Bab 14

67 10 0
                                    

Jangan lupa vote.

Sudah dua hari Qayla tidak sedarkan diri. Doktor yang merawat memberitahu bahawa keadaan Qayla akan pulih tetapi mengambil masa. Qayla sangat lemah dan dia juga selalu meracau-racau.

"There is nothing wrong with her. She just has a weak body. It might be because she is in a new environment and hasn't adapted to it yet."

Itulah apa yang diperkatakan oleh doktor. Bagaimana bisa Qayla membiasakan diri sedangkan keadaan di sekeliling membuatkan Qayla sentiasa lelah dan penat. Qayla mungkin tidak terlalu tunjuk perasaan dia dan apa kata hati yang dia rasai tapi hakikatnya kebanyakkan hari, dia lalu dengan perasaan kosong, takut dan murung.

Ia, Qayla murung!

Perkara itu sudah pasti diketahui seseorang. Malangnya, seseorang itulah penyebab kepada kemurungan Qayla bertambah kian hari.

Melihatkan Qayla yang sebegitu rupa membuatkan Madam Beatrice dan Donna Sofea sangat resah. Tubuh Qayla nampak semakin susut dan kurus. Tidak seperti selalu. Bentuk tubuh badan bagaikan model semakin hilang. Pipi gebus dan montel Qayla pun semakin menghilang.

Mereka bingung apa yang mereka harus lakukan untuk mengembalikan Qayla kepada keadaan sedia kala. Donna Sofea mengamuk besar bila dia lihat keadaan kaki Qayla yang berbalut. Apabila ditanya kenapa Qayla boleh jadi begitu, semua senyap. Tak ada siapa yang berani buka mulut.

Melihatkan mereka yang berat mulut untuk menjawab, Donna Sofea tidak bodoh untuk agak sendiri siapa dalang yang sebenar.

Berjam-jam Dario disekolahkan oleh Donna Sofea. Kecewa. Itulah yang Donna Sofea rasakan. Dia sangat kecewa Dario membesar menjadi seorang lelaki yang tidak berhati perut.

"Ma..."

Dario menyeru memanggil mamanya yang sedang duduk berpeluk tubuh di atas sofa namun langsung tidak diendahkan oleh Donna Sofea. Serba salah dia dibuatnya dengan reaksi wajah Donna Sofea. Bukan Dario tidak perasan dengan perubahan emosi Donna Sofea sejak dia datang ke sini. Merajuk tak habis.

"Ma, I need to go to Malaysia."

Mata mamanya serta merta merenung Dario dengan tajam.

"Pergi Malaysia? Untuk apa? Kamu tak nampak Qayla masih tak sedarkan diri dan kamu lepas tangan macam tu saja? Kamu kena ingat dia sakit sebab kamu!"

Dario mengeluh. Bagi Dario, Qayla sakit bukan berpunca daripada dia.

"Mama....bukan Dario yang ajak Qayla keluar dan bukan Dario yang tak pandai jaga Qayla dengan biarkan dia main hujan di luar tanpa dipantau oleh sesiapa. Dia tak akan sakit kalau mama tak mabuk malam tu."

Lancang sungguh mulut Dario membuatkan darah mamanya mencunak naik.

"Mama jadi macam tu sebab papa kamu! Kamu sepatutnya nasihatkan papa kamu supaya tidak lari daripada masalah dan selesaikan masalah yang berlaku secara berhadapan dengan mama. Bukan lari."

Pulak dah.... Dario pula yang dipersalahkan. Itu yang dia malas sebenarnya untuk masuk campur antara mama dan papanya. Alih-alih, dia juga yang bersalah.

Tiba.

Tak ada angin tak ada ribut.

"Mama bawa Qayla keluar adalah untuk menghiburkan hati dia. Kalau nak harapkan kamu memang mengering Qayla. Kamu tu.... kerja dan kerja. Itu sahajalah kamu fikir."

"Mama.....really? Salah Dario ke kalau papa larikan diri?"

Senyap. Mamanya tak tahu mahu balas apa. Panjang dia bebel itu sahaja yang masuk dalam kepala anaknya.

MAFIA SERIES : DIA DARIOWhere stories live. Discover now