Warning!! Bab ini ada unsur keganasan sikit. Kalau siapa mudah triggered, jangan baca! SEKIAN dari saya author anda.
Kesenyapan dan kesunyian rumah agam itu membuatkan derupan kasutnya yang berjenama Timberland berbunyi di segenap lorong rumah agam yang terbina luas dengan pemandangan laut yang memukau. Kebiruan laut yang terbentang luas pada waktu pagi menjadi kehijauan pada waktu petang dan kemudian berubah pula menjadi kemerahan pada waktu senja. Kejernihan air menyebabkan kehidupan laut di bawah sana nampak dengan jelas oleh mata kasar. Sebab itulah dia memilih pulau itu sebagai tempat dia mendirikan rumah agamnya.
Rata-rata manusia yang menetap di rumahnya bagaikan sudah hilang ditelan bumi selepas mereka semua ditengking oleh ketua mereka kerana satu kesalahan yang dilakukan oleh Qayla Xaliana yang menjerit sehinga menganggu keamanan ketua mereka untuk tidur.
Yang membuatkan dia semakin pelik ialah mengapa ketuanya itu langsung tidak memarahi si pelaku. Namun begitu, dia tidaklah mengharapkan Qayla dimarahi oleh ketuanya. Jika difikirkan balik Qayla tidak akan menjerit jika dia tidak disergah secara tiba-tiba oleh Leo. Seharusnya dia yang patut dimarahi. Bukan Qayla dan juga bukan penghuni rumah yang menetap di rumahnya.
Dia berdiri tegak di luar pintu bilik yang saiznya lebih besar jika mahu dibandingkan dengan saiz badannya. Dia berasa dirinya itu seperti manusia kerdil dengaan rekaan seni bina buatan manusia itu.
Dia mungkin sudah lama bekerja di bawah Keluarga Richardo namun dia masih tidak boleh buang perasaan gemuruh dan takut apabila ingin berhadapan dengan ketuanya kerana perasaanya masih tetap sama seperti pertama kali dia bertemu dengan ketuanya.
Hujan lebat membasahi bumi. Api yang semakin marak di hadapannya membuatkan dirinya yang genit dan kecil itu tidak mampu bergerak. Dirinya seolah-olah sudah digam kuat di situ.
'Kenapa api masih tidak terpadam walaupun malam ini hujan turun dengan lebat. Kenapa!' hati kecilnya berbicara seperti sedang marah akan keadaan yang berlaku.
Linangan air mata yang hangat bergabung bersama titisan hujan. Dikelilingnya pula manusia berlari bertempiaran mengambil kesempatan keemasan seperti itu untuk melarikan diri mereka daripada neraka ciptaan manusia.
Suhu rendah pada malam itu seperti tiada kesan apa-apa pada dirinya namun di dalam dakapan hangatnya pula ada seorang budak lelaki yang lebih kecil daripadanya mengigil entah kerana kesejukan ataupun ketakutan. Mungkin kedua-kedunya sekali. Mata budak kecil itu terpejam serapat yang mampu dan kedua belah tangan budak itu mencengkam kuat bajunya yang lusuh.
Dunianya terasa hancur. Hatinya sakit. Dia merasakan keadaan tidak pernah berlaku adil dengan dirinya. Mengapa dia tidak pernah diberikan kesempatan untuk merasakan bahagia seperti orang lain seumurnya dengan dia. Apa dosa lampaunya sehingga dia dihukum sebegitu.
Tempat yang sedang terbakar itu memang baginya seperti neraka tetapi di situlah dia mengetahui apa itu erti kekeluargaan. Kehidupannya di situ memang tidak mewah dan dilayan seperti hamba.
Di situlah tempat selamat baginya kerana ada seseorang yang jiwanya jauh lebih kental yang telah menjaganya dan memberikan kasih sayang yang tidak pernah kurang. Belaian kasih. Ciuman sayang. Semua itu telah hancur bersama abu-abu asap.
Di saat dirinya hancur dan hilang.... Keluarga Richardo datang menghulurkan tangan kepada dirinya. Sang ketua yang berdiri tegak dengan penuh yakin di hadapanya. Di belakang ketuanya kilat sedang sambar menyambar. Payung yang seharunya melindungi diri ketuanya kini melindungi dirinya dan si genit dalam dakapannya. Muka ketuanya ketika itu sangat bengis tetapi perilakunya sangat kontra dengan mukanya. Ketuanyalah yang menjadi penyelamat kepada dia dan si kecil. Bermula saat itu, dia berjanji akan terus berkhidmat untuk ketuanya. Dia akan terus bangkit sehinggalah dia menjadi seperti Leo yang sekarang. Leo yang sangat setia pada keluarga ketuanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
MAFIA SERIES : DIA DARIO
Romance"He is a fierce protection of her. He would rather fall or wounded himself than see his loved ones suffer. HE IS DARIO." ...