Bab 8

48 12 4
                                    


"PEREMPUAN YANG AWAK BAWA BALIK TULAH YANG GILA. DIA YANG DAH BERSEKONGKOL DENGAN LELAKI GILA ITU UNTUK PUKUL SAYA DULU. MEREKA YANG GILA, BUKAN SAYA! SAYA MANGSA KEADAAN! KALAU AWAK TAK BAWA BALIK PEREMPUAN SUNDAL-"

Wajah aku terpusing seratus lapan puluh darjah apabila dia menampar muka aku. Terkelu terus lidah. Untuk malam ini sahaja sudah dua kali aku ditampar. Sakit! Menyeksakan! Aku tak sangka Dario akan bertindak sekejam ini kepada aku.

"Be careful of what you say. Perempuan sundal yang kau maksudkan itu ialah mak kandung aku, Qayla. Kawasan yang kau pijak sekarang ini ialah kawasan aku! Kalau aku nak bawa balik mana-mana perempuan pun itu ialah hak aku. Kau tak boleh halang aku!"

Mak Dario.....Aku terdiam seribu bahasa dengan apa yang aku baru tahu. Mengenangkan aku yang melulu membuat tanggapan sendiri sehingga tidak perasan antara Dario dan perempuan tadi sedikit sebanyak muka mereka hampir sama bentuk. Aku jadi malu sendiri dan rasa bersalah selepas dah bagi gelaran yang tak baik pada mak orang.

Patutlah dia lempang aku. Memang layak.

"Kenapa awak tak bagitahu saya awal-awal. Kenapa tidak ada sesiapa bagitahu saya apa-apa. Kenapa...kenapa awak semua selalu sorokkan sesuatu daripada pengetahuan saya."

Selain rasa perit ditampar aku juga turut rasa sedih.

"Kenapa saya selalu jadi orang terakhir yang tahu segala benda. Kenapa? Bagitahu saya Dario! Kenapa?"

Aku menumbuk-numbuk dada aku untuk setiap butir ayat yang keluar daripada mulut. Emosi aku jadi kacau-bilau. Hormon aku tak stabil. Aku rasa nak marah dan semua itu aku lepaskan kepada lelaki yang sudah menampar aku. Lelaki yang hanya mempamerkan riak beku tanpa perasaan. Tanpa ada rasa bersalah.

Dengan terketar-ketar aku mencapai tangannya. Menggenggam erat tangannya seperti mencari kekuatan yang hilang. Dia nampak terkejut dengan perbuatan aku.

"Awak tahu kan yang saya ada sertai kumpulan 'penghapus' tu. Tapi, awak pernah tahu tak kenapa saya sertai kumpulan yang sangat dibenci oleh kumpulan mafia yang lain?"

Aku tak tahu apa yang sudah merasuk aku. Rahsia yang selama ini aku simpan....

"Sebab saya penat. Saya penat. Saya penat untuk segala-galanya. Saya selalu diketepikan. Banyak perkara yang saya tak tahu. Bila saya tanya, semua orang seboleh-bolehnya nak mengelak daripada menjawab persoalan saya. Bila saya cuba untuk bertindak tapi hakikatnya saya tak tahu apa-apa...perkara tu membuatkan saya tersilap buat keputusan. Saya yang merana dan buntu. Tapi, selepas saya sertai kumpulan itu...saya jadi tahu semua benda. Minda saya terbuka luas."

Lelaki di hadapan aku menepis pegangan tangan aku dengan kasar. Riaksinya seperti aku ini ialah najis. Wajahnya nampak sangat kelat. Seperti dia tidak suka akan sentuhan aku. Tak sedar agaknya sebelum ini dia banyak sentuh aku tanpa kerelaan aku.

"Apa yang kau merepek ni, Qayla. Kau dengar tak apa yang kau dah cakapkan. Macam mana daripada topik kau belasah orang boleh bertukar jadi topik yang entah apa-apa."

Dia memicit kepalanya seperti apa yang aku katakan adalah sesuatu perkara yang paling tak masuk akal. Topik yang entah apa-apa dia cakap. Aku ketawa dalam kesedihan. Itulah masalah mereka. Mereka tak paham apa yang aku mahu sampaikan.

Mereka tak paham yang aku tak suka diketepikan. Mereka tak akan paham yang aku tak suka kalau mereka rahsiakan perkara penting daripada pengetahuan aku. Sampai bila aku harus duduk di belakang mereka.

Macam sekarang, daddy hantar aku berpuluh batu  jauh darinya semata-mata untuk aku tidak tahu apa yang terjadi pada dirinya. Dia tidak mahu aku terjebak mengetahui segala tindak tanduk haram yang dia lakukan di bumi Malaysia. Dia buat semua itu supaya aku tidak membocorkan kegiatannya pada polis. Mungkin juga dia takut aku berpihak kepada keadilan dan akan hantar dia ke penjara.

MAFIA SERIES : DIA DARIOWhere stories live. Discover now