Bab 2

106 13 1
                                    

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya post bab baru harini. Di sebabkan oleh jadual kehidupan saya yang padat, aktivity untuk menulis saya terganggu. Apa-apa pun setiap hari saya akan cuba untuk buat new improvement. Kot-kot ada yang tak paham dengan cerita yang saya cuba nak sampaikan. Feel free untuk comment apa-apa yang berkenaan. Don't forget to click the vote button. Happy reading, all! :D

Sut dibadan ditanggalkan dan konconya yang berdekatan mangambil sut itu. Kesemua mereka yang berada di situ dapat merasakan getaran di badan mereka bahana daripada aura Dario yang mendominasi mereka. Dario nampak lebih ganas setelah menanggalkan sutnya. Ketulan otot di dada jelas kelihatan. Butang-butang baju sepertinya sedang bekerja keras di antara mereka supaya tidak tercabut.

Kemudian, lengan baju dilipat sehingga menampakkan pelbagai corak-corak yang menghiasi lengannya yang sasa. Perilakunya nampak tenang namun siapa sangka ketenangan Dario itu adalah petanda besar bahawa akan berlaku badai yang bakal mengoncangkan seluruh pesawat yang dinaiki.

Lambat-lambat dia melipat lenggan bajunya, matanya pula galak merenung tajam lima orang lelaki yang sedang melutut di hujung kakinya. Tiga daripada mereka berbangsa Melayu, seorang India dan seorang lagi Bangladesh. Disebabkan oleh perasaan takut yang menguasai diri mereka, masing-masing meneguk liur yang terasa kesat apabila mereka diperhatikan sebegitu.  Bukan mereka tidak kenal siapa yang sedang berdiri di hadapan mereka. Riccardo Dario, ketua mafia di bahagian Itali. Pewaris kepada Re'Divinita's family. Bukan calang-calang orang.

"Hmm...I see you bastards are scared of me, so I'm assuming you all know who I am."

Suara sejuk beku Dario membuatkan jantung ke lima-lima orang itu bagaikan mahu meloncat keluar dari kedudukan asli. Kelenjar peluh mereka berfungsi, walaupun ketika itu mereka tidak berbaju setelah dikoyakkan oleh konco Dario. Peluh yang membasahi dahi mengalir ke dagu akhirnya jatuh ke lantai pesawat. Iya, mereka sekarang berada berpuluh kaki jauh di atas awan. Lagi gila apabila pintu pesawat itu sedang terbuka luas. Sepertinya pintu itu menanti dan memanggil-manggil mereka.

Kegilaan Dario tidak boleh dibawa main, sekiranya dia sedang menggila habis semua pihak lawan pasti tumpas di tangannya. Tidak hairan sekiranya sekajap lagi mereka akan dicampakkan ke bawah hidup-hidup.

Dario mara lebih dekat. Deruan tapak kakinya bagaikan hanya dapat didengari oleh mereka berlima. Badan mereka mengigil-gigil dan perkara yang sukar untuk dipercayai ialah dimana air mata jantan mereka keluar mengalir. Bagaikan sudah mengetahui bahwa ajal mereka bila-bila sahaja akan dijemput oleh malaikat maut.

Dario mencangkung di hadapan lelaki Bangladesh dan sudah semestinya lelaki itu lebih tertunduk kerana enggan bertentang mata. Kalau boleh mahu diciumnya lantai pesawat itu. Dario memerhati dahulu sebelum tangan diangkat tinggi bagaikan mahu menumbuk orang menyebabkan lelaki di hadapannya memejamkan mata menanti beban yang bakal dihadiakan ke mukanya. Lama juga lelaki itu tunggu, tapi tumbukan itu tidak sampai-sampai.

Dengan perlahan-lahan dia membuka matanya. Lain yang dinanti, lain pula terjadi. Rupa-rupanya tangan yang diangkat tinggi itu hanya mahu mengambil sarung tangan kulit berwarna hitam yang tidak bertutup dibahagian jari daripada huluran konco Dario. Melihatkan wajah lelaki itu pucat lesi, Dario tersenyum mengejek.

"Your heart is pounding so hard. I'm suprised it's not bleeding."

Bicara psycho daripada seorang ketua mafia sebagai satu provokasi untuk menakut-nakutkan lagi mereka berlima yang sepertinya bila-bila masa sahaja akan pitam. Bibir mereka pucat bagaikan tiada darah.

"I have a thing for these kinds of leather gloves. It didn't cover my fingers. It's as if it was designed to make me feel other people's pain."

Dario membelek-belek sarung tangan yang sudah dipakainya bagaikan itulah pertama kali dia melihat sarung tangan sebegitu. Padahal yang sebenarnya sarung tangan itu dah sebati dengan kehidupan Dario. Memang selalu digunakan, contohnya dalam situasi macam sekarang.

MAFIA SERIES : DIA DARIOWhere stories live. Discover now