Pedal break ditekan kuat dan aku yang berada di dalam perut kereta terasa terdorong ke hadapan disebabkan inersia yang berlaku. Handbreak kereta mahal itu ditarik kuat oleh tangan sasa lelaki yang duduk di sebelah aku apabila sudah sampai ke destinasi yang dituju iaitu Lapangan Terbang KLIA. Kelihatan ramai orang di situ sedang berpusu-pusu menarik bagasi mereka yang terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk. Ada juga yang sedang ralit mencari destinasi yang harus mereka tuju. Mungkin ada di kalangan mereka ini merupakan pengalaman pertama ke sini, sebab dari gaya nampak agak kekok.
Pintu kereta di bahagian pemandu di buka dan dia kelihatan macam sedang tergesa-gesa keluar. Gayanya macam dikejar hantu. Dari bahagian pemandu, lelaki itu berlari kecil ke bahagian penumpang dan membuka pintu kereta dengan kasar . Dia kemudiannya membuka dashboard yang berada di hadapan aku. Tidak tahu apa yang harus aku buat, aku hanya diam dan memerhati.
Aku takut. Dia nampak seperti sedang menahan marah yang berbuku di hati. Masa dia buka dashboard kereta tu pun dah macam nak tercabut benda alah tu. Apa kene dengan dia ni? Perlahan-lahan tak boleh ke. Aku mengomel dalam hati.
Apbila muka lelaki tu betul-betul di hadapan muka aku aku undurkan sikit badan aku ke belakang, mencipta jarak di antara kami. Dari muka lelaki itu, pandangan di kalih pula ke bahagian tangan lelaki itu. Dia sedang memegang sebuah topi bewarna putih. Nak buat apa dengan topi tu pun aku tak tahu.
"Ouch, hey...."
Terjerit aku bila dia dengan selamba badak je menyisir rambut yang terjuntai dihadapan muka aku ke belakang telinga dengan tangannya. Kuat pulak tu, sampaikan mata aku terpejam sebab sakit. Topi yang tadinya berada dalam tangan tangan dia kini beralih tempat dan berada di kepalaku pula. Dan selepas itu, dia mencapai pula mask muka dan dipakaikan ke muka aku. Ish, dia ni geram pulak aku, pikir aku ni patung cendana ke suka hati je dia nak dress-up aku.
"Get out."
Suara yang penuh dengan authority itu menyapa gegendang telinga. Terkulat-kulat aku memandangnya. Aku paham maksud get out tu tapi dia ni macam tiba-tiba sangat, tu aku macam samar-samar je nak paham apa yang dia nak.
"I said get.out."
Melihatkan aku yang masih tidak keluar, lelaki berbadan dua kali lebih besar daripada aku itu dengan tiba-tiba merentap tangan aku sehinggakan aku terdorong keluar dari perut kereta milik dia selepas dia membukakan seat belt yang membelit aku.
Aku tak tahulah aku yang terlalu ringgan atau dia ni memang spesis suka berkasar sebab masa dia rentap tangan aku, aku rasa macam aku melayang sekejap. Hempasan pintu yang kuat membuatkan aku terkejut dan menekup kedua belah telinga.
Sah lelaki ni memang kene sampuk hantu yang ada di KLIA ni. Tadi sewaktu berada dalam kereta menuju ke sini, mood dia okey je. Tak adalah seteruk macam sekarang.
Takde la sepanjang dalam perjalanan tu dia normal. Rasanya start lepas dari salah satu traffic light, dia tiba-tiba sahaja bawa kereta dengan laju dan kelajuan kereta yang dia bawa macam orang gila. Dia macam tak boleh berfikir secara waras baik buruk perbuatan dia pada pengguna jalan raya yang lain. Nak gugur jantung aku masa tu, tah berapa banyak kali orang hon dia pun dah tak terkira. Aku yang ada kat sebelah dia hanya mampu berzikir dan berdoa di dalam hati, kot-kot la aku kojol time tu, sekurang-kurangnya aku dapat mati dalam keadaan beriman. Sejak dari situ aku perasaan emosi dia berubah menjadi bengis macam sekarang.
"Stay close to me."
Dia menarik tangan aku supaya berdiri dekat dengan dia sehinggakan bau maskulin daripada badannya dapat aku hidu walaupun ketika itu aku pakai mask muka. Sungguh bau sitrus dan woody dari lelaki ini sangat maskulin dan menyenangkan. Tak tahu kenapa bila aku terhidu bau itu, aku berasa selamat apabila berada dekat dengannya. Rasa nostalgia. Tiba-tiba aku terbayangkan daddyku. Cepat-cepat aku geleng untuk lupakan perasaan sedih aku yang bertandang kembali.

ANDA SEDANG MEMBACA
MAFIA SERIES : DIA DARIO
Romance"He is a fierce protection of her. He would rather fall or wounded himself than see his loved ones suffer. HE IS DARIO." ...