Permulaan

207 16 0
                                    


Bunyi esakkan yang perlahan telah menarik perhatian beberapa orang yang sedang lalu berdekatan dari situ untuk melihat. Sepasang mata bundar itu elok saja membasahi bumi tanpa menghiraukan keadaan disekeliling. Sesungguhya, dia ketika itu sedang lagi bersedih. Hatinya ingin memberontak dan membantah tetapi dia sedar bahawa dirinya lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya menurut perintah.

Kejadian yang baru sahaja terjadi masih bermain-main di mindanya seperti kaset radio. Dia masih tidak dapat menelan realiti yang barusan terjadi apabila daddy menyuruh dia untuk tinggal bersama dengan seseorang lelaki yang tidak dikenali. Bukan atas dasar perkahwinan seperti novel-novel melayu yang lain, tetapi untuk keselamatan dirinya. Atau dalam bahasa mudahnya mereka akan tinggal bersama tanpa ada ikatan apa-apa.

Sejujurnya, dia tidak dapat membaca apa yang difikirkan oleh daddynya. Dari dulu lagi dia sedia maklum yang dirinya tidak ada nilai di mata orang tuanya. Dari kecil sehingga sekarang, daddynya tidak mengambil berat tentang dia, seorang anak.

Dia masih ingat sewaktu kecil, ketika dia masih polos dan tidak mengetahui apa-apa, dia sentiasa tercari-cari keberadaan daddy yang dia sayangi, malah di hari ulang tahunnya, orang yang pertama dia cari ialah daddynya. Tapi, apa yang dia dapat hanya gelengan daripada pembantu rumah yang mengatakan daddynya sedang bekerja dan tidak mampu menyambut hari lahirnya bersama. Ada sahaja alasan yang dicipta sama ada sengaja atau tidak, untuk mengelak dari berjumpanya.

Sampaikan dia boleh kira guna jari, berapa kali sahaja dia bersua muka dengan daddynya. Dulu mahupun sekarang, dia tidak paham, kenapa daddynya seolah-olah membencinya. Adakah itu cara daddynya tunjukkan bahawa dia tidak ingin ada anak seperti dia, Qayla Xaliana.

Sungguh dia tidak mahu lagi tinggal di negara asing. Dia tidak mahu meniggalkan Malaysia, walaupun hanya untuk satu bulan. Cukup dengan 5 tahun dia melanjutkan pelajaran ke National University of Ireland, Galway atas desakkan daddynya juga, kini dia dihantar pula menetap satu bulan di Venice, Italy. Selepas satu bulan, ke negara mana pula yang dia akan dihantar pergi?

Dia ada terfikir untuk melarikan diri. Tetapi untuk melarikan diri dari tawanan daddynya bukanlah sesuatu perkara yang mustahil. Konco-konco daddynya berada di merata-rata tempat. Belum sempat dia buka langkah, entah-entah sudah ditangkap terlebih dahulu. Daddynya itu tidak bodoh untuk membaca tindak tanduk sesorang, lagi-lagi orang sepolos Qayla. Tindak tanduknya senang sahaja untuk dibaca.

Teringat kembali kejadian yang terjadi di rumahnya, titisan air matanya kembali gugur. Jantungnya berdegup laju kerana kesakitan. Nafasnya sesak, ingin menangis sekuat hati.

--------------------------------

Di dalam sebuah rumah agama empat tingkat itu, ada suatu suara yang lantang dan melantun tinggi berbalah dengan suara genit dan halus. Aura gelapnya sangat mengerunkan membuatkan rata-rata penghuni rumah termasuk pembantu rumah dan bodyguards di situ diam menghadap ke lantai. Mereka tidak berani mengangkat kepala. Ketakutan mereka itu diibaratkan jika mereka angkat kepala, kepala mereka akan dipenggal.

Walaupun tidak dipenggal kepala, memang sudah menjadi tradisi mereka semua untuk tunduk ketika ketua mereka sedang bercakap. Tanda hormat kepada ketua mereka. Tapi, untuk kali ni sudah semestinya dua dalam satu. Hormat dan takut.

Sebenarnya, selain daripada mereka tertunduk hormat dan takut dengan perbalahan yang berlaku, ada sebab kedua yang menyebabkan mereka kecut perut dan menikus. Mana taknya kalau dah di situ ada satu lagi sosok manusia yang auranya lebih kurang sama dengan ketua mereka sedang memerhati. 

Di sekeliling lelaki itu ibaratnya macam ada black hole yang besar dan mampu membunuh mereka yang berdekatan. Panahan leser mata lelaki itu bagaikan predator  yang sedang memerhati mangsanya sebelum menerkam.

MAFIA SERIES : DIA DARIOWhere stories live. Discover now