buat sesi ice breaking dengan aku pada pagi ini. Walaupun aku agak terperanjat dia pun boleh bertutur dalam Bahasa Melayu tapi aku rasa ini dah macam déjà vu rasanya. Mula-mula Leo, lepastu Dario dan sekarang mereka berdua. Jangan cakap lepas ini sebenarnya satu penghuni rumah ni sebenarnya boleh cakap melayu. Macam tak ada beza duduk di Malaysia dan duduk di negara asing. Dah la aku kene kurung dalam rumah ini.
YOU ARE READING
MAFIA SERIES : DIA DARIO
Romantik"He is a fierce protection of her. He would rather fall or wounded himself than see his loved ones suffer. HE IS DARIO." ...